Drama, drama, drama…
Pertandingan Miss Grand International baru sahaja melabuhkan tirai pada 25 Oktober yang lalu. Miss Grand Brazil, Izabela Menin dinobatkan sebagai Miss Grand International pada ulang tahun pertandingan itu yang kesepuluh.
Wakil Thailand, Engfa Waraha muncul sebagai naib juara manakala wakil Indonesia, Andina Julie pula berada dikedudukan ketiga. Melengkapkan kedudukan top 5 ialah wakil Venezuela, Luiseth Materan dan wakil Czech Republic, Mariana Beckova.
Menampilkan kelainan sempena edisi kesepuluh pertandingan, finalis yang berada di kedudukan top 10 turut diberikan mahkota dan bergelar 5th
runner-up. Mereka yang melengkapkan kedudukan top 10 ialah wakil dari Cambodia, Colombia, Mauritius, Puerto Rico dan Spain.Wakil Mauritius, Yuvna Rinishta memasuki kedudukan top 10 apabila dia berjaya mengungguli gelaran Miss Popular Vote. Namun khabar tidak enak pula bertebaran apabila dia telah meletak jawatan. Kenyataan tersebut telah dimuat naik di laman Instagram rasmi Miss Grand Mauritius.
“Siaran yang diterbitkan oleh Miss Grand International adalah tidak betul. Miss Grand Mauritius telah diberikan kontrak ini untuk ditandatangani namun kami tidak bersetuju dengannya dan tidak menandatangani apa-apa.
“Ratu kami, Yuvna Rinishta meletak jawatan secara peribadi kerana tidak sejajar dengan tingkah laku terkini Miss Grand International dengan organisasi kami dan juga orang lain. Jadi kami meminta Miss Grand International untuk berhenti menyiarkan berita palsu ini.
Berikut adalah gambar penuh kontrak tanpa sebarang tandatangan Yuvna Rinishta,” jelas organisasi Miss Grand Mauritius.
Apakah yang terjadi sebenarnya? Yuvna Rinishta masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan isu ini, namun dia dilihat mengulang siar hantaran yang dibuat oleh organisasi Miss Grand Mauritius di Instagram peribadinya.
Sebelum isu ini, organisasi Miss Grand International turut menerima kecaman apabila presidennya, Nawat Itsaragrisil dikatakan melakukan ‘bodyshaming’ terhadap peserta dari Vietnam.
Menurut laporan outlet berita, VN Express International, Nawat berkata bahawa wakil Vietnam tidak mempunyai badan yang seimbang, dengan bahagian atas badan nyata lebih panjang daripada bahagian bawah dan badannya terlalu besar. Wakil Vietnam, Doan Thien An berjaya menempatkan dirinya di kedudukan top 20.
Organisasi Miss Grand International juga kehilangan lebih 1.7 juta pengikut di Intagram susulan kontroversi yang berlaku, sebelum ini mereka telah menjadi organisasi ratu cantik paling diikuti di media sosial tersebut dengan 6 juta pengikut mengatasi organisasi Miss Universe yang memiliki 5.2 juta pengikut. Nampaknya kini Miss Universe kembali berada di kedudukan pertama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.