Risiko jangkitan COVID-19 bagaikan halimunan. Tanpa kita tahu dan sedar siapa telah terjangkiti kecuali pesakitnya adalah ahli keluarga kita sendiri. Jika sedar dan tahu kita masih elak dengan penjarakan sosial.
Catatan perkongsian seorang ahli perniagaan, Mohd Sukri Othman yang berkongsi kisah adik ketiganya, Mohd Suhaimi Othman yang dijangkiti COVID-19 semasa bertugas sebagai runner di bulan Ramadan ini pasti mengejutkan.
Yalah, ramai orang ingat tugas menghantar barang ini mudah tetapi sebenarnya runner lagi terdedah kepada risiko kerana mereka tidak tahu adakah tuan rumah sihat atau tidak. Ini kerana pada perkiraan kita, individu yang duduk di rumah pasti tidak akan terdedah dengan risiko jangkitan tetapi sebenarnya tanggapan itu salah.
Mari doakan agar Mohd Suhaimi cepat sembuh. Paling utama virus ini tersebar tanpa kita sedar. Ya itulah yang dibimbangkan oleh orang ramai.
Baca perkongsian beliau di laman fbnya.
Ads
Dapat berita yang mengejutkan dari adik ke 3, hari ni dia disahkan + covid19.
Alhamdulilah setakat ini dia tak mengalami apa-apa gejala jangkitan dan masalah kesihatan. Saringan COVID-19 yang dijalankan pun disebabkan urusan kerja.
Ads
Dia tinggal hanya berdua bersama isteri di Bentong, agak terkejut sebab tanpa sebarag simptom dan Bentong bukanlah Zon MERAH, Hanya 15 kes setakat ini.
Betapa mudah dan di luar jangkaan fikiran senangnya kita boleh dijangkiti tanpa kita sedar. Kalau kawasan yang rendah jangkitan pun kebarangkalian untuk dijangkiti ada, apatah lagi kawasan Zon Merah.
Ads
Semoga sahabat semua lebih berhati-hati.
Saya mohon yang membaca post ini dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan adik saya Mohd Suhaimi Othman dan adik ipar Nurfatihah.
Imej gadis berpakaian seksi sering menjadi isu perdebatan. Ada mengatakan ia menjadi punca kes rogol berlaku. Namun ada persanggahan pendapat kerana ada juga gadis-gadis bertudung menjadi mangsa serakah liar lelaki tidak bertamadun sedangkan tiada apa yang kelihatan seksi.
Kalau nafsu sudah merajai akal, apa saja pakai dipakai oleh gadis mendatangkan imaginasi kotor. Buktinya, seorang gadis di twitter telah memuat naik gambarnya berbaju kurung hijau dan amat mengejutkan, di akaun twitter kemudiannya seorang lelaki menulis kata-kata memualkan, seolah-olah mahu menunjukkan kehebatan di ranjang hanya berdasarkan memandang gambar berkenaan yang tidaklah menunjukkan aurat langsung (makin gila manusia akhir zaman nie).
Ramai yang tweet menyuruh gadis ini membuat laporan polis kerana ia berbentuk satu ugutan (boleh jadi cubaan ke arah merogol) dan ia boleh dijadikan perlindungan kepada dirinya di lain masa. Ya lah, kita tidak tahu siapa musuh yang mungkin bertopengkan manusia kerana macam-macam perkara boleh berlaku tanpa kita sedari. Ini termasuklah dari salah seorang peserta Dewi Remaja, Haneesya Hanee yang menyuruh gadis berkenaan membuat laporan polis. Bukan dirinya sahaja, tetapi ramai yang menyuruh laporan polis dibuat demi keselamatan dirinya.
Sebaik twitter itu di muat naik dan mulai tular, lelaki yang didakwa sebagai penulis kata-kata lucah itu mendakwa gambarnya telah disalah guna dan mengakui dirinya amat menghormati wanita. Malah tidak akan sesekali menulis hal memalukan sebegitu. Malah dirinya turut menyokong agar satu laporan polis dibuat kerana gambarnya telah di salah guna.
So girls, hati-hatilah ya. Kadang kita tidak tahu apa niat jahat orang lain tetapi kalau membaca ayat kotor yang ditulis, ianya amat memualkan dan menakutkan. Tapi apa yang menakutkan, ada sesetengah lelaki yang berpemikiran kotor dan menjijikkan tetapi yang disalahkan adalah gadis kerana berpakaian seksi. Tapi dalam kes ini, baju kurung pun jadi mangsa!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tiba bulan puasa tak sah rasanya jika tidak ke bazar Ramadan kan? Walaupun memang sudah memasak di rumah, tetapi tetap juga ingin ke bazar Ramadan untuk merasai suasana meriah selain ‘mencuci mata’ melihat puluhan juadah berbuka puasa yang dijual.
Tapi, bila dah sampai ke bazar Ramadan tipulah kalau korang tak membeli satu dua juadah kan? Hiks! Biasanya, ramai yang mencari murtabak, kuih tepung pelita, ayam golek, seleksi minuman beraneka dan macam-macam lagi. Jadi, sebelum ke bazar Ramadan kebanyakannya akan membuat survey terlebih dahulu untuk mencari bazar Ramdan yang terbaik menyediakan pelbagai juadah makanan yang enak.
Kali ini, Remaja ingin kongsikan beberapa bazar Ramadan terbaik di Malaysia yang wajib korang singgah kerana dijamin bakal membuatkan korang ‘rambang mata’. Hehe!
Jom kita semak senarai berikut.
Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Kuala Lumpur
Rasanya penduduk di Lembah Klang semuanya sudah tahu bazar Ramadan TTDI adalah antara yang terbaik. Namun, ada juga yang mengatakan harga makanan di bazar ini agak mahal sedikit. Tapi, kalau rasanya sedap dan kena dengan harga, why not kan?
Bazar Ramadan Kampung Baru
Sama juga tidak perlu diperkenalkan lagi kerana bazar ini antara yang menjadi tumpuan penduduk di Kuala Lumpur. Bukan hanya di bulan Ramadan, Kampung Baru memang terkenal dengan kedai-kedai makan yang super sedap!
Bazar Ramadan Jalan TAR
Satu lagi hotspot wajib singgah! Jalan TAR sangat popular bila tiba hari raya kerana terdapat
Bazar Ramadan Taman Melawati
Bazar ini terletak di Lorong Selangor, Taman Melawati dan dianggap yang terbesar serta paling meriah di Kuala Lumpur, rugi kalau korang tak singgah.
Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Selangor
Bazar Ramadan yang viral dengan nasi Arab Chef Amar sehinggakan orang KL pun sanggup ke Shah Alam untuk menikmati makanan viral ini. Namun, selain daripada nasi Arab ini sebenarnya banyak lagi makanan enak yang dijual di bazar ini. Bazar Stadium Shah Alam antara yang terbesar di Selangor.
Bazar Ramadan Putrajaya
Jangan dilupa bazar Ramadan di Putrajaya. Menu viral mereka adalah Mee Tonggek.
Bazar Ramadan Jalan Makloom, Georgetown
Pulau Pinang juga antara syurga pencinta makanan. Bukan hanya di bulan puasa, ramai sahaja pelancong dari luar negeri akan ke Penang semata-mata untuk mencari makanan sedap. Jadi tidak hairanlah jika bazar Ramadan mereka juga dipenuhi dengan juadah-juadah berbuka puasa yang enak.
Bazar Ramadan Little India, Georgetown
Kalau inginkan juadah berbuka makanan India yang halal, korang boleh pergi ke bazar Little India, Georgetown ini.
Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
Kalau ke Kota Bharu Kelantan, jangan lupa singgah di bazar Ramadan di Stadium Muhammad IV ini. Meriah dengan makanan!
Bazar Ramadan Plaza Angsana
Bazar ini dibahagikan mengikut stesen jenis jualan untuk memudahkan pengunjung memilih mengikut citarasa mereka.
Bazar Ramadan Pagoh
Kelainan yang dibawa oleh bazar Ramadan ini adalah mereka menyediakan servis e-bazar. Semua makanan boleh ditempah secara online dan dihantar terus ke rumah. Siapa yang malas nak keluar, ini peluang menarik untuk korang.
Bazar Ramadan Sembulan, Kota Kinabalu
Sabah memang tidak lari dengan juadah seafood dan sayap ayam madu. Wajib cuba!
Bazar Ramadan Kota Samarahan, Kuching
Meriah keadaan di Bazaar Ramadan di Kota Samarahan, Kuching Sarawak. Berbaris ramai lagi yang menunggu untuk masuk.
Fuh, ini kalau pergi mesti rambang mata tak tahu nak beli apa kan? Korang pula suka ke bazar Ramadan mana?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, seorang penumpang wanita tercampak keluar dari kenderaan gara-gara tindakan seorang selebriti memandu kereta secara melulu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang, pada selasa.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan.
Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova. Malah, pelanggaran itu turut menyebabkan penumpang hadapan yang juga kekasihnya tercampak keluar dan mengalami cedera ringan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.
“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Farouk menyatakan pemandu kedua-dua kenderaan itu sudah tampil membuat laporan, semalam. Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut selain ermohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.
Tambahnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, satu video berdurasi 42 saat yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melulu di MRR2 tular di media sosial.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...