Batu Abyss Mampu Ubah Wajah Buruk Ke Kacak? Boleh Tahan Story Line K-Drama Baru Netflix Ni!

Share

K-Drama lagi?

Kali ini Netflix kembali dengan drama siri terbaru yang bertajuk Abyss menggabungkan Park Bo-Young dan Ahn Hyo-Seop sebagai pelakon utama. Jalan penceritaan kali ini, bersifat fantasi. Ala, ada iras Goblin yang jalan ceritanya tak masuk akal langsung tapi korang still

‘layan’.

Bagi penggemar K-Drama, pasti sudah menonton episod satu dan dua yang kini sudah ditayangkan di Netflix.

Kisah seorang pengasas kosmetik yang berjaya iaitu Cha Min (Ahn Hyo-Seop) dan seorang Pendakwa Raya cantik Ko Se-Yeon (Park Bo-Yong) terlibat dalam kemalangan ‘kecil’ batu Abyss yang boleh merubah wajah manusia bergantung kepada personaliti individu tersebut.

Maknanya kalau orang tu buruk tapi berhati mulia, wajah mereka akan menjadi kacak atau cantik lah?!  😛

Tentu sekali Cha Min yang pada awalnya berwajah buruk menjadi kacak kerana mempunyai sifat mulia terhadap keluarga dan masyarakat. Manakala Ko Se-Yeon pula terperangkap dalam wajah yang berbeza kerana personalitinya yang kurang menyenangkan umum.

Menariknya drama ini, dua watak utama ini sebenarnya berkawan rapat dan Cha Min pernah menyimpan perasaan terhadap Ko Se-Yeon. Macam menariknya je story line

cinta kali ini?

Walaupun drama baru saja bermula, akan tetapi ia telah mendapat sambutan menarik dan jalan ceritanya pun mengujakan. Ini yang tak sabar nak tunggu episod 3 di Netflix ni!

Published by
Maya