Jenama pengeluar mainan Mattel Inc baru sahaja melancarkan koleksi patung Barbie ‘Role Model’ sebagai tanda sokongan dengan mengiktiraf petugas barisan hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19.
Patung barbie edisi frontliners ini menampilkan individu disebalik penemuan vaksin koronavirus Britain, Sarah Gilbert yang juga merupakan seorang profesor berusia 59 tahun dari Universiti Oxford. Beliau merupakan pembangun bersama vaksin Oxford/AstraZeneca yang kini diberi pernghormatan sebaris dengan bintang terkenal Beyonce, Marilyn Monroe dan Eleanor Rooservelt yang juga pernah menjadi wajah bagi patung Barbie.
Selain Gilbert, turut ditampilkan dalam koleksi ini adalah jururawat bilik kecemasan Amy O’Sullivan yang merawat pesakit COVID-19 pertama di Wycoff Hospital di Brooklyn, New York dan Audrey Crus, seorang doktor barisan hadapan di Las Vegas yang menentang diskriminasi.
Antara anak patung lain yang dihasilkan dengan wajah frontliners termasuklah Chika Stacy Oriuwa, seorang pakar psikiatri Kanada di University of Toronto yang menentang perkauman sistemik dalam penjagaan kesihatan dan penyelidik bioperubatan Brazil, Jaqueline Goes de Jesus, yang memimpin penjujukan genom varian Covid-19 di Brazil.
Patung tersebut dihasilkan dengan penampilan yang menyerupai para doktor yang dipilih, ada yang berkaca mata, ada yang memakai pelitup muka dan ada juga menyarung pakaian bedah.
Sebelum ini, ratu gimnastik negara, Farah Ann juga pernah menjadi model Barbie pertama di Malaysia apabila Mattel mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang menyerupai dirinya.
BACA: Ratu Gimnas Negara, Farah Ann Jadi Model Patung Barbie Pertama Di Malaysia