“Makna ‘Baik, Elok…”, Genap Hari Ke-7, Mira Filzah Dan Pasangan Namakan Anak Lelaki, Wan Khair Amir

Share

Sebagaimana kita tahu, Mira Filzah baru-baru ini selamat melahirkan anak sulung berkongsi tarikh lahir dalam calendar Islam yang sama iaitu pada 9 Syawal yang lepas.

ARTIKEL BERKAITAN : “Nyaring Tangisannya,” – Mira Filzah Selamat Melahirkan Anak Pertama. Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama

Tidak kekok menayang wajah bayi, malah genab hari ke-7 melahirkan cahaya mata pertama, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar berkongsi nama anak lelakinya itu kepada umum.

Menerusi perkongsian di Instagram, pasangan itu bersepakat memilih nama Wan Khair Amir yang membawa pelbagai maksud baik kepada anaknya.

Dalam foto yang dimuat naik bersama bayi dalam persalinan sedondon bewarna biru lembut, pasangan itu turut membuka akaun Instagram untuk anak mereka, @wankhairamir.

Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami — Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulis Mira dan Emir dalam hantaran di Instagram.

Malah, menurut Mira, dia juga sudah menjalankan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka.

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami,” tulisnya.

Congrats Mira dan pasangan untuk kelahiran bayi lelaki sulung ini. Moga Wan Khair Amir membesar menjadi anak yang soleh. Sebaik makna namanya.

BACA LAGI: Cantiknya Baju-Baju Perkahwinan Mira Filzah. Hasil Idea Pereka Ternama Tanah Air.

BACA LAGI: Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama, Kandungan Hampir Masuk Trimester Ketiga

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana