Beberapa tahun lalu, rakyat Malaysia terpaksa ‘terbang’ ke Australia sekiranya mereka teringin sangat untuk merasai aiskrim Ben & Jerry’s.
Namun, kita bertuah apabila Ben & Jerry’s kemudiannya diperkenalkan untuk kali pertama di Malaysia pada September 2019. Cawangan sulungnya dibuka di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid dan ramai yang teruja dengan pembukaan tersebut!
Namun semalam, jenama aiskrim tersebut telah mengumumkan mereka telah mengambil keputusan untuk menutup cawangan itu dan tidak lagi akan beroperasi di Malaysia selepas mereka mengalami cabaran dan kerugian akibat pandemik Covid-19. Apabila jumlah pengunjung ke shopping mall semakin menurun, maka semakin mencabarlah untuk kebanyakan stor mempertahankan perniagaan mereka.
Sayang sekali kerana kami menjangkakan Ben & Jerry’s akan mengembangkan jenama ke shopping mall lain. Namun lain pula jadinya.
“Selepas betul-betul mempertimbangkan perniagaan kami dan cabaran untuk beroperasi di negara ini semasa pandemik global, kami mengesahkan keputusan kami untuk ‘keluar’ daripada pasaran Malaysia.
“Kami ingin berterima kasih kepada peminat Ben & Jerry’s, kepada semua yang telah menikmati produk kami di Scoop Shop dan menyertai aktiviti-aktiviti kami di Kuala Lumpur. Akhir sekali, kami berterima kasih kepada pekerja dan rakan kami yang telah membantu menjadi pengalaman ini menyeronokkan dan bermakna.”
Apakah di antara perisa kegemaran korang daripada Ben & Jerry’s? Penulis amat menyukai Tripple Caramel Chuck dan Chocolate Fudge Brownie!
Nampaknya kita kehilangan satu lagi ‘nikmat’ makanan dan minuman di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN : Malaysia Negara Ketiga Perkenal Aiskrim Perisa Black Hojicha, Rasanya Agak.. – REMAJA