“Bau Kaki Busuk Gila Macam…”, Doktor Ini Bagi 10 Tips Mudah Hilangkan Masalah Kaki Berbau

Share

Tanpa sedar, ada ketika bau kaki boleh jadi sangat meloyakan. Bila membuka kasut, baunya sudah cukup membuatkan orang sekeliling menekup hidung kerana tidak tahan.

Mungkin ramai yang nak tahu kenapa kaki boleh berbau dan boleh juga cuba 10 tips mudah ini bagi menghilangkan masalah kaki berbau yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman facebooknya. Cubalah, mana tahu masalah kaki berbau yang korang alami selama ini boleh diselesaikan.

“Doktor, kaki dia busuk gila. Macam bau anjing laut mati!”

Nak tergelak aku dengar bapa budak ni punya ayat pasal masalah bau kaki anak dia. Tapi, lepas anak dia buka kasut, terus aku tak jadi gelak.

Memang bau macam a̶n̶j̶i̶n̶g̶ singa laut mati!

Kalau kau orang ada masalah kaki berbau macam ni, elok kau cuba 10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!

Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.

Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

Pakai Stokin sesuai


Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.

Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!

Jangan jadi begini ya, kucing pun pengsan baunya…

Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.

Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.

Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.

Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.

Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy

Nota Kesihatan Dr Kamarul di t.me/dr_chaku

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros