Baru Jadi Runner Di Bulan Ramadan, Lelaki Ini Disahkan Positif COVID-19

Share

Risiko jangkitan COVID-19  bagaikan halimunan. Tanpa kita tahu dan sedar siapa telah terjangkiti kecuali pesakitnya adalah ahli keluarga kita sendiri. Jika sedar dan tahu kita masih elak dengan penjarakan sosial.

Catatan perkongsian seorang ahli perniagaan, Mohd Sukri Othman yang berkongsi kisah adik ketiganya, Mohd Suhaimi Othman yang dijangkiti COVID-19 semasa bertugas sebagai runner di bulan Ramadan ini pasti mengejutkan.

Yalah, ramai orang ingat tugas menghantar barang ini mudah tetapi sebenarnya runner lagi terdedah kepada risiko kerana mereka tidak tahu adakah tuan rumah sihat atau tidak. Ini kerana pada perkiraan kita,  individu yang duduk di rumah pasti tidak akan terdedah dengan risiko jangkitan tetapi sebenarnya tanggapan itu salah.

Mari doakan agar Mohd Suhaimi  cepat sembuh. Paling utama virus ini tersebar tanpa kita sedar. Ya itulah yang dibimbangkan oleh orang ramai.

Baca perkongsian beliau di laman fbnya.

Dapat berita yang mengejutkan dari adik ke 3, hari ni dia disahkan + covid19.

Alhamdulilah setakat ini dia tak mengalami apa-apa gejala jangkitan dan masalah kesihatan. Saringan COVID-19 yang dijalankan pun disebabkan urusan kerja.

Dia tinggal hanya berdua bersama isteri di Bentong, agak terkejut sebab tanpa sebarag simptom dan Bentong bukanlah Zon MERAH, Hanya 15 kes setakat ini.

Betapa mudah dan di luar jangkaan fikiran senangnya kita boleh dijangkiti tanpa kita sedar. Kalau kawasan yang rendah jangkitan pun kebarangkalian untuk dijangkiti ada, apatah lagi kawasan Zon Merah.

Semoga sahabat semua lebih berhati-hati.

Saya mohon yang membaca post ini dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan adik saya Mohd Suhaimi Othman dan adik ipar Nurfatihah.

— with Mie Othman.

Published by
Almaswa Haji Che Ros