Baru Episod 6, Rating K-Drama The World Of The Married Pecah Rekod Itaewon Class

Share

Penangan K-Drama memang memberi impak yang besar bukan sahaja di Korea, malah di negara kita sendiri pun mempunyai ramai pengikut setia yang sering menantikan drama-drama terbaru mereka.

Terbaru, The World Of The Married telah mencipta sekali lagi fenomena di kalangan peminat K-Drama. Bertemakan hubungan curang dan balas dendam, drama ini merekodkan rating tertinggi iaitu 6.63% semasa episod pertama, sekali gus mencipta sejarah di saluran JTBC.

Malah, drama ini juga semakin menjadi ‘kegilaan’ apabila setiap episod yang ditayangkan pasti menjadi trending di media sosial. Buktinya, selepas episod 6 ditayangkan, The World Of The Married meraih satu angka yang mengejutkan sehingga memecah rekod peribadinya.

Purata rating yang dicatatkan ialah 18.8% di seluruh negara dan 21.4% bagi kawasan metropolitan Seoul. Ia adalah satu angka yang mengagumkan bagi drama saluran berbayar.

Tambahan lagi, baru sahaja memasuki episod 6, ia sudah berjaya mengalahkan rating terbaik drama Itaewon Class yang direkodkan semasa episod terakhirnya iaitu 16.5% di seluruh negara. Secara tidak langsung, The World Of The Married berada di tangga kedua dalam sejarah saluran JTBC, selepas drama SKY Castle (23.78%) yang memegang rating tertinggi, bukan sahaja bagi saluran tersebut malah untuk seluruh saluran kabel.

Drama ini merupakan adaptasi drama UK terbitan BBC ONE- Doctor Foster. Namun, versi Korea ini mungkin adalah olahan tersendiri untuk disesuaikan dengan masyarakat disana. The World Of The Married mengisahkan tentang Ji Sun Woo adalah doktor perubatan. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mereka mempunyai anak lelaki. Dia seolah-olah mempunyai segala-galanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga yang bahagia, tetapi dia dikhianati oleh suaminya.

Ha, tak sangka tema curang ni masih menjadi pilihan penonton ya. Tak sabar nak tunggu episod akhir.

Sumber: kimchidaily

Published by
Noor Ain Norman