Korang makan beras jenis apa?
Mungkin baru bagi kita dan agak sedikit pelik bunyinya tapi sebenarnya Lembaga Zakat Selangor sudah memperkenalkan kadar bayaran mengikut harga beras ini sejak tahun 2018 lagi. Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka tibalah masa umat Islam menunaikan tanggungjawab penting iaitu zakat fitrah.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2022
Walau kadar sudah ditetapkan iaitu sebanyak RM7 bagi seorang individu tetapi golongan berkemampuan digalakkan membayar zakat lebih dari itu. Keputusan itu diambil bertepatan dengan kehendak hadis.
“Dalil ini disebut di dalam hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari, Abu Said al-Khudri seorang sahabat nabi telah berkata bahawa mereka mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ makanan, mengikut apa yang mereka makan.”
Malah, hukum membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan adalah sunat. Dalil menggalakkan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.
Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya sekiranya :
Kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras
Kadar zakat fitrah mengikut harga beras turut mengambil kira jenis beras yang dimakan seperti beras tempatan, import, Basmati dan sebagainya.
Misalnya, individu hanya perlu membayar kadar fitrah umum RM7 seorang sekiranya beras yang dimakan adalah dari jenis Super Spesial Tempatan.
Manakala kadar fitrah yang dikenakan bagi mereka yang memakan beras jenis Basmati adalah sebanyak RM21 seorang.
Kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras untuk negeri Selangor boleh dirujuk dalam jadual di bawah.
Panduan Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor Mengikut Harga Beras Yang Dimakan
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula kadar bayaran zakat fitrah ini dikira untuk ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar umum.
Berdasarkan jawapan soalan lazim di laman web LZS, sekiranya terdapat ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar RM7 atas sebab kesihatan, kadar bayaran zakat fitrah bagi ahli keluarga tersebut adalah mengikut kadar umum (RM7).
Sementara itu bagi golongan yang berkemampuan membayar lebih mengikut harga beras yang dimakan, mereka dibolehkan untuk membayar zakat fitrah mengikut kadar umum RM7 dan seterusnya.
Hal ini seperti yang telah dipersetujui Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada tahun 2017 yang menetapkan kadar umum dan minima zakat fitrah sebanyak RM7 seorang bagi tahun 2018.
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan.
Selain itu, lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan fakir dan miskin.
Bagi warga Selangor yang ingin membuat bayaran zakat fitrah melalui LZS, boleh klik pautan ini dan tunaikan tanggungjawab anda sekarang.
Kongsi rezeki dengan zakat. Keberkatan rezeki, nikmat dikongsi. Semoga Ramadan kali ini memberi lebih makna kepada seluruh umat Islam dan segala ibadah kita diterima olehNya.
BACA LAGI : Siapa Yang Layak Dikenakan Zakat Harta Ni? Ini Jawapan Pusat Pungutan Zakat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.