Baru Disahkan Bebas Covid-19, Raja Permaisuri Agong ‘Hadiahkan’ Katil Lipat Untuk Doktor,Jururawat Dan Petugas Hospital

Share

Hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarga tamat menjalani kuarantin diri.

PUTRAJAYA, 18 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah beredar selepas berkenan melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya.?Baginda berdua berkenan meluangkan masa setengah jam di CPRC bagi mendengar taklimat mengenai situasi terkini wabak COVID-19 di negara ini.?–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menerusi laporan Bernama, Al-Sultan Abdullah dan keluarga baginda menzahirkan penghargaan kepada rakyat di atas doa dan keprihatinan semua.

Baru sehari tamat menjalani kuarantin diri, Permaisuri Agong sudah mula membantu ‘frontliner’ terutamanya doktor, jururawat dan petugas hospital. Jika sebelum ini Tuanku Permaisuri Agong memasak untuk pekerja2 Hospital dan frontliner.

Dalam perkembangan terbaru, Tunku Azizah sekali menunjukan keprihatinannya kepada petugas-petugas kesihatan dalam mengatasi masalah wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Menerusi instagram, Raja Permaisuri Agong ada memuat satu video dan gambar dengan caption:

Ini saje yg saya dan anak2 mampu …… katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hospital … untuk keselesaan mereka.

Rata-rata netizen terharu dengan kebaikan Raja Permaisuri Agong dan keluarga.

 

Terdahulu, keluarga Diraja itu disahkan negatif Covid-19 namun perlu menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari selepas beberapa petugas Istana Negara dikesan positif wabak berkenaan.

Sumber : Instagram airtangan_tunkuazizah

Published by
Nana