Tinggal kira-kira kurang seminggu sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia meraikan perayaan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa.
Dalam tempoh ini, ramai yang masih bekerja mahupun berada di kampus dan belum sempat melakukan persediaan Hari Raya seperti pakaian dan aksesori untuk dipakai pada bulan Syawal kelak.
Jangan risau, korang masih belum terlambat daripada membeli apa yang perlu. Yang pasti, 6 item pilihan REMAJA ini boleh didapati secara mudah di stor mahupun secara atas talian serta tetap berstail.
Dinamakan sebagai koleksi Made Eid Easy, tahun ini jenama LILIT. menyediakan pilihan pakaian mesra muslimah yang boleh disuai padan mengikut citarasa dan pilihan warna serta potongan tersendiri. Antaranya termasuklah gaun seperti Shazmin Dress dan Warda Dress yang mempunyai potongan skirt ‘flare’, set abaya Illiana, bahagian top ‘semi-fit’ dan blaus serta pilihan skirt chich dalam beberapa pilihan warna.
Seperti kebiasaan, LILIT. menjamin pilihan saiz pelbagai bagi pemakai dari kecil hinggalah ke 5XL ataupun UK22.
Pemilihan potongan klasiknya membuatkan stail tahun ini amat mudah digayakan oleh korang pada 1 Syawal mahupun pada hari-hari berikutnya semasa beraya.
*
*
Betul ke lelaki yang pakai baju Melayu selalunya kelihatan macho?! Hehe.. kalau korang padankan dengan kaca mata hitam daripada jenama Eyewear by David Beckham, lagi bertambah-tambah macho-nya.
Ini merupakan edisi terhad khas untuk musim bunga/panas 2022 dan ia adalah interpretasi baharu terhadap model kaca mata hitam ikonik DB 7000/S. Bentuk empat seginnya memberikan tumpuan ke arah wajah si pemakai manakala lensa Zeiss-nya pula menampilkan ‘light external coating’ yang dipilih khas bagi pengeluaran koleksi ini.
*
*
Segar, feminin dan tentunya stylish! Begitulah yang dapat REMAJA gambarkan tentang koleksi ICE Flower oleh Ice-Watch ini yang amat bersesuaian dengan musim keraian ini. Seperti namanya, ia diinspirasikan daripada gabungan beberapa jenis corak bunga seperti ‘Liberty prints’ dan ‘Tropical Corollas’ untuk disesuaikan dengan variasi warna tali jam silikon. Pilih sajalah bergantung kepada warna baju Raya masing-masing. Setiap satu diperkemaskan dengan rim keemasan dan rose-gold.
Bagi golongan lelaki pula, janganlah risau kerana Ice-Watch tidak melupakan keperluan gaya korang. Kali ini, mereka menyediakan koleksi ICE Steel yang kelihatan cukup maskulin dengan tali jam silikon hitam dan permukaan biru mahupun hijau mewah. Di kelilingnya pula terserlah rim hitam dengan digit saat dan ia dilengkapkan dengan kemasan silver.
*
*
Khas buat yang ‘bermata empat’ (*Ampun!). Ada dalam kalangan kita yang gemar memilih untuk berkaca mata saja berbanding kanta sentuh biarpun sewaktu berhari Raya. Tiada salahnya pun, penulis pun tetap berkaca mata.
FYI, trend retro 60-an dan 70-an kembali menjelma pada tahun ini. Bergantung kepada keinginan korang untuk menggayakan bingkai bercorak mahupun yang lebih minimalis, rekaan retronya tampil timeless dan dijamin relevan untuk bertahun-tahun.
*
*
Bagi para gadis, REMAJA menggemari blaus lengan panjang yang cantik dipadankan dengan skirt A-line (kedua-duanya bercorak batik). Pastinya korang serta-merta kelihatan manis dan ‘cool’ berbanding rakan lain yang memilih pakaian tradisi.
Bagi lelaki pula, korang tentu tahu betapa selesanya kemeja Batik yang sedikit longgar. Sesuailah dengan trend terkini yang lebih relaks potongannya dan molek dipadankan dengan seluar ‘Smart Ankle’ atau seluar ‘Kando’.
P.S : Setiap pembelian di stor dan secara atas talian akan menerima sampul duit Raya UNIQLO tau! Mereka turut menghadiahkan lagi biskut Raya ‘Kooky Cream’ (pembelian di stor) dan ‘Batu Seremban’ (pembelian atas talian)
*
*
Tak sahlah sekiranya beraya tanpa kasut baru. Bagi lelaki, tentunya korang inginkan kasut yang selesa dan boleh menarik perhatian orang. Bagi yang perempuan pula, why not lupakan sebentar kasut tumiit tinggi dan lakukan kelainan dengan gaya Raya yang lebih santai dengan sneakers.
REMAJA menggemari model terbaru UXC72SB daripada New Balance ini yang bukan saja menjamin keselesaan sewaktu aktiviti ziarah-menziarahi. Malah, tiada mata yang akan terlepas daripada memandang kelibat warna jingganya itu.
Model XC-72 ini menggambungkan inspirasi reka bentuk klasik dengan bahagian tirus di hadapan bersama siluet ‘low cut’ pada bahagian belakang sepatu. Bahagian upper-nya juga diperbuat daripada 50 peratus bahan kitar semula tau! Sambil bergaya, sambil menitik beratkan kepentingan alam sekitar, gitu..
BACA LAGI : Izara Aishah Kongsi Video Tutorial ‘Shawl Raya’, Tunai Permintaan Peminat – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.