Semalam Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung lagi sehingga 9 Jun akan datang. Bermakna, jika sebelum ini PKP hanya dikenakan selang dua minggu tetapi untuk kali ini, PKPB dikenakan selama sebulan secara terus.
Namun sejak 4 Mei lalu, demi merancakkan ekonomi dan negara kehilangan lebih RM2 bilion sehari akibat COVID-19, PKPB diperkenalkan di mana dibenarkan ahli keluarga seramai empat orang menaiki kenderaan berbanding seorang sahaja dibenarkan keluar sebelum ini.
Dapat dilihat sektor-sektor ekonomi mulai tumbuh perlahan-lahan di mana orang ramai mula keluar membeli belah dan memahami bahawa mereka perlu menjarakkan pergerakan antara satu sama lain.
Memandangkan banyak pusat membeli belah mula dibuka mulai 4 Mei lalu selepas ditutup hampir dua bulan, paparan keadaan barangan di sebuah pusat gedung membeli belah rosak teruk akibat kulapuk nyata mengejutkan kerana banyak barangan kulit menjadi rosak.
Perkongsian oleh seorang individu di fbnya, Shim Andrew memperlihatkan pelbagai barangan berjenama mewah dengan ada yang mencecah harga lebih RM500 mengalami kerosakan dimakan kulapuk.
Dipercayai hal ini berlaku akibat penutupan pendingin hawa yang ditutup ketika tidak beroperasi ketika PKP dilaksanakan di Malaysia. Walau tidak dinyatakan di lokasi mana tetapi ternyata perintah PKP ini turut mencatatkan kerugian pada pihak terlibat apabila produk kulit mereka menjadi rosak dan pastinya tidak boleh dijual kepada pelanggan lagi.
Dengan kadar kelembapan yang tinggi, dengan penghawa dingin yang tidak dipasang, sudah pasti barangan kulit berjenama mewah begini terdedah kepada kerosakan.