Jenama pengeluar mainan Mattel Inc baru sahaja melancarkan koleksi patung Barbie ‘Role Model’ sebagai tanda sokongan dengan mengiktiraf petugas barisan hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19.
Patung barbie edisi frontliners ini menampilkan individu disebalik penemuan vaksin koronavirus Britain, Sarah Gilbert yang juga merupakan seorang profesor berusia 59 tahun dari Universiti Oxford. Beliau merupakan pembangun bersama vaksin Oxford/AstraZeneca yang kini diberi pernghormatan sebaris dengan bintang terkenal Beyonce, Marilyn Monroe dan Eleanor Rooservelt yang juga pernah menjadi wajah bagi patung Barbie.
Foto: BBC
Selain Gilbert, turut ditampilkan dalam koleksi ini adalah jururawat bilik kecemasan Amy O’Sullivan yang merawat pesakit COVID-19 pertama di Wycoff Hospital di Brooklyn, New York dan Audrey Crus, seorang doktor barisan hadapan di Las Vegas yang menentang diskriminasi.
Antara anak patung lain yang dihasilkan dengan wajah frontliners termasuklah Chika Stacy Oriuwa, seorang pakar psikiatri Kanada di University of Toronto yang menentang perkauman sistemik dalam penjagaan kesihatan dan penyelidik bioperubatan Brazil, Jaqueline Goes de Jesus, yang memimpin penjujukan genom varian Covid-19 di Brazil.
Patung tersebut dihasilkan dengan penampilan yang menyerupai para doktor yang dipilih, ada yang berkaca mata, ada yang memakai pelitup muka dan ada juga menyarung pakaian bedah.
Ads
Sebelum ini, ratu gimnastik negara, Farah Ann juga pernah menjadi model Barbie pertama di Malaysia apabila Mattel mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang menyerupai dirinya.
Sejak Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afghanistan, kerajaan baharu ini yang diketuai oleh Hibatullah Akhundzada melakukan pelbagai perubahan dalam usaha mencerap ideologi yang diperjuangkan parti politik tersebut.
Terbaharu dalam usaha memerangi penjualan dan juga penggunaan arak dalam kalangan rakyat negara itu, sepasukan ejen perisikan Afghanistan telah membuang lebih 3,000 liter arak yang telah dirampas ke dalam sebuah terusan di Kabul.
Menurut laporan, tindakan itu merupakan arahan pihak berkuasa dalam menetapkan garis panduan pemerintahan baharu. Menerusi satu ciapan Twitter milik agensi General Directorate of Intelligence, arak tersebut telah dimusnahkan dan penjual arak telah diserahkan kepada badan kehakiman.
د ا.ا.ا د استخباراتو لوی ریاست ځانګړې عملیاتي قطعې د یو لړ مؤثقو کشفي معلومات پر اساس د کابل ښار کارته چهار سیمه کې درې تنه شراب پلورونکي له شاوخوا درې زره لېتره شرابو/الکولو سره یو ځای ونیول.
نیول شوي شراب له منځه یوړل شول او شراب پلورونکي عدلي او قضايي ارګانونو ته وسپارل شول. pic.twitter.com/qD7D5ZIsuL
Menurut ulama dalam video yang disiarkan oleh agensi itu di Twitter, “Umat Islam perlu serius menahan diri daripada membuat dan menghantar arak.”
Sebenarnya, penjualan dan penggunaan arak telah diharamkan di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini yang disokong oleh pihak Barat. Namun begitu sejak pengambilalihan kerajaan, pihak Taliban lebih ketat dalam pelaksanaan pengharaman itu.
Sejak Taliban merampas kuasa pada 15 Ogos, kekerapan serbuan termasuk penagih dadah semakin meningkat di seluruh negara.
Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat kerajaan Taliban juga telah mengeluarkan beberapa garis panduan yang menyekat hak wanita.
Di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini, wanita boleh bekerja secara bebas. Namun kini, wanita tidak lagi dibenarkan bekerja seiring bersama lelaki malahan wanita yang sebelum ini berada dalam sektor kerajaan juga telah dilarang untuk kembali kepada kerjaya mereka.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki bernama Shoji Morimoto, 40, mula menjadi popular di Jepun selepas mencipta satu perkhidmatan yang pada asalnya dianggap aneh tetapi akhirnya mendapat sambutan luar biasa.
Beliau menawarkan diri sebagai seorang “peneman” yang hanya perlu hadir di sisi pelanggan dalam pelbagai situasi — sama ada untuk menemani mereka berjalan-jalan, menonton wayang, atau sekadar duduk bersama semasa mereka makan.
Apa yang membezakan perkhidmatan Shoji Morimoto daripada yang lain ialah beliau tidak perlu bercakap atau terlibat dalam sebarang aktiviti selain daripada hanya “hadir.” Pelanggan yang menggunakan khidmat ini mungkin sekadar mahukan kehadiran seseorang untuk menghilangkan rasa sunyi atau mahu berkongsi momen tanpa tekanan sosial untuk berinteraksi.
Tokyo man earns $80K a year renting himself out as a ‘do-nothing’ companion, but doesn’t befriend clients.
Shoji Morimoto, 40, charges $100 per 2-3 hour session. Since 2018, over 1,000 people, both locals and foreigners, have hired him to combat loneliness. pic.twitter.com/ClhrvxYjTe
Perkhidmatan unik ini menawarkan “teman sementara” untuk sebarang acara yang diminta oleh pelanggan.
Setiap sesi biasanya berlangsung sekitar beberapa jam, dan Shoji mengenakan caj yang tetap bagi setiap perkhidmatan. Beliau juga menegaskan bahawa khidmat yang diberikan adalah profesional, tanpa sebarang unsur hubungan peribadi atau romantik.
Pelanggan yang menggunakan khidmat ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berasa terasing, warga tua, pekerja pejabat yang terlalu sibuk untuk bersosial, atau individu yang menghadapi masalah sosial. Beberapa pelanggan juga menyatakan bahawa mereka menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan sokongan moral semasa menghadapi situasi yang sukar, seperti berjumpa doktor atau menghadiri majlis tertentu.
Lelaki Jepun Ini Raih RM300,000 Setahun
Pendapatan Lumayan
Meskipun perkhidmatan yang ditawarkan Shoji Morimoto nampak ringkas, beliau berjaya meraih pendapatan yang mengejutkan.
Menurut laporan, beliau memperoleh sekitar RM300,000 setahun hanya dengan menjadi “teman sementara.” Perkhidmatan ini semakin popular di Jepun kerana gaya hidup moden yang sering menyumbang kepada rasa terasing dan kesunyian di kalangan individu.
Dengan kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan sekitar 10,000 yen (lebih kurang RM300) untuk setiap sesi, Morimoto telah menjalankan ribuan sesi sepanjang kariernya sebagai “peneman.” Pendapatan ini menunjukkan betapa besar keperluan untuk khidmat seperti ini di Jepun, terutamanya di kalangan mereka yang mendambakan kehadiran tanpa ikatan sosial yang rumit.
Fenomena Budaya
Fenomena khidmat peneman ini memberi gambaran yang mendalam tentang realiti kehidupan di Jepun. Negara ini, walaupun maju dari segi teknologi dan ekonomi, sedang berdepan dengan masalah sosial seperti kesunyian dan tekanan hidup yang tinggi. Rakyat Jepun, terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Tokyo, sering berhadapan dengan bebanan kerja yang berat, sehingga menjejaskan kehidupan sosial mereka.
Khidmat seperti yang ditawarkan oleh Morimoto menunjukkan bahawa ramai individu mencari jalan alternatif untuk menangani rasa sunyi dan keperluan untuk berinteraksi dengan cara yang lebih mudah dan tidak memaksa.
Shoji Morimoto membuktikan bahawa dalam dunia yang semakin sibuk dan terasing, kadangkala kehadiran seseorang sahaja sudah cukup untuk memberikan keselesaan. Dengan pendapatan yang mencecah RM300,000 setahun, beliau telah menunjukkan bahawa khidmat yang kelihatan sederhana ini mempunyai nilai besar dalam masyarakat moden.
Fenomena ini juga mencerminkan satu aspek penting dalam kehidupan manusia: keperluan untuk ditemani, walaupun tanpa sebarang interaksi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbeza dari pentas peragaan biasa, kemunculan model ‘cilik’ kurang upaya di pentas peragaan Lulu et Gigi pada Minggu Fesyen Paris telah telah membuat tetamu yang hadir teruja dan berikan pujian.
Kedua-dua belah kakinya kudung dengan memakai sepasang kaki prostetik, Daisy-May Demetre langsung tak terkesan dengan kecacatannya itu. Terus catwalk ala ‘supermodel’ yang berjalan megah di puncak Menara Eiffel.
Kalau bukan di mata orang pun, mereka mungkin akan rasa sedih kerana aktiviti seharian mereka limited disebabkan oleh kekangan hidup.
Tapi itu langsung bukan kesnya dengan Daisy-May Demetre, kanak-kanak ini memberi inspirasi kepada orang di serata dunia apabila dia tampil sebagai model kanak-kanak kurang upaya. Daisy-May Demetre yang berasal dari Birmingham, dianggap sebagai model pertama menggunakan kaki palsu berjalan di acara berprestij itu.
Personalitinya yang ceria serta outgoing
Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ini hilang kedua belah kakinya apabila kakinya dipotong akibat dari penyakit ‘hemimelia fibril’ iaitu kekurangan atau pemendekan tulang betis ketika dia berumur 18 bulan.
Ketika pertunjukkan fesyen itu, bapanya Alex berkata, dia terpaku dan turut membuatkan dirinya bangga dengan penampilan anak perempuannya itu.
Dia berkata, walaupun tidak ada peluang untuk berlatih ‘catwalk’ sebelum persembahan tetapi Demetre tetap melakukannya dengan baik.
“Dia keluar dan mempamerkannya dengan baik,” katanya.
Pengasasnya jenama Lulu et Gigi, Eni Hegedus-Buiron pula memberitahu Demetre mampu memberi kesedaran kesedaran kepada dunia.
Sebelum acara itu bermula, dia sempat berkongsi sekeping foto di depan Menara Eiffel di laman Instagram miliknya.
“Di sini untuk membuat sejarah, itulah yang kita lakukan,” katanya pada akaun IGnya yang menunjukkan gambar dia dan ayahnya Alex di depan Menara Eiffel.
Kanak-kanak istimewa ini mula menjadi model kira-kira 18 bulan yang lalu dan telah bekerja untuk jenama-jenama besar termasuk River Island , Matalan dan Nike.
Kuat betul semangat kanak-kanak cantik ini. Moga Daisy-May Demetre terus success dan berkembang kariernya sebagai supermodel yang berjaya. Jangan sesekali jadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk kita tidak berjaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!