Baru Pertama Kali Nak Mengundi? Ini 8 Perkara Yang Perlu Korang Tahu

Share

Untuk mereka yang baru pertama kali nak mengundi, mesti rasa excited dan terbayang-bayang bagaimanakah situasi sebenar di tempat pengundian nanti.

Apa nak buat? Macam mana kalau aku ‘lost’ nanti?

Jangan risau gais. Bagi yang pertama kali nak keluar mengundi tu, berikut merupakan panduan yang korang boleh rujuk.

1. Menyemak status pendaftaran sebelum hari mengundi

Semak nama korang dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) di www.spr.gov.my, telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau melalui perkhidmatan SMS: taip SPR No. kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.

2. Datang awal ke pusat mengundi dan bawa salah satu daripada dokumen pengenalan diri berikut:

– Kad pengenalan (MyKad)
– Pasport antarabangsa
– Resit kad pengenalan sementara bergambar
– Resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
– Lesen memandu bergambar
– Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan

3. Tunjuk dokumen pengenalan diri korang kepada Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) di Barung SPR pusat mengundi.

Dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dan beratur menunggu giliran untuk ke bilik tempat mengundi yang betul.

4. Tunjukkan slip nombor saluran tempat mengundi dan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Pengundi Pertama (KP1)

– Selepas dibenarkan masuk, serahkan dokumen pengenalan diri berserta slip semakan kepada KP1 supaya nama korang di tanda sudah hadir mengundi.
– Tunjuk jari telunjuk kiri untuk diperiksan dan pastikan tidak ada sebarang tanda dakwat kekal di jari.

5. Celup dakwat kekal

– Setelah disemak dokumen pengenalan diri oleh KP1, KP2 akan mencelup dakwat kekal di hujung jari telunjuk kiri.
– Kalau ada y ang mendakwa pengundi boleh mengundi lebih dari sekali jika dakwat kekal dihilangkan adalah tak benar sama sekali sebab KP1 dah pun menandakan nama mereka yang sudah membuang undi.

6. Dapatkan kertas undi

Selepas jari telah ditandakan dengan dakwat kekal, bergerak ke KP3 untuk mendapatkan kertas undi.

7. Buang undi

– Bergerak ke petak mengundi untuk menanda kertas undi dengan tanda X di ruang bersebelahan logo parti.
– Paling penting, pilih satu calon saja okay. Kalau tak ia akan menjadi undi rosak.

8. Selesai, yeay!

– Bila dah buat pilihan yang betul, korang kena lipat kertas undi dengan dua kali lipatan dan bergerak ke peti undi bagi memasukkan kertas undi mengikut peti Undi Parlimen atau Peti Undi Negeri.
– Keluar dari tempat mengundi dengan segera supaya tak mengganggu proses pengundian dan petugas SPR.

Mudah je kan? Tak payah la rasa nervous sangat gais. Nanti petugas SPR dekat situ pun boleh bantu kalau-kalau ada yang korang tak pasti.

Selamat mengundi. Buatlah pilihan dengan bijak. Hiks!

Sumber: Astro Awani

Published by
Noor Ain Norman