Bapa Suruh Anak 6 Tahun Tonton Video Lucah Sebelum Cabul, Turut Dera Isteri

Share

Ternyata dunia semakin di akhir zaman. Di saat semua tanda-tanda akhir kiamat semakin banyak dipertontonkan, masih ada lagi perangai manusia yang tidak masuk akal. Ini termasuklah satu kes terbaru, seorang bapa yang membekalkan sebuah telefon bimbit untuk anaknya ke kelas tadika sebelum budak perempuan menontonnya sambil tangannya dimasukkan ke dalam kain.

Bila disoal oleh gurunya, jawapannya sangat mengejutkan, ayahnya ajak tonton sama sebelum tangan ayahnya masuk ke dalam seluar yang dia pakai. Masya Allah, betapa gilanya manusia.

Namun selepas bapa ini ditahan polis selepas pihak tadika membuat laporan, ada lagi peristiwa mengejutkan apabila kunjungan pihak tadika ke rumahnya mendapati ibu kanak-kanak kecil itu turut didera.

Baca perkongsian seperti dikongsi oleh Sri A’jilah Mohd Samsir di Facebook miliknya dan turut membuat perkongsian terbaru mengenai kisah kanak-kanak tadika itu. Kisah ini benar-benar mengejutkan dan ternyata masih ada bapa yang berhati binatang dan sanggup meratah anak sendiri. Baca kisahnya di sini.

Betul.

Rakyat malaysia ni memang ramai yang prihatin. Dan ramai juga yang cepat melenting memaki hamun, termasuk saya.

Siapa tak naik angin kes budak 6 tahun yang saya kongsikan tempoh hari, memang tak waras la jawabnya.Walaupun takde kaitan dengan kita, kita marah. siap caci maki mak ayah budak tu. Ya, saya pun sama.

Saya bukan salah seorang staf di tadika tersebut, cuma kawan kepada salah seorang guru di situ. Saya juga tak boleh berdiam diri dengan kes macam ni.

Saya kongsikan perkembangan terkini pelajar tersebut.

Pihak tadika merayu pada si ibu untuk buat report polis disebabkan semua bukti ada pada si ibu dan mungkin juga sebab mereka kurang arif dengan prosedur dan tempat untuk dirujuk bagi kes-kes macam ni.

Salah seorang staf tadika, datang ke rumah budak tersebut dan berjumpa dengan si ibu. Rumahnya rapi, tak banyak barang pun. Hanya perabut asas sahaja. Si ibu hanya memakai baju lengan pendek dan berkain batik.

Mungkin dah boleh agak tujuan kedatangan pihak tadika, si ibu tak bercakap banyak dan cuba untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan berkaitan kes.

“Banyak parut dan lebam kat tangan puan ni. Maaf tanya ye puan. Puan kena pukul ke? ” tanya staff tersebut.

Aduh! Sudahlah anak dicabul, isteri didera pulak.

Nampaknya ada luka yang dalam pada dahi si ibu.

Si ibu nampak takut-takut untuk buka mulut sampailah didesak dan dijanjikan perlindungan oleh pihak tadika.

Si ibu sudah bertahun-tahun jadi mangsa dera suami sendiri. Disebabkan dia hanya suri rumah, dia sangat takut jika diceraikan. Rela tadah badan dipukul dengan getah paip dan kepala tali pinggang. Paling sadis, rela tutup mulut bila tau anak kecilnya dicabul.

Sungguh!
Dia bukan ibu bodoh macam yang kita sangka. Dia tahu masa depan anaknya akan tergadai kalau benda macam ni berterusan. Dia kena pukul dengan topi keledar selepas bertanya tentang perbuatan terkutut tersebut.

Laporan polis telah dibuat.

Si ayah telah ditangkap dan berada dalam tahanan polis.

Si ibu sekarang berada di bawah jagaan pihak tadika dan baru bekerja sebagai tukang masak di tadika tersebut.

Semoga si ayah mereput dalam penjara.

Sri A’jilah Samsir,
Mana ada ibu yang tak sayangkan anak, kan?

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros