Tempoh lima bulan yang lalu telah menyaksikan laluan sukar untuk penyanyi Zynakal.

 

Ini setelah dia melalui beberapa insiden yang membuatkan ramai orang memandang serong terhadapnya seperti kes mengasari seorang pekerja stesen minyak dan isu masalah kesihatan mental.

Namun, itu semua nyata tak menjadi halangan untuk Zynakal (Zyn) bangkit semula pada tahun 2020.

Bercakap tentang isu ‘baru tahu siapa kawan siapa lawan’, Zyn yang tampil bersama Yonnyboii untuk pelancaran lagu terbaru, Sakit, berpendapat ia adalah momen yang membuka matanya.

“Baru Tahu Siapa Kawan Sebenar” ZYNAKAL Keluarkan Lagu Baru Dengan BFF

“Pertama sekali, saya terharu bila tahu masih ada orang care tentang saya.

Ads

“Tahun lalu, saya dihina oleh masyarakat dan ramai kawan saya yang ‘hilang’. Dia (Yonnyboii) lah antara kawan yang faham dengan situasi saya dan dari situlah saya terfikir untuk bergabung idea dalam lagu ini.

Sakit adalah luahan hati saya mengenai situasi semasa,” katanya ketika ditemui pada hujung minggu lalu.

Menurut Zyn, tahun 2020 adalah tahun untuknya mengeluarkan lebih banyak lagu yang boleh diterima masyarakat. “Saya juga akan menjaga attitude saya agar lebih baik lagi selepas ini. Dan saya minta maaf dengan apa yang telah terjadi,” katanya.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Fareez Fauzi Buka Mulut Kes Artis 21 Tahun

Untuk pengetahuan, Zyn masih meneruskan rawatan bersama doktor pakar apabila dia akan membuat temujanji setiap enam minggu. Perlahan-lahan, dia berharap akan menjadi lebih baik dari segi fizikal dan mental.

*

Ads

Jelas, pengaruh Zynakal masih kuat apabila video lirik Sakit di YouTube telahpun mencapai 4.4 juta tontonan selepas lebih 3 minggu dimuat naik.

Cer dengar dan komen jika lagu melankoli ini sedap didengar.

Untuk menonton temuramah penuh REMAJA bersama Zynakal dan Yonnyboii, klik di bawah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI