Dunia ratu cantik boleh mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Seiring dengan populariti yang dikecapi, jika pandai mengemudi kerjaya seseorang ratu cantik pasti boleh membina empayar menerusi takhta yang dimenangi.
Baru-baru ini, seorang lagi ratu cantik telah dinobat di Puerto Rico. Elena Rivera yang merupakan seorang peragawati dan pelajar dalam jurusan pemasaran telah berjaya mengalahkan 29 peserta lain untuk bergelar Miss World Puerto Rico 2022.
Baru berusia 18 tahun, dia yang berasal dari daerah Toa Baja telah dimahkota oleh Miss World Puerto Rico 2021, Aryam Diaz Rosado. Seiring dengan kemenangannya dia membawa pulang hadiah berupa mahkota dan piala.
Dalam sesi soal jawab yang menjadikannya sebagai juara. Elena telah menerima soalan mengenai isu pengguguran kandungan yang sedang rancak diperkatakan di Amerika Syarikat apabila mahkamah negara itu telah memutuskan yang menggugurkan kandungan merupakan satu bentuk jenayah.
Jawabnya, “Saya seorang yang mengutamakan nyawa. Saya faham yang wanita tidak seharusnya ditekan dengan undang-undang ini kerana setiap orang pasti melalui waktu yang sukar.
Ads
“Seharusnya ada pendidikan tentang isu ini, tetapi undang-undang tidak akan menghalang dari berlakunya penguguran dengan segaja. Kita harus menjaga wanita, mereka adalah paksi Puerto Rico.”
Setelah dinobatkan sebagai juara, gadis cantik ini berkongsi pengalaman sepanjang bertanding. “Saya kagum dan bersyukur, sebenarnya kesemua finalis pertandingan ini telah menjadi seperti adik-beradik yang luar biasa. Kehebatan adalah milik Tuhan dan saya mendapat mahkota dengan iman dan kepercayaan,” ujarnya.
Ads
Setakat ini Puerto Rico pernah memenangi mahkota biru Miss World sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1975 menerusi perwakilan Wilnelia Merced Cruz dan pada tahun 2016 menerusi perwakilan Stephanie Marie del Valle Diaz.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wajah mulus, bersih dan berseri dambaan setiap insan bergelar wanita. Oleh itu, pelbagai cara dilakukan demi memastikan kulit sentiasa cantik dan lembap.
Maka sebab itulah amat penting untuk kita konsisten dengan rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan. Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Begitulah pelakon Luna Maya berkongsi cara dia menjaga kecantikannya di usia 40 tahun.
Memetik laporan Liputan6, dia mula menjaga kulitnya sejak usia 20-an dan antara benda wajib yang sentiasa dipakainya adalah pelembab wajah.
Menurut pelakon filem Bernafas Dalam Lumpur, dia juga sama seperti wanita lain yang mahukan kulit wajah cerah.
“Menjaga kebersihan kulit sangat penting sebab ramai wanita kerap menggunakan alat solekan dan terkena sinaran matahari.
“Saya mula merawat dan menjaga kulit ketika usia 20-an. Selain mencuci wajah selepas solekan, saya juga sentiasa menggunakan pelembab wajah.
“Sama seperti ramai wanita, saya juga ingin kulit cerah. Bukan putih tapi cerah. Cerah itu tidak semestinya putih,” katanya.
Jangan salah faham pula, maksud Luna Maya bukan pakai sebab nak kulit putih ya tetapi lebih kepada nak cerah dan sihat. Jadi korang pun perlu menjaga kulit dari remaja ini. Barulah kulit sihat dan bersih tanpa cela!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru Hari Raya pertama, dah tak tahu nak jaga mulut ya (atau dalam kes keyboard warrior, tak tahu nak jaga jari.)
Setelah Scha Alyahya memuat naik gambar OOTD Raya pertama dengan memakai baju Raya biru seisi keluarga, nampaknya netizen lebih tertarik dengan gaya rambut dishevelled bob Scha.
Bukannya mereka memuji, tapi mencerca gaya rambutnya itu dengan macam-macam komen tak masuk akal seperti gaya kubis, selekeh dan orang kurang waras.
Isu body shaming seperti ini bukanlah kali pertama terjadi. Sudah ramai selebriti Malaysia, terutamanya berdepan dengan komen netizen yang rata-rata daripada akaun palsu ataupun remaja belasan tahun yang masih bersekolah.
Motif!
Scha enggan berdiam diri kali ini. Melalui posting di Instagram semalam, dia mengulas ringkas mengenai segala cercaan yang dilontar kepadanya, Raya kali ini.
“Saya sedar minda dan hati seseorang itu boleh jadi rapuh tanpa semangat atau foundation yang kuat. Saya bertuah kerana memiliki emosi dan dalaman yang kuat,” kata Scha yang jarang-jarang mengupas mengenai komen netizen terhadapnya.
Having said that..
“Dengan media sosial ini, ramai yang nak berikan pendapat sampai lupa adab. Tak salah berlainan pendapat atau preference. Tapi caranya kenalah sesuai dan tak perlu untuk menjadi rude.
“Just be kind to others dan tak perlu nak body shame, atau make fun of other people’s looks. Be kind dan fahamilah setiap orang tu berbeza,” kata Dewi Remaja 2005/2006 itu di Instagram.
Susulan daripada posting tersebut, ramai rakan selebriti yang turut menyokong pendapat Scha termasuklah Mira Filzah, stylist Tym Fatimah, Vivy Yusof, MIn Luna, Daiyan Trisha dan suami Scha sendiri, Awal Ashaari.
Sebenarnya simple je, sesiapa pun berhak untuk menentukan imej masing-masing. Kalau korang rasa cantik, puji dengan ikhlas. Kalau rasa tak sesuai, diamkan saja diri. Don’t say a word if you have nothing nice to say, kan?
Sebelum mengata orang tak cantik, pastikan hati tu ‘cantik’ dulu okay. Hiks!
Bulu roma yang tumbuh lebat adalah hal biasa bagi lelaki. Ini kerana hormon testosterone yang dimiliki akan mempengaruhi pembesaran seksual, otot dan tenaganya.
Bagaimana kalau ada gadis remaja miliki bulu roma lebat hingga boleh nampak seakan misai, lengan dan betisnya? Adakah mereka miliki hormon testosteron seakan-akan lelaki?
Baru-baru ini dunia disajikan dengan berita wanita tumbuh janggut. Wanita ini, Harnaam Kaur dikatakan menderita Polysyctuc Ovary yang mana bulu roma tumbuh dengan lebatnya di sekitar dagu.
Gangguan sindrom ovarium polikistik (polycystic ovary syndrome/PCOS) akan menyebabkan berbagai gejala. Ini termasuklah haid yang tidak teratur, pertumbuhan rambut berlebihan sehingga tumbuh kumis, bahkan janggut selain jerawat berlebihan di wajah.
Ketahui punca penyebab bulu roma tumbuh lebat di kalangan remaja wanita? Baca perkongsian dari Pakar Estetik, Dr Rushimi Maris Ismail dari Marissa Aesthetic & Welness yang beroperasi di Semenyih, Selangor mengenai masalah ini.
Kata Dr Rushmini, bulu roma yang sering dicukur boleh mengakibatkan kulit betis menjadi kasar dan menggerutu. Liang-liang roma pada betis akan kelihatan besar.
Kulit betis juga turut dipenuhi kesan ruam akibat penumbuhan bulu bulu yang terlekat di dalam kulit (in grown hair). Kesan rambut seperti ini menyebabkan betis sering gatal-gatal. Selain itu ia boleh menyebabkan kulit luka dan berparut.
Sepanjang mengendalikan kes-kes gadis remaja yang memiliki bulu roma tebal, katanya ada pengakuan yang mereka pernah mencabutnya tetapi kesakitan itu luar biasa rasanya.
Ada yang memilih teknik waxing tetapi kesannya hanya sementara sahaja. Ada juga yang ke salon tetapi kulit kelihatan seakan terbakar dan melecur sehingga menimbulkan masalah pada kulit.
Jelasnya lagi, bulu roma lebat adalah masalah ramai wanita tidak mengira bangsa dan keturunan.
Keinginan membuang bulu di badan bermula sejak seseorang itu di peringkat remaja dan berterusan sehingga usia tua.
Baik lelaki atau perempuan yang bermasalah sudah tentu berasa rimas dengan kehadiran rambut atau bulu yang terlalu lebat dan ingin membuangnya. Sama ada rambut di ketiak, muka, kaki, tangan, bikini line atau mana-mana tempat di badan , kebanyakan wanita dan lelaki hanya mahu bulu kelihatan di atas kulit kepala sahaja.
Apa teknik yang terbaik?
Di antara rawatan membuang bulu, rawatan laser adalah yang terbaik dan paling berkesan.
Jenis jenis laser yang digunakan untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long Pulse Nd:YAG.
“Konsep membuang bulu menggunakan laser adalah mudah. Secara saintifiknya ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi proses tersebut akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba.
“Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut tersebut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati.
Bagi kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:Yag. Oleh kerana laser diserap oleh pigmen yang berada pada akar bulu, ia memusnahkan bulu secara total.
Rawatan ini sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini , bulu roma tebal maka penyerapan laser adalah paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma.
“Bulu yang di fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik kerana kandungan melaninnya rendah maka ia tidak mati. Saya menasihatkan mereka yang ingin menjalani rawatan laser membuang bulu roma secara kekal agar mencukur dahulu sehari sebelum ke klinik.
“Ini bagi memastikan bulu tersebut berada pada fasa yang aktif (Anagen).
Laser perlu dibuat beberapa sesi selang antara 6 dan 12 minggu. Ini adalah untuk membolehkan bulu roma di fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.
Jelasnya lagi, perlu diingati, kadar pertumbuhan setiap sel bulu adalah berbeza. Tidak mungkin semua bulu berada di dalam fasa yang aktif pada waktu yang sama. Maka rawatan berulang kali akan memastikan kejayaan yang sangat baik.
“Diode laser sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah manakala orang yang berkulit gelap rawatan terbaik adalah dengan menggunakan laser Long Pulse Nd:Yag.
“Di klinik Marissa Esthetic saya menggunakan sistem soprano iaitu diod laser keluaran AlMA LASER yang merupakan satu syarikat pengeluar laser terunggul dalam dunia perubatan. Ia begitu hebat dan sesuai bagi kulit orang asia dan mampu menghapuskan bulu roma dengan berkesan sekali.
“ Soprano laser bukan sahaja menghilangkan bulu roma malahan turut memutihkan kulit, menutup liang roma yang besar akibat sering bercukur dan menegangkan kulit. Kulit jelas kelihatan lebih cantik selepas laser.
“Ciri-ciri seperti ini sangat penting apabila kita mahu menghilangkan bulu pada muka terutamanya. Saya pasti mereka yang pernah mencuba sistem ini pasti akan menyukainya. Dengan tindakan cold laser(tidak panas) kulit tidak terbakar. Ini membuatkan kita berasa selesa,” katanya memberi nasihat.
Teknologi dunia perubatan semakin maju. Kalau ada masalah, jangan malu-malu kerana tiada masalah tidak dapat diselesaikan kecuali satu perkara iaitu MATI!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...