Baru Faham Mengapa YG Entertainment Tak Kisah Belanja Besar Untuk Set Video Blackpink

Share

 

Sekiranya korang masih mengulang tonton klip video How You Like That nyanyian Blackpink di YouTube sehingga ke hari ini, you are not alone.

Kami pun susah untuk move on daripada klip video tersebut!

ARTIKEL BERKAITAN : Blinks Tak Puas Dengan How You Like That, Ini Sebabnya

Ia begitu meriah dengan set-set menarik seperti di dalam hutan misteri, kawasan bersalji, pasar Maghribi, kawasan berpayung, ladang bunga dan macam-macam lagi set penggambaran.

Obviously, kesemua itu adalah mustahil tanpa bajet yang BESAR.

Ada sebab mengapa syarikat label Blackpink iaitu YG Entertainment tak kisah untuk berbelanja bagi set video How You Like That.

Strategi label seperti YG Entertainment (Blackpink, Big Bang), Big Hit Entertainment (BTS), JYP Entertainment (TWICE, ITZY) dan SM Entertainment (EXO, Red Velvet) sebenarnya senang je guys untuk difahami.

Here is the maths..

Setiap kali sesebuah kumpulan K-pop ataupun penyanyi solo/duet membuat comeback baharu, ia adalah detik ‘do or die’ buat syarikat label ini untuk beberapa sebab tertentu.

Setiap projek comeback adalah peluang untuk mereka (1) mencuri tumpuan peminat K-pop terhadap label mereka, (2) membuatkan ramai peminat ternanti-nanti akan ‘what is next’ dan (3) membuktikan kepada syarikat label lain bahawa mereka masih aktif serta relevan.

Namun, ada 1 sebab utama mengapa projek comeback selalunya melibatkan bajet yang besar untuk tujuan ciptaan lagu, promosi single & album serta pembinaan set klip video – konsep – suntingan video yang bertaraf antarabangsa.

Mereka sanggup untuk berbelanja mewah untuk semua itu kerana inilah peluang untuk melonjakkan nilai stok syarikat masing-masing. Selain daripada memiliki barisan artis yang popular, nilai stok syarikat adalah aset terpenting bagi syarikat label.

Sebagai contoh semalam, nilai stok bagi YG Entertainment dilaporkan meningkat sehingga 9.31 % dengan kadar 37,000 Won bagi setiap syer.

Hari ini pula, nilai itu meningkat ke 21.12 % pada tahap tertingginya, dengan kadar 41,000 Won bagi setiap syer.

That is high! And it is all thanks to Blackpink’s How You Like That.

You’re welcome, YG.

Pemerhati ekonomi di Korea Selatan bersetuju kenaikan nilai stok YG Entertainment secara mendadak ini adalah disebabkan comeback terbaru Blackpink itu.

How You Like That kini berada di kedudukan keempat di laman web penstriman Korea, kedudukan kedua di carta ‘Global Top 50’ Spotify dan di kedudukan kelapan di carta ‘Top 50’ di Amerika Syarikat.

Tentunya, YG Entertainment juga tidak kisah berbelanja besar untuk klip video Blackpink ini apabila kumpulan sensasi itu berjaya memecahkan rekod video premier paling banyak tontonan dalam sejarah YouTube.

Sejumlah 1.65 juta Blinks menonton How You Like That mengatasi 1.54 juta orang ARMY yang menonton single BTS ‘On’ pada Februari lalu.

Secara keseluruhan, ini adalah berita baik yang amat diperlukan oleh YG Entertainment setelah mereka mengalami kemerosotan nilai stok pada tahun 2019 akibat kes-kes skandal yang dicetuskan artis naungan mereka.

Cer baca artikel kami berhubung kes di syarikat label itu.

 

Published by
webadmin