
Kalau korang masih ingat lagi, satu ketika dulu ada satu video viral Despacito yang ditarikan oleh seorang remaja perempuan.
Dia sering dikacau oleh abangnya, Ranz Kyle yang akan memainkan lagu Despacito tak kira di mana saja dan Niana Guerrero secara spontan akan terus menari.
Aksi comel dan kelembutan badan Niana Guerrero ketika menari menarik perhatian netizen. Gadis kelahiran Filipina ini baru berusia 13 tahun tetapi bakatnya dalam bidang tarian harus dipuji.
Mempunyai seramai 5.4 juta followers di laman Instagram, remaja ini sering merakamkan video tarian bersama abangnya, dan kini adiknya Natalia juga sudah mula menari bersama.
Memang comel giler!
Seawal usia 8 tahun, Niana juga pernah meniru aksi Gwiyomi yang pernah viral satu ketika dulu.
Gadis ini mengakui bahawa pada mulanya dia seorang yang pemalu tetapi bila dengar saja muzik, secara spontan dia akan terus menari.
Dengan hampir 5 juta subscribers di YouTube, Niana khabarnya mendapat lebih kurang puluhan ribu ringgit sebulan, hasil daripada video-videonya di channel tersebut.
Untungnya, muda-muda lagi dah boleh cari duit sendiri.
Apa-apa pun kalau tengok mereka menari ni kita boleh leka sebab gerak tubuh dua beradik ni memang sangat awesome.
Jom kita tonton antara video tarian mereka yang paling lit!
View this post on Instagram
Taki Taki rumbaa!?? with bro @ranzkyle ???? #siblinggoals
A post shared by Niana (@nianaguerrero) on
Amacam, style kan?
Tak Perlu Beli Dekat Pasar Malam Lagi, Ini Resepi Taufu Fa Homemade!

Cuaca panas sekarang ni memang rasa nak makan pencuci mulut je kan? Sesekali ‘pekena’ Taufu Fa sedap kan?
Kalau korang nak tahu Taufu Fa juga dipanggil dengan nama douhua, doufuhua, tow huay atau tau hua. Ia sebenarnya nama lain bagi taufu fah yang semestinya sangat enak dan menyelerakan.
.
Hidangan ini dikatakan mula dihasilkan pada zaman Dinasti Wang Barat dan sejak itu resipnya diubah suai mengikut cita rasa. Di Malaysia, ia biasanya dinikmati secara manis namun di China, ada yang menikmatinya bersama minyak cili, kicap, lada, kacang atau nasi.
Kali ni mari cuba buat sendiri Taufu fa ni, dapat banyak dan lagi puas hati.
BAHAN-BAHAN BUAT TAUFU FA
– Soya 2 liter (tidak kisah apa-apa jenis soya)
– Agar-agar
– Gula melaka
– Gula putih
– Daun pandan
– Halia (pilihan)
CARA PENYEDIAAN
1. Tuang satu cawan air dan masukkan agar-agar (jika 12 gram gunakan separuh sahaja bukan satu bungkus supaya tak jadi macam puding).
2. Lepas agar-agar larut dan sebati, tuangkan 2 liter soya (boleh tambah gula jika soya yang dibeli kurang manis).
3. Biarkan mendidih dan tutup api. Setelah itu, tuang dalam bekas besar.
4. Cairkan satu keping gula melaka tambahkan dua sudu gula putih, masukkan air tiga cawan dan masukkan daun pandan serta halia tadi. Jangan lupa tapis.
5. Tadaa dah jadi, masukkan dalam peti ais selama 2-3 jam dan boleh dimakan.
Taufu Fah diperbuat daripada susu soya tawar. Ia kaya dengan asid lemak asas, protein, vitamin dan mineral yang memberi tenaga kepada tubuh badan.
Bagi wanita, hidangan ini dapat mengurangkan gejala menopaus, risiko serangan jantung, diabetes dan obesiti. Malah ia juga dapat meningkatkan penyerapan kalsium yang sekali gus mencegah kehilangan jisim tulang yang menjadi penyebab osteoporosis.
Wah bagus, bukan saja sedap tapi berkhasiat juga. Selamat mencuba!
Sumber : Anna Rashid
Legenda Rock ‘n’ Roll, Tina Turner Meninggal Dunia Pada Usia 83 Tahun

Ratu Rock ‘n’ Roll, Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun di Küsnacht, Zurich, Switzerland, pada Rabu.
Berita duka mengenai pemergian penyanyi popular era 1980-an yang pernah popular di seluruh dunia dengan lagu What’s Love Got To Do With It dan The Best itu diumumkan melalui laman media sosial rasmi miliknya, termasuk di Facebook dan Instagram.
“Dengan dukacitanya kami mengumumkan pemergian Tina Turner. Melalui muzik dan semangatnya terhadap kehidupan, beliau telah memukau berjuta peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang-bintang masa hadapan.
ARTIKEL BERKAITAN: Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo Meninggal Dunia Pada Usia 46 Tahun
“Hari ini kita mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat yang meninggalkan karya terbesarnya kepada kita semua iaitu muziknya. Takziah kepada keluarganya. Tina, kami akan merindui anda,” jelas di media sosial mendiang.
Punca kematian Tina tidak dinyatakan namun difahamkan, beliau sebelum ini mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik selepas tahun 2009.
Sekadar informasi, Tina atau nama sebenarnya Anna Mae Bullock dilahirkan di Brownsville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada 26 November 1939.
Kerjaya muziknya bermula pada tahun 1957 bersama kumpulan Kings of Rhythm yang ditubuhkan bekas suaminya, Ike Turner.
Pada 1984, album Private Dancer yang mengandungi lagu hit What’s Love Got To Do With It memenangi Anugerah Grammy bagi kategori Album Terbaik dan lagu itu merupakan yang pertama dan satu-satunya yang menduduki tempat pertama dalam Billboard Hot 100.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
15 Filem Seram Yang Best & Berbaloi Untuk Korang Tonton

Isi Kandungan
ToggleFilem seram antara genre favorite masyarakat Malaysia yang sering kali mendapat sambutan jika ditayangkan di pawagam. Bagi korang yang memang suka dan tercari-cari filem seram apa yang nak ditonton, berikut kami senaraikan antara 15 filem seram yang best dan berbaloi
1. Friend request
Apabila seorang pelajar kolej menolak permintaan rakan oleh seorang gadis misteri dalam laman sosial, dia mendapati dirinya terpaksa berhadapan dengan roh jahat yang mahu membunuh rakan-rakan baiknya.
2. Ghost Coins
Filem seram ini mengisahkan tentang dua orang pelajar bernama Ton dan Jack yang popular dengan video yang dibuat mereka iaitu mencabar dan menghina kepercayaan tahayul. Mereka kemudiannya telah merancang untuk melakukan `prank` terhadap Tor, iaitu adik kepada Ton, dengan membawanya ke tanah perkuburan untuk membalas dendam selepas Tor melukai hati Bee yang merupakan gadis kesayangan Jack.
Mereka merancang mahu menggari tangan Tor dengan tulang mayat, namun mereka terjumpa mayat yang mana di dalam mulutnya terdapat duit syiling. Ton yang tamak telah mengambil duit syiling itu dan tiba-tiba mayat tersebut mula bergerak dan Tor yang ketakutan telah melarikan diri. Mereka kemudiannya telah sesat dalam kegelapan dan terpaksa mencari jalan keluar.
3. Ghost Wife
Seorang pelajar sekolah tinggi, Nard, menjalin hubungan dengan Mac, seorang senior di sekolahnya. Apabila Nard hamil, ibunya memujuknya supaya menggugurkan bayi itu manakala ibu Mac memaksa lelaki itu memutuskan hubungan dengan Nard dengan menghantarnya belajar ke luar negara.
Bagaimanapun, Nard mati ketika sedang menggugurkan anaknya. Dia kembali sebagai hantu dan mula menghantui apartment yang pernah didiaminya sebelum ini.
4. Makmum
Diadaptasi dari filem pendek yang berkisar mengenai entiti menakutkan yang mengganggu seorang wanita ketika sedang menunaikan solat.
5. Don’t Knock Twice
Filem arahan Caradog W. James ini mengisahkan tentang Jess, seorang ibu yang terdesak untuk kembali berhubung dengan anak perempuannya, Chloe. Dia kemudian mendapati Chloe terlibat dengan kuasa sihir yang disangkanya hanya mitos ahli sihir.
6. Gonjiam: Haunted Asylum
Menurut penduduk tempatan, Hospital Gonjiam Psychiatric secara tiba-tiba telah ditutup pada tahun 1990 berikutan beberapa siri kematian misteri pesakit. Kini, seorang wartawan penyiaran ambil keputusan untuk merakam rancangan yang diberi judul “Horror Times” di tempat itu.
Dia telah mengambil beberapa orang yang sanggup meneroka kawasan berhantu itu ketika bersiaran langsung. Tidak lama kemudian roh terseksa mula keluar dari kegelapan dan menunjukkan mengapa tempat itu adalah tempat paling berhantu di Korea.
7. The Exorcism of Emily Rose
Filem ini mengisahkan seorang budak yang bernama Anneliese telah dirasuk dan dikatakan salah satu rakaman audio di dalam babak filem tersebut merupakan rakaman asal yang telah direkodkan semasa upacara menghalau syaitan dilakukan. Kisah ini terjadi pada 49 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1968.
8. The Possession
Diangkat daripada kisah benar menceritakan tentang seorang remaja wanita yang membeli sebuah kotak antik yang dijual di laman Ebay. Tanpa disedari rupa-rupanya kotak tersebut adalah kotak puaka yang sesiapa sahaja memilikinya akan berhadapan dengan kejadian paranormal.
9. Ghost Ship
Pada satu malam, kapten bot dan anak kapal Nong bersiap sedia untuk meneruskan pelayaran mereka. Tetapi mereka telah terjumpa sesuatu mengejutkan iaitu mayat isteri pemilik bot bernama Mia yang digantung di tiang bot. Penemuan mayat itu mencetuskan kekecohan di antara anak kapal.
Kapten itu mengambil keputusan untuk membuang mayat itu di tengah laut. Bagaimanapun perkara lain terjadi apabila mayat yang disembunyikan di bilik enjin hilang. Roh Mia telah bebas dan mencetuskan panik di tengah lautan. Mia telah mengganas, dan anak kapal tidak dapat melarikan diri. Keadaan semakin teruk apabila ribut melanda. Cara untuk menyelamatkan bot dan semua orang adalah dengan mencari mayat Mia.
10. Hell Fest
Sekumpulan rakan mengunjungi taman tema yang dipanggil Hell Fest. Di sana, mereka menjadi mangsa kepada seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempatnya mengganas. Dia telah menyerang rakan-rakan itu tetapi pengunjung lain menganggap ia hanya sebahagian daripada persembahan di sana.
11. Munafik 2
Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.
12. Beddua: The Curse
Bertahun selepas tamat pengajian, hubungan persahabatan Melek, Burcu, Eda dan Ayla masih lagi kukuh. Bagaimanapun, selepas bertemu dengan seorang pawang bernama Havel, kehidupan mereka berubah buat selama-lamanya.
13. Sebelum Iblis Menjemput
Alfie membesar dengan berdikari sendiri selepas bapanya Lesmana mengabaikannya dan ibunya Intan, yang kemudian meninggal dunia secara misteri. Kini Lesmana berkahwin semula dan mempunyai dua anak dengan isteri barunya. Alfie berasa janggal dengan Lesmana dan keluarga barunya, tetapi apabila Lesmana jatuh sakit, Alfie nekad mahu mencari punca mengapa bapanya jatuh sakit secara misteri dan kekayaannya mula hilang.
Dia kemudian melawat sebuah villa yang dia pernah lawati bersama ibu bapanya. Di sana dia menjumpai ibu tiri dan adik beradik tirinya. Apabila mereka mula mati seorang demi seorang, Alfie mendapat tahu yang bapanya pernah membuat perjanjian dengan Syaitan dengan mengorbankan darah dagingnya sendiri untuk kekayaan.
14. Santet: Black Magic
Selepas tinggal bertahun di Amerika, Rendy pulang ke kampung halamannya di Indonesia bersama isteri dan dua anak mereka. Dia perlu menjaga ibunya yang sedang sakit dan tinggal berseorangan selepas bapanya membunuh diri.
Ibunya secara tiba-tiba mula menyerang isteri dan anaknya, dan apabila ibunya muntah darah, kaca dan paku di hadapan mereka, Rendy membawa ibunya ke hospital walaupun tahu tiada perubatan moden yang dapat membantu. Rendy mula menyedari ibunya terkena sihir hitam iaitu santau.
15. The Texas Chainsaw Massacre
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan rakan-rakan yang menjadi mangsa kepada sebuah keluarga kanibal ketika dalam perjalanan untuk melawat sebuah rumah ladang lama. Watak Leatherface dan butiran plot di dalam filem ini diilhamkan oleh jenayah hidup sebenar pembunuh bersiri Ed Gein.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negara yang telah mengharamkan tayangan filem ini kerana aduan tentang keganasan filem tersebut.
Selamat menonton!