Kalau tak ‘menyerang’ akaun Facebook, Instagram dan Twitter seseorang yang tiba-tiba popular, bukan orang Malaysia lah namanya. Hehe..
Susulan insiden tembakan rambang yang berlaku di Christchurch kelmarin, ramai pemimpin dunia yang tampil memberikan kenyataan menghentam motif sang pengganas yang melakukannya.
Anehnya, terdapat juga beberapa pemimpin yang masih menghukumi migran beragama Islam dan mengatakan merekalah punca utama serangan itu terjadi. Salah seorang daripadanga adalah pemimpin senior dari Queensland Australia iaitu Senator Fraser Anning.
Semasa bercakap mengenai topik ‘Ancaman Imigran’ semalam di Melbourne, Fraser bagaimanapun terpaksa menerima implikasi terhadap kata-katanya sendiri setelah seorang remaja bertindak memecahkan telur di atas kepala beliau – err – sambil merekodkan video sebelah tangan.
Fraser yang memusingkan badannya terus memukul kepala remaja berusia 17 tahun itu sebanyak dua kali sebelum dia dibawa dalam tahanan polis.
Keberaniaan remaja yang digelar Eggboy itu mulai trending di Twitter dan disebut-sebut seluruh dunia. In a true Malaysian spirit, netizen tempatan akhirnya berjaya untuk mencari akaun yang dipercayai milik Eggboy atau namanya, Will Connolly selepas mendapati mukanya mirip remaja terbabit.
Netizen bawang Malaysia terus ‘menyerang’ ruangan komen status terbaru Eggboy dengan kata-kata positif seperti ‘Respect from Malaysia. Tahniah’
Walaupun akaun Facebook itu baru didaftarkan semalam pada jam 9.38pm, Eggboy nampaknya telah memperolehi 7,245 followers, lebih 3000 likes untuk posting video tersebut dan beribu lagi komen netizen.
Hebat dan cergas warga bawang Malaysia dapat mencari identiti Eggboy. #proud!