Ingatkan setelah 3 bulan masyarakat Malaysia ‘terperap’ di rumah sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, kita sudah berubah dari segi pemikiran yang lebih positif.
Namun rupa-rupanya, ada sesuatu yang masih tidak berubah; yakni budaya “It’okay” untuk membuang sampah mewenang-wenangnya.
Isu ini telah mendapat perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada hari ini yang telah menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir pengunjung di pantai sekitar Port Dickson.
Walaupun tidak menyatakan secara terperinci, ramai yang berpendapat ia terarah ke Pantai Teluk Kemang yang popular di kalangan pengunjung tempatan.
Menerusi satu posting di Facebook rasmi beliau, dia berpendapat bahawa alasan tiada tong sampah di sesetengah kawasan bukanlah alasan untuk membuang sampah tanpa memikirkan impak kepada alam sekitar.
“Saya berasa dukacita dengan sikap segelintir pengunjung di pantai peranginan Port Dickson.
“Saya baru mendapat laporan petang tadi ada segelintir pengunjung yang mengambil mudah soal kebersihan alam sekitar dengan merata-rata.
“Saya ingin menegaskan bahawa ketiadaan tong sampah yanhh banyak (di sesebuah kawasan) bukanlah alasan. Selaku pencinta alam sekitar, para pengunjung haruslah menghargainya dengan membuang sampah di tempat sepatutnya,” catat beliau lagi penuh kecewa.
Betul tu gaiss.
Dah pandai guna dan makan, pandai-pandailah simpan dahulu sampah korang sebelum dibuangkan di tempat yang sepatutnya. Takkanlah korang tak sediakan plastik semasa sedang packing untuk ke pantai.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, pihak yang bertanggung jawab untuk membersihkan kawasan pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana di Port Dickson telah berusaha untuk melakukan kerja pembersihan sekerap 7 kali seminggu.
Malah mereka juga menggunakan jentera ‘beach comber’ berteknologi tinggi sekerap 5 kali seminggu di lima pantai utama daerah itu untuk menjaga kebersihan awam.
Janganlah sia-siakan usaha pihak berkuasa yang penat memperbaiki kebersihan kawasan sekeliling sewaktu musim PKP sehinggakan ada kawasan yang berubah hampir 180 darjah.
Pengguna Twitter Kongsi Sungai Melaka Dilihat Makin ‘Sihat’ Dan Jernih Di Musim PKP