Untuk yang baru nak menjinakkan diri ke gymnasium, ada baiknya jika korang tahu tentang beberapa perkara terlebih dahulu.
Nak mula bersenam bukan boleh main buat je, lagi-lagi untuk mereka yang baru pertama kali nak ke gym.
Jadi, untuk newbie yang baru nak pergi sym, apa kata korang ikut 7 tip yang telah dikongsi oleh top 10 finalis Hero Remaja 2018, Ezmir Sadriq yang hobinya memang hari-hari masuk gym
. Hiks!Pertama sekali, korang kena tahu tujuan utama ke gym adalah sama ada untuk kuruskan badan atau nak build muscle. Ini kerana ia memerlukan workout yang berbeza untuk setiap tujuan tersebut.
Ini bertujuan untuk memberi keselesaan semasa bersenam. Pakaian yang tidak sesuai juga boleh mengganggu konsentrasi korang di gym.
Paling penting, sebelum start workout
kena warm up dulu untuk mengelakkan kekejangan otot dan mengurangkan kesakitan selepas bersenam.Untuk mengelakkan kecederaan, so start dengan kelengkapan alatan gym yang ringan-ringan atau mudah saja seperti mengangkat dumbell seberat 2kg dan menggunakan peralatan basic seperti treadmill.
Kalau tak nak berlaku kecederaan adalah lebih sekiranya korang mempunyai ‘pemerhati’ yang boleh guide menggunakan peralatan dengan betul.
Nak buat badan ni, 70% diet dan 30% gym. Tapi walaupun korang ada masalah berat badan berlebihan, tak bermaksud korang kena puasa makan. That is totally wrong. Kena makan juga tapi pastikan eat clean.
Muscle needs rest dan masa rehat tu la yang akan menjadikan muscle jadi besar dan kuat. Oleh itu, dapatkan tidur di antara 6-8 jam sehari.