Bila dikira-kira, Jenama Bata sudah berada di negara kita lebih berpuluh tahun.
Namun, jenama yang berasal dari Lausanne, Switzerland ini kembali hangat diperkata di ruangan media sosial Twitter mengenai isu beg tangan jenama ini didakwa ‘meniru’ beberapa idea dan design beg tangan mewah.
Tinjauan di media sosial Twitter mendapati jenama Bata kekal trending nombor satu semenjak semalam, ekoran isu kontroversi yang melanda kini.
Malah, pengguna Twitter berbalah pendapat tentang isu ini, ada mengecam dan ada juga memuji tindakan Bata. Hal ini kerana mereka berpendapat syarikat Bata telah menaik taraf kualiti produk mereka dengan mengeluarkan beg tangan mewah yang kelihatan setanding dengan jenama antarabangsa.
Untuk pengetahuan korang, Bata Prive menghasilkan beberapa beg yang serupa dengan rekaan daripada jenama seperti Bottega Veneta, Longchamp, Michael Kors, Christy Ng, Rabeanco, Furla dan Ferragamo.
Beg-beg tersebut bukanlah ditiru sama 100% tetapi mempunyai perbezaan dari segi aksesori seperti logo dan pemegangnya.
Walau bagaimanapun, beg-beg ini masih kelihatan bergaya dan harga mampu milik yang ditawarkan oleh Bata dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mengikuti fesyen terkini.
Namun, ada sesetengah netizen yang menganggap bahawa syarikat berkenaan secara terang-terangan telah melakukan plagiarisme dan tindakan tersebut tidak seharusnya dibanggakan.
Mereka juga mempersoalkan tindakan netizen sebelum ini yang pernah mengkritik syarikat tempatan dUCk kerana meniru reka bentuk daripada jenama lain tetapi memuji Bata kerana melakukan perkara serupa.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘trickle-down effect’
Salah seorang netizen dikenali sebagai Syakinah (@_nsyakinah) yang mempunyai latar belakang dalam reka bentuk fesyen tampil menjelaskan perbezaan sebenar antara kedua-dua senario yang berlaku.
Situasi di mana jenama lebih kecil meniru reka bentuk daripada jenama yang lebih besar dikenali sebagai ‘trickle-down effect‘.
Siapa yang pernah tengok filem The Devil Wears Prada mungkin akan teringat bagaimana fungsi keadaan ini dijelaskan oleh watak Meryl Streep.
Syakinah menjelaskan jika jenama yang lebih besar ditiru oleh jenama kecil, nilai produk mereka tidak akan hilang walaupun diciplak oleh ramai pihak. Selain itu, pelanggan mereka yang kaya juga akan tetap ‘setia’ membeli dari jenama mewah dengan mengunjungi outlet mereka.
Dalam pada itu, jenama besar yang meniru reka bentuk dari pereka kurang dikenali secara langsung akan menghilangkan peluang mereka untuk terserlah di pasaran.
Pendek kata, istilah ‘plagiarisme’ tidak boleh digunakan begitu sahaja kerana memerlukan banyak spesifikasi mengikut situasi yang berlaku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.