Berdasarkan laporan dari media kerajaan Saudi, sebuah bas yang membawa jemaah umrah ke kota suci Mekah terbakar selepas perlanggaran di jambatan semalam yang turut mengorbankan nyawa 20 individu dan mencederakan puluhan jemaah yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Masalah Jemaah Haji Terkandas Setiap Tahun, Ini Yang Korang Kena Tahu Tentang Visa Furada
Insiden di wilayah selatan Asir itu dikatakan terjadi pada minggu pertama Ramadan yang turut dikenali sebagai masa tersibuk untuk jemaah melakukan ziarah umrah, dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam dijangkakan akan menunaikan haji tahunan.
“Menurut maklumat awal yang kini kami terima, jumlah kematian dalam kemalangan ini mencecah 20 orang, dan jumlah kecederaan adalah kira-kira 29 orang,” lapor saluran Al-Ekhbariya yang bersekutu dengan kerajaan.
Ianya turut melaporkan bahawa mangsa mempunyai kewarganegaraan yang berbeza tetapi tidak menghuraikannya secara terperinci lagi atas faktor siasatan yang masih dijalankan.
Saluran itu turut berkata bas itu mengalami “masalah teknikal”, tanpa menyatakannya secara spesifik, manakala akhbar swasta Okaz berkata kemalangan itu berpunca daripada masalah dengan brek. Sehingga kini, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Malaysian Reserve, Ahram Online, News Strait Times