Innalilhiwainilaihirojiun.
Al Fatihah (dengan bacaan ) buat arwah Ustazah Shadiya Abbas yang diberitakan meninggal jam 5.05 minit pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat asma (sesak nafas).
Salam takziah dari kami team REMAJA buat pakar motivasi Ustaz MK Azman yang sering kami hubungi untuk dapatkan pandangan beliau berkaitan pemberitaan di portal kami ini.
Dalam perkongsian di fbnya pagi ini, Ustaz MK Azman memaklumkan beliau dengan rasa berat hati hendak meninggalkan guru, teman, buah hatinya ini (arwah isteri) di hospital Sg Buloh ini. Oleh kerana kematian musim covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan result tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.
Jadi jenazah akan disimpan dahulu di hospital sungai buloh. Insya Allah saya kuat kecuali jika anda call saya.Doakan yea sahabat² sekalian.
Pasangan suami isteri ini sering dipanggil untuk memberikan perkongsian ilmu di tv termasuk Tv Al Hijrah dan banyak lagi. Malah arwah Ustazah Shadiya Abbas sering mengadakan ceramah-ceramah agama dan kuliah di masjid menjadikan pasangan ini antara yang dikenali masyarakat.
Malah beberapa jam sebelum pemergiannya ke negeri Abadi, Ustazah Shadiya menyampaikan dakwah terakhirnya dengan berkongsi satu kisah agar kita jangan menghina jika kita sayangkan Allah.
Dalam pada itu, di sebalik kesedihan atas pemergian isteri tercinta, Ustaz MK Azman rupanya baru saja menyambung ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 17 tahun. Malah beliau ada berkongsi bagaimana pertemuan bersama isterinya yang mana mereka sama-sama belajar di UM suatu ketika dahulu. Namun lima hari kemudian, dirinya diuji dengan pemergian arwah isteri.
Kisah Ustaz MK Azman dan arwah isterinya, Ustazah Shadiya Abbas pernah menghiasi portal media kerana keduanya terselamat dari satu kemalangan ngeri ketika sekeluarga mahu berangkat mengerjakan umrah beberapa tahun dahulu. Melihat kepada kenderaan dinaiki yang agak remuk ternyata Allah memberikan kasih sayangNya kepada pasangan ini kerana keduanya selamat.
Bacalah perkongsian Ustaz Mk Azman mengenai ulang tahun perkahwinan mereka. Menyifatkan isteri sangat baik malah menjadi gurunya dalam setiap kuliah beliau sampaikan kepada kita semua.
SETELAH 17 TAHUN
Kami bertemu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tak kenal pun siapa tu Shadiya Abbas..
Ketika itu, saya mahasiswa tahun 3. Dan, bekas tunang saya baru tahun 2.
Kami berkerja bersama semasa saya diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Penerbitan PMIUM. Persatuan yg tersohor ketika itu. Semua orang kenal persatuan ni. Bekas tunang saya ni, jadi AJK saya. Masa tu saya tiada sapa² utk dijadikan teman hidup. Maklumlah saya ni rupa takde, miskin pulak tu. Tak berani nak approach sapa²..
Maka saya berdoa kepada Allah agar didatangkan seorang mahasiswi yg saya sebut ciri²nya dalam doa saya. Akhirnya Allah datang budak kecik tu.. Dalam hati saya dok sangka yang ni kot..
Lepas tu bila dah kenal famili dia, kami pun kahwin la. Alhamdulillah dah 17 tahun melayari bahtera bersama. Dikurniakan zuriat 3 orang.
Kenapa saya pilih dia??
Sebab orang lain tak mau kat saya.
Ok ok.. Sebab dia pandai cakap. Dia ada ilmu. Dialah juga GURU SAYA.
Sebelum kuliah, saya akan rujuk beliau. Dapatkan ilmu dari beliau. Dia simpan banyak doa, doa untuk penyembuhan, doa asma ul a’dzom, doa penunduk 😅😅.
Selamat Ulangtahun perkahwinan ke-17 tahun buat kita.
30032003-30032020
#imgonnalovesulikeimgonnalooseu
#happyanniverserytous
MKAzman👩❤️👨Shadiya
AlfatehAl’IzzSoffya
Togetherwesupporteachother
Tambahan: ORANG TUA TUA KATA…kalau berjodoh, rupa ada serupa juga.
Kalau tak betul, mungkin sama dengan isteri kedua kot.. 😝😝😝 (saja cari pasal)
Sebab DIA BAIK, SAYA RAMAH 😆😆😝
Mari kita sedekah Al-Fatihah (dengan bacaan) untuk arwah Ustazah Shadiya Abbas.Moga Allah tempatkan dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.