Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Pertandingan Barbie® You Can Be A Designer menjadikan impian enam kanank-kanak ini menjadi kenyataan.
Mereka tidak hanya memenangi peluang bimbingan sekali seumur hidup untuk belajar dari Pereka Fesyen, Kittie Yiyi, dan Penata Fesyen, Min Luna. Reka bentuk asal mereka menjadi kenyataan dan dihidupkan oleh Kittie Yiyi, Min Luna dan juga boneka Barbie® mereka.
Untuk info, pertandingan ini dibuka untuk dihantar dari 30 April 2021 hingga 7 Jun 2021. 85 penyertaan dari seluruh Malaysia dihantar dalam dua kategori umur. iaitu Kategori A (berumur 5-8 tahun) dan Kategori B (berumur 9-12 tahun).
Anak-anak yang kreatif ini menyampaikan pelbagai rekaan yang ‘wow” untuk tontonan para hakim dan menunjukkan minat dan keperibadian mereka. 20 penyertaan teratas disenarai pendek untuk Persembahan secara maya. Di mana para pereka berpeluang untuk mempersembahkan rekaan mereka ke panel penjurian. Terdapat Kittie Yiyi, Min Luna, dan Elaine Lim, Pengurus Jenama Mattel Continental Asia.
“Saya amat terinspirasi menyaksikan kanak-kanak perempuan seawal 5 tahun begitu berminat dalam rekaan fesyen. Semestinya ia mengembalikan memori ketika saya kecil dan menjahit pakaian untuk anak patung Barbie® saya. Ia satu pengalaman yang menggembirakan dapat terlibat dalam perjalanan pereka-pereka cilik ini.” kata pereka fesyen, Kittie Yiyi
Aleesya Inara, Nina, Khayrah, Alayna, Olivia, dan Umaa Meenaa yang akhirnya meyakinkan para juri dan meraih tempat teratas untuk bimbingan fesyen. Enam pereka muda itu benar-benar mewujudkan semangat Barbie® Fashion Reinvention, dengan reka bentuk menarik dan persembahan hebat mereka.
PEMENANG
Dari Kategori A,
Ads
Gaun transformasi Khayrah (8) yang diilhamkan oleh PPE adalah penghormatan tulus kepada ibu saudaranya yang merupakan barisan hadapan.
Gaun Aleesya Inara (7) yang menggembirakan, inspirasi donat dan keperibadian sebelum waktunya membuatnya menonjol.
Pakaian pantai Nina yang cerah dan berwarna-warni adalah ledakan karisma yang luar biasa.
Ads
Dari Kategori B,
Alayna (9) menceritakan kisah pertumbuhan yang menginspirasi dengan gaunnya yang elegan dan berinspirasi rama-rama
Olivia (10) mengejutkan para juri dengan bilangan inspirasi unicorn yang sangat bergaya dan praktikal.
Ads
Umaa Meenaa (11) memaparkan ciptaan cantik yang diilhami galaksi, menunjukkan penggunaan bentuk dan siluet yang mahir.
Program bersama mentor itu pada asalnya dirancang secara fizikal, bagaimanapun bagi memastikan keselamatan para pemenang dan mentor dalam tempoh pandemik COVID-19 kini, Barbie® memutuskan untuk mengadakan program tersebut secara dalam talian.
Setiap pemenang diberikan kit pereka khusus yang lengkap bagi membantu mereka menonjolkan sisi kreatif masing-masing. Sesi bersama Min Luna difokuskan terhadap menyerlahkan potensi dalaman, mencari keyakinan dan belajar berkenaan gaya peribadi. Sesi bersama Kittie Yiyi pula terarah pada selok-belok industri fesyen, dan dalam masa yang sama membantu mereka menghasilkan rekaan versi saiz anak patung Barbie® masing-masing.
Bagus kan pertandingan macam ni, boleh lahirkan ramai pereka fesyen dan didedahkan dari zaman kanak-kanak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lebih kurang 9 hari lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Adakah korang sudah membayar zakat fitrah? Bayaran zakat fitrah merupakan satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk dilunaskan sebelum tiba Aidilfitri.
Kemudahan membayar zakat secara online sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang mungkin membuat pembayaran secara langsung dengan amil yang telah dilantik secara sah.
Bagi mereka yang mungkin sibuk dan tidak sempat untuk pergi membayar zakat, korang juga boleh terus membuat pembayaran melalui bank secara online. Tambahan pula sewaktu pandemik ni, kita boleh buat bayaran secara online untuk mengelakkan penjarakan fizikal.
Berikut merupakan tutorial yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fizal Hafiz tentang cara-cara membayar zakat melalui Maybank2u.
1. Log masuk Maybank2u
2. Pilih pay dan tekan NEW PAYEE
3. Pilih Lembaga Zakat Selangor (ikut negeri masing-masing)
4. Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat
5. Pilih Zakat Fitrah
6. Masukkan jumlah bayaran zakat dan tekan proceed
7. Akhir sekali, klik confirm
Mudah sahaja kan? Tapi, sebelum korang proceed buat pembayaran tu bolehlah lafaz akad zakat fitrah dulu seperti berikut:
“Inilah wang yang menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diriku/tanggunganku sebanyak RM… pada tahun ini kerana Allah Taala”.
Walau bagaimanapun, pengguna bank lain turut berkongsi info bahawa pembayaran zakat juga boleh dilakukan dengan cara yang sama dengan online banking yang lain.
Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima dan dapat lagi berjumpa pada Ramadan yang akan datang. InsyaAllah.
Saban tahun keperluan pasaran kerja berubah seiring dengan persedaran zaman, skil dan juga relevansi sesebuah pengajian juga mengalami evolusi. Perubahan yang berlaku turut memberi kesan secara tidak langsung kepada penawaran program pendidikan di universiti.
Terbaharu, universiti terbaik Malaysia, Universiti Malaya telah mengumumkan pemansuhan 20 program akademik dan tidak lagi akan ditawarkan selepas ini. Para pelajar yang ketika ini sedang mengikuti kursus tersebut walau bagaimanapun tidak terjejas dan mereka akan menamatkan pengajian yang telah dimulakan mengikut kohort sedia ada
Menurut Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor menerusi laporan Berita Harian, “Ketika ini, status program pengajian berkenaan tidak lagi menerima pengambilan pelajar baharu, sebaliknya meneruskan kohort sedia ada dengan tempoh tindakannya berkuat kuasa selama dua tahun.”
Program akademik yang dihentikan itu membabitkan pelbagai peringkat pengajian. 13 daripadanya merupakan program tidak popular atau memiliki bilangan graduan yang rendah. Manakala tujuh lagi program dimansuhkan berikut penawaran program baharu.
Antara program ayang terlibat ialah Sarjana Muda Sains Bioinformatik, Sarjana Muda Sains (Sains Bahan), Sarjana Muda Sains Biokesihatan, Sarjana Muda Sains Pengajian Sains dan Teknologi, Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan).
Manakala untuk pengajian peringkat sarjana pula ialah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains), Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik), Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran), Sarjana Kepimpinan Pendidikan, Sarjana Kejuruteraan Sistem Kuasa, Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi), Sarjana Penyelidikan Ekonomi dan Sarjana Penyelidikan Pentadbiran Awam.
Menjelaskan proses pemansuhan, Mohd Hamdi berkata, setiap program yang mahu dilupuskan perlu melalui tiga peringkat, iaitu penawaran kohort baharu dihentikan (penjumudan), sebelum dibekukan dan seterusnya dilupuskan.
Selain itu, Universiti Malaya turut mengambil langkah menjenamakan semula 50 program akademik lain. Penjenamaan semula itu melibatkan 26 program ditawarkan dengan nama baharu, 19 digabungkan dengan nama baharu, empat digabungkan dengan nama sedia ada dan satu mod baharu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di saat kebanyakan negara telahpun melonggarkan sekatan sempadan mereka dan kembali menerima kunjungan pelancong asing, masih ada beberapa buah negara yang memilih untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak membenarkan pelancong masuk.
Salah satu negara tersebut ialah Jepun. Jika korang masih ingat akan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo pada tahun lalu, tiada penyokong antarabangsa dibenarkan memasuki negara itu apatah lagi memasuki kawasan stadium.
Begitupun, nampaknya tidak lama lagi rasa rindu terhadap negara Jepun bakal terubat apabila mereka dijangka menarik balik larangan ke atas pelancong asing pada bulan Julai ini.
Sebulan sebelum itu, Jepun akan menggandakan bilangan pelancong yang dibenarkan memasuki negara itu kepada 20,000 pada setiap hari.
Khabarnya juga, beberapa laporan media dari Jepun menunjukkan kerajaannya sedang mempertimbang membatalkan keperluan ujian COVID-19 untuk pelancong yang sudah lengkap vaksinasi di lapangan terbang.
Untuk pengetahuan korang, buat masa ini hanya 10,000 warga Jepun, penduduk tetap, ahli perniagaan dan pelajar asing dibenarkan memasuki negara itu setiap hari. Daripada jumlah jangkitan wabak Covid-19 yang luar biasa hinggalah ia turun DAN kekal di bawah 50,000 kes baharu setiap hari, kerajaan Jepun secara beransur-ansur melonggarkan sekatan ketatnya; antara yang paling ketat oleh mana-mana kerajaan di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...