Kedatangan Ramadan paling dinanti oleh seluruh umat Islam kerana pada bulan yang mulia ini, sudah tentu ramai individu mahu mengejar pahala beribadat.
Paling istimewa bila mana setiap malam, umat Islam dapat mengerjakan solat tarawih di surau atau pun masjid yang berdekatan. Waktu inilah kita dapat merasai ukhwah di antara umat Islam yang berpusu-pusu ke masjid untuk melakukan ibadah tarawih.
Biasanya, kita sedia maklum imam-imam di masjid diketuai oleh lelaki dewasa dan ada juga segelintir bahagian pengurusan masjid yang menjemput pelajar-pelajar tahfiz menjadi imam, mungkin untuk memberi pendedahan buat anak muda bagi memimpin dalam solat.
Apa yang menariknya, seorang tahfiz yang baru berusia 13 tahun telah menjadi imam di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Dikenali sebagai Faris Farhan, pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam ini menarik perhatian netizen kerana bacaannya yang merdu serta usianya yang masih muda.
Solat tarawih tersebut juga turut disiarkan secara live di laman Facebook Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam
.Alhamdulillah, ibu bapa adik Faris mesti bangga melihat anak mereka menjadi imam di masjid seawal usia 13 tahun. Semoga remaja ini berjaya dunia dan akhirat, serta mampu memberi inspirasi buat anak muda.
Congrats Faris!