Jika sebelum ini, Puteri Belanda iaitu Puteri Catharina-Amalia merupakan kerabat diraja pertama yang menolak elaun perbelanjaan kerana dia merasakan dia masih belum memiliki tugas rasmi yang membolehkan dia layak menerima wang tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN : Ditabal Sebagai Bakal Ratu Belanda Pada Usia 10 Tahun, Catharina-Amalia Tolak Elaun Bernilai RM8 Juta Demi Bantu Rakyat

Baru Jadi Siswazah, Pewaris Takhta Belanda Diminta Pulang. Bimbang Isu Keselamatan
Foto Via Instagram

Terkini, pewaris takhta Belanda yang baru memulakan pengajian pada peringkat siswazah di Universiti Amsterdam diminta pulang. Hal ini disebabkan isu keselamatan Puteri Amalia kerana takut diculik oleh mafia.

Polis Belanda meminta Puteri Amalia meninggalkan pengajiannya di Amsterdam dan kembali ke istana Huis Ten Bosch. Baru beberapa minggu berada di ibu kota, dia dikhuatiri berada dalam bahaya. Dilaporkan oleh De Telegraaf, berita tersebar bahawa kumpulan mafia sedang merancang senario untuk penculikan diraja berusia 18 tahun itu.

Baru Jadi Siswazah, Pewaris Takhta Belanda Diminta Pulang. Bimbang Isu Keselamatan
Bersama ayahanda dan bonda dan dua lagi adik;. Sumber gambar: people.com

Berita itu tersebar ketika Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima dari Belanda berada di London untuk pengebumian Ratu Elizabeth II. Ketika itu, keselamatan bakal ratu Belanda dikatakan terancam kerana sekumpulan mafia dari Maghribi sedang mengejarnya. Kumpulan itu sendiri dikatakan terlibat dalam pengedaran dadah di Eropah.

Ads

Namun, sehingga kini masih belum diketahui sama ada Puteri Amalia akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan di Fakulti Politik, Psikologi, Undang-undang dan Ekonomi Universiti Amsterdam. Mengikut laporan juga berkemungkinan puteri akan belajar dari rumah dan meninggalkan kehidupan sebagai siswazah seperti pelajar universiti yang lain.

Baru Jadi Siswazah, Pewaris Takhta Belanda Diminta Pulang. Bimbang Isu Keselamatan
Putri Amalia dari Belanda Foto: Instagram,

Bakal Ratu ini sememangnya terkenal dengan latar belakangnya yang ‘berjiwa rakyat’. Sejak kecil, puteri hidup seperti kebanyakan kanak-kanak serta berhasrat untuk memasuki universiti seperti remaja lain.

Ads

Begitulah kehidupan sebagai pewaris takhta, walau nampak selalu indah dan sempurna tapi bahaya juga ye.

BACA :  Puteri Mako, Puteri Diraja Jepun Yang Akan Dilucutkan Hak Sebagai Kerabat Kerana Sebuah Perkahwinan

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI