Rata-rata daripada kita semua jika memasak tak ‘sah’ kalau tak rasa. Tapi jadi masalah pada mereka yang tak mahir memasak terutama di bulan puasa.
Bulan puasa ni mesti korang ada perasaan ragu-ragu sama ada kita boleh ke tidak merasa makanan yang dimasak tu.
Dan kalau dibolehkan, macam mana pula cara nak merasa makanan yang dimasak supaya tak sampai terbatal puasanya?Berikut adalah jawapan dan penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hal ini.
SOALAN
Apakah hukum merasa makanan?
JAWAPAN
Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih.
Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur.
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
(Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277))
Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:
“Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”.
Ads
[Lihat Majmu’ al-Fatawa, 25/266]
Adapun berkumur, jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [Lihat Rad al-Muhtar, 2/98]
Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi.
Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa
Ads
Kesimpulannya, cara merasa makanan ketika puasa adalah seperti berikut:
CARA MERASA MAKANAN KETIKA PUASA
1. Merasa makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit seperti di hujung lidah.
2. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.
3. Jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.
Jadi, korang yang baru belajar memasak tu bolehlah merasa makanan ketika puasa tapi ia harus diludahkan semula. Jangan sedap sangat sampai tertelan sudah la…hiks
Biasalah kediaman yang mempunyai binatang peliharaan pasti akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang enak malah memberi kesan tidak baik terutama kepada mereka yang mempunyai alahan.
Terutamanya jika kucing tadi jenis ‘indoor’ dan tidak pernah dilepaskan di luar rumah.
Tambahan pula di musim perayaan ini, nanti tidak selesa pula tetamu yang berkunjung tiba di rumah kita. Jadi, apa yang dilakukan bagi menghilangkan bau kucing yang kadang-kala agak kurang menyenangkan itu.
Perkongsian berkenaan tips kurangkan bau kucing dalam rumah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @qienaibrahim di akaun miliknya.
“Antara tip untuk majikan indoor. Selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan dan bersihkan litter box majikan,” tulis kapsyen muat naik wanita tersebut.
Menurut perkongsian video wanita tersebut, bahan utama untuk mengatasi masalah itu adalah kulit kayu manis. Bahan mudah yang berada di dapur rumah dan menjadi kegunaan untuk memasak makanan yang enak.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah ambil bekas kosong mengikut saiz bersesuaian dengan keluasan rumah anda.
Kemudian letakkan kulit kayu manis beberapa batang dan tuang air ke dalam bekas tersebut. Air boleh di isi separuh daripada bekas kosong yang disediakan tersebut.
Letak campuran bahan tadi di tempat yang tersorok seperti di bawah kabinet tv mahupun almari hiasan. Perkongsian wanita itu juga telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial TikTok yang lainnya. Antara komen yang mendapat perhatian adalah:
“Rumah saya flat ada 10 ekor kucing memang setiap penjuru saya letak air kayu manis. Memang takda bau,” tulis seorang pengguna yang berkongsi cara yang sama untuk hilangkan bau kucing.
“Cuma kena pastikan letak ubat jentik-jentik untuk elak jadi tempat pembiakan aedes,” tulis seorang pengguna yang memberi saranan tambahan.
“Sangat berguna untuk babu seperti saya…” tulis seorang lagi pengguna bergurau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Korang mesti pernah dengar tentang kebaikan minyak zaitun kepada tubuh badan kita kan? Sudah tidak diragui lagi, khasiatnya kaya dengan asid lemak mono tidak tepu dan terbukti berupaya merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.
Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang menggunakan minyak zaitun ini untuk memasak, menggantikan minyak masak biasa. Lebih-lebih buat individu yang sangat menjaga pemakanan dan sedang berdiet, mereka memang lebih gemar memilih minyak zaitun untuk masakan.
Walau bagaimanapun, tidak semua minyak zaitun boleh digunakan untuk memasak. Ramai yang masih buat kesilapan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Berikut adalah jenis-jenis minyak zaitun yang korang perlu tahu sebelum beli.
1. Extra virgin olive oil
Hasil pertama daripada buah zaitun dan memiliki kualiti yang paling bagus jika dibandingkan dengan minyak zaitun yang lain. Jenis ini tidak sesuai untuk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.
2. Original virgin olive oil
Jenis ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun dan disebabkan itu ia lebih murah berbanding extra virgin olive oil. Jenis ini digunakan untuk menumis.
3. Light/extra light olive oil
Jenis ini digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupun ia melalui proses penyulingan lebih daripada sekali, jenis ini lebih sihat berbanding minyak goreng biasa.
Ha, sebelum ini ingatkan semua minyak zaitun sama sahaja kan? Jadi, untuk kesan penggunaan terbaik, selepas ini pilih dahulu jenis minyak zaitun yang tepat sebelum membeli okay?
Sejak pengumuman ‘Total Lockdown’ baru-baru ini, pasti ramai diantara kita yang ‘panic buying’ dan risau kalau bahan mentah atau barang-barang lain sold out, atau barang di pasaraya tidak mencukupi untuk keperluan kita semua. Bukan itu saja, kita juga perlu mengehadkan waktu kita keluar dari rumah. Yelah, duduk luar lama-lama, lagi senang MissCorona nak hinggap! Tapi korang tahu tak sebenarnya ada cara mudah supaya kita tidak bersesak di pasaraya dan hanya beli online sahaja?
Seorang pengguna Twitter, Bella Khan berkongsikan di Twitter tentang cara beliau bagaimana dia membeli bahan mentah secara online dan hanya melalui laman sesawang seperti Lazada
Didalam bebenang akaun Twitter miliknya juga, Bella menyelitkan beberapa senarai kedai online yang menawarkan setiap kategori bahan mentah dan keperluan barangan rumah yang korang boleh dapatkan di Lazada, termasuklah seafood, ayam/itik, daging sejukbeku, buah, sayur-sayuran dan banyak lagi..
Ini adalah antara senarai keenam-enam E-Grocers yang korang boleh dapatkan:
Cameron Farmers – Aneka jenis pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bukan itu sahaja, ramai pengguna Twitter yang lain berkongsikan pengalaman mereka membeli bahan mentah di online sahaja, dan rata-rata ramai yang berpuas hati kerana ianya lebih mudah.
So lepasni korang tak payah lah pening-pening nak fikir beli barang dekat mana, korang pun boleh jimatkan masa korang, dan elak daripada bersesak ramai-ramai dekat pasaraya. Korang juga automatically #sapotlokal bila korang beli barang online, sebab kebanyakkannya barang yang terjual di E-Grocery Lazada ni semuanya produk dari Malaysia juga!
Dengan cara ni juga, kita lebih selamat kerana tidak merisikokan diri sendiri dan keluarga apabila kita keluar membeli barang keperluan rumah. Apa yang penting adalah #kitajagakita.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...