Jika pelajar lain seusia dengannya sibuk mengulang kaji pelajaran namun remaja berusia 14 tahun bernama Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman ini sudah pun mampu membayar zakat perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN : Terima Penghargaan Lembaga Zakat Selangor, Aeril Zafrel Bayar Zakat Lebih RM50,000

Usahawan dan pengasas produk makanan dikenali sebagai BebyCurve ini juga merupakan individu paling muda membayar zakat perniagaan bagi tahun lalu berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Baru Tingkatan Dua, Remaja Ini Jadi Individu Paling Muda Bayar Zakat Perniagaan
Pelajar Tingkatan Dua menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). FOTO Ihsan MAIK

Baru Memulakan Perniagaan 4 Bulan

Hadir untuk menyerahkan zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Zakat Maik Ameer Azeezy Tuan Abdullah pada Khamis lalu, Putri Mumtaz menyatakan, dia tampil menunaikan tanggungjawab selepas produk BebyCurve yang diusahakannya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan sejak September tahun lalu.

“Saya mula berniaga menerusi aplikasi TikTok dan agak terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Susulan itu, saya mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produk saya.

Ads

Ibu Bapa Dorong Bayar Zakat Perniagaan

“Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu Bibi Hasnalinda Zainal Abidin, 46, dan ayah, Mustaman Che Yusof, 60, menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada Maik,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Baru Tingkatan Dua, Remaja Ini Jadi Individu Paling Muda Bayar Zakat Perniagaan
Foto Via Harapan Daily

Katanya, dia lega dapat menjadi salah seorang pembayar zakat dan berharap sumbangan itu membantu golongan yang memerlukan.

Ads

“Ini juga ajaran nenek sebab nenek selalu berpesan apa-apa mesti dahulukan zakat. Saya juga berharap bisnes BebyCurve ini semakin maju,” katanya.

Sementara itu, Bibi Hasnalinda turut rasa terharu dengan usaha yang ditunjukkan anaknya untuk tampil membayar zakat walaupun usianya masih muda. Katanya, dia berharap tindakan itu akan menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama membayar zakat.

“Saya sentiasa berpesan kepada anak bahawa apa yang kita lakukan, jangan kita lupakan Allah,” katanya.

Ads

Wah, hebatnya adik Putri Mumtaz ni, moga terus maju jaya di masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada remaja diluar sana juga.

Sumber : (1)

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI