
Jumaat ini seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan walaupun negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kemeriahan menyambut bulan mulia tetap terasa.
Namun yang menjadi tanda tanya masyarakat ialah bagaimana cara atau keadah untuk membayar Zakat Fitrah ekoran PKP. Adakah ianya masih menjadi kewajipan kita?
Jawapannya YA, zakat fitrah tetap menjadi kewajipan yang perlu ditunaikan oleh umat Islam jika mempunyai kemampuan walau dalam musim PKP.
Di zaman teknologi moden dan serba maju ini korang boleh je membayar zakat fitrah ini secara online melalui beberapa aplikasi salah satunya ialah aplikasi Boost.
Boost hari ini ada mengumumkan kerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor, sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat fitrah terus melalui aplikasi dompet digital berkenaan.
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, kaedah pembayaran secara nirtunai ini merupakan salah satu kaedah yang lebih baik, termasuk mengekalkan penjarakkan sosial seperti digalakkan oleh pihak berkuasa.
Ciri pembayaran zakat harta telah pun boleh diakses oleh penduduk di Selangor, dimana anda hanya perlu memilih menu “Zakat” dan membuat pembayaran melaluinya dengan mudah.
Ciri Zakat Fitrah akan ditambah pada Boost bermula 24 April ini. Pengguna boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon bimbit.
Boost turut mengatakan yang mana selain Lembaga Zakat Selangor, mereka turut akan menyediakan pilihan pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Wow, menarik ni…tak perlu risau kena akad dan bersalam untuk bayar zakat fitrah. Teknologi dihujung jari kan.
Disangka Senggugut, Rupanya Gadis 18 Tahun Hidap Kanser Tahap Empat

Penyakit kronik terutamanya kanser ini tidak mengenal usia…
Bagi seorang wanita, sakit senggugut mungkin sudah biasa dialaminya setiap kali datang haid. Namun, setiap kesakitan yang dirasai mungkin berbeza-beza. Namun, seorang ibu tidak menyangka kesakitan di bahagian perut yang dialami anak gadisnya adalah petanda dia menghidapi kanser buah pinggang tahap empat.
ARTIKEL BERKAITAN : Sakit Senggugut Sebenarnya Berpunca Daripada Pad Korang Selama Ini?

Malang tidak berbau, anak yang berumur 18 tahun itu dulunya harapan keluarga, kini terlantar lemah di rumah akibat penyakit yang dihidapinya.
Menurut ibunya, Nur Ayu Mas Aiza mula mengalami sakit perut yang teruk pada awal Januari lalu, namun menyangka ianya hanyalah senggugut.

Sempat menjalani pemeriksaan beberapa kali di klinik kesihatan, doktor mulanya mendapati Nur Ayu berada di dalam keadaan yang baik.
Disahkan Hidap Barah
Namun, semuanya berubah apabila pemeriksaan ultra bunyi atau ultrasound dilakukan dan anaknya disahkan menghidap barah dan sudah berada pada tahap empat.
“Allah sahaja yang tahu perasaan ini apabila doktor memaklumkan tiada rawatan boleh diberikan kepada anak saya,” kata ibunya, Sarunam Adnan.
Menurutnya, akibat organ dalaman yang sudah bengkak dan mengeras, anaknya itu hanya mampu menelan sesuap dua makanan.
“Hendak bercakap pun tidak cukup nafas apatah lagi bergerak. Sel kanser merebak pantas dan Nur Ayu hanya mampu bertahan dengan ubat tahan sakit.
“Di depan orang, dia tidak tunjuk sakit, namun apabila bersendirian, dia lepaskan semuanya dengan menangis,” tambah ibunya.
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Nur Ayu boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank kakaknya 557438545572 (Nur Ayu Shadira Abdul Aziz).
Moga dipermudahkan segala urusan buat gadis ini. Buat korang diluar sana, jangan ambil ringan kalau selalu sakit perut.
BACA LAGI: 6 Cara Atasi Senggugut Ketika Datang Haid
SUMBER : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Warkah Buat Rakyat Malaysia! Betapa Berbezanya Stesen Kuarantin Di Malaysia & India, Kita Harus Bersyukur

Baru ini tular di media sosial gambar-gambar hotel yang dijadikan tempat stesen kuarantin bagi mereka yang baru pulang dari luar negara. Ini kerana setiap penumpang perlu disaring dan dikuarantin selama 14 hari sebelum boleh menuju ke destinasi masing-masing seandainya disahkan bebas dari COVID-19. Bagi mereka yang positif akan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Masa yang sama, kita juga dipaparkan dengan berita rayuan dari warganegara kita yang terkandas di India. Mereka merayu kerajaan membawa pulang mereka keadaan kuarantin yang agak teruk. Bilik berdebu dan hanya diberi satu tilam dan selimut untuk tidur. Namun disebabkan India sudah mengenakan lockdown, kesukaran membawa balik warganegara ini membuatkan ia masih tertangguh.
Ekoran dari itu, Pegawai Daerah Kuala Langat, Jusni Hashim yang dilantik sebagai Ketua Penyelaras Stesen Kuarantin berkongsi warkah buat rakyat Malaysia di fbnya mengenai situasi stesen kuarantin di negara kita dan juga di India.
WARKAH BUAT RAKYAT MALAYSIA
Saya terdetik menulis catatan ini apabila melihat video bagaimana kerajaan India mengendalikan warganegara Malaysia di ‘stesen kuarantin’ negara India.
Mereka yang positif Covid-19 ditempatkan di Hospital Sg Buloh sebagai Pusat Kuarantin. Mereka yang negatif pula dikehendaki kuarantin 14 hari di Stesen Kuarantin yang telah diwartakan oleh kerajaan. Mereka ini dikenali sebagai person under surveillance (PUS).
Asalnya, saya dan team diarahkan untuk mengoperasikan satu stesen kuarantin di dalam daerah sendiri. Kemudiannya, diarah pula ke daerah bersebelahan. Di kedua-dua stesen ini, kami telah set up full preparation dan simulasi supaya semua agensi faham peranan masing-masing.
Namun, akhirnya, kami diarah untuk mengoperasikan sebuah hotel yang telah ditetapkan sebagai Stesen Kuarantin di luar daerah sendiri setelah kerajaan membuat keputusan untuk menempatkan mereka yang pulang daripada luar negara untuk dikuarantinkan di hotel.
Dengan arahan tersebut, kami mobilise semua agensi dalam daerah ke lokasi hotel berkenaan bagi memberikan perhatian kepadsa semua PUS di hotel dan dalam masa yang sama, PKD perlu juga memberi perhatian kepada beberapa Klinik Kesihatan dalam daerah sendiri.
Hotel-hotel ini majoritinya terletak di Selangor dan Kuala Lumpur. Secara tak langsung, kami perlu incharge sekurang-kurangnya 1 hotel sebagai Stesen Kuarantin masing-masing. Ada rakan setugas yang incharge sampai 3 Stesen Kuarantin.
Sebagai Ketua Penyelaras Stesen Kuarantin, saya perlu menyelaraskan peranan semua agensi yang terlibat iaitu Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan PDRM.
Melihat kepada video kuarantin kerajaan India tersebut, ini pemerhatian saya :
- Rakyat Malaysia berkenaan tidak diberitahu hal sebenar yang mereka akan dimasukkan dalam ‘stesen kuarantin’ di sana sehinggakan luggage mereka ditinggalkan sahaja di dalam bilik hotel di mana mereka menginap sebelumnya. Rakyat Malaysia tersebut tinggal sehelai sepinggang di stesen kuarantin
- Stesen kuarantin mereka juga menggunakan bangunan sekolah. Oleh itu, sudah pastinya tandas terletak di luar dan berkongsi dengan orang lain yang memungkinkan jangkitan virus.
- Mereka tidur di atas lantai yang kotor dan berdebu beralaskan tilam nipis sahaja dan diberikan sehelai kain putih sebagai selimut. Bilik tersebut dikongsi oleh 6 orang . Tidur mereka dihurungi nyamuk pada malamnya.
- Makanan tidak disediakan secara teratur. Itupun tidak pasti samada mereka dapat makan atau tidak. Jika mereka mahukan makanan, mereka perlu beratur antara 2-3 jam dan perlu tunjukkan passport. Makanan yang dihidangkan pula dikhuatiri basi.
- Mereka belum lagi dibuat ujian walaupun telah berjam-jam dimasukkan ke dalam stesen kuarantin.
Bagaimana pula keadaan Stesen Kuarantin di Malaysia? Ini yang team saya buat :
1. Sebaik tiba di Malaysia dan selesai urusan ujian di lapangan terbang, semua PUS akan menaiki bas yang disediakan ke hotel yang dijadikan Stesen Kuarantin.
2. Setiba di hotel, mereka disambut oleh team PKD yang membuat pendaftaran. Team ini berpakaian PPE. Segala butiran diri diambil untuk rekod. Akhir sekali, diserahkan kad akses ke bilik hotel masing-masing.
3. Melangkah masuk ke bilik hotel, PUS dilengkapkan dengan Welcome Kit yang disediakan oleh JKM terlebih dahulu antaranya biskut dan hygiene kit, selain sachet gula,creamer,kopi, teh serta cerek yang disediakan oleh pihak hotel.
4. Hanya 1 org PUS sahaja setiap bilik dan tidak berkongsi. Tandas individu dalam bilik hotel. Lengkap dengan aircond , television dan siaran astro. Tidak lupa juga wifi yang boleh digunakan oleh setiap PUS pada bila-bila masa.
5. Makanan disediakan 3 kali sehari. Dihantar oleh petugas APM yang berpakaian PPE. PUS hanya tunggu di bilik sahaja dan bila makanan tersebut telah diletakkan di atas kerusi di depan bilik, petugas APM akan mengetuk pintu sebagai tanda makanan telah pun sampai.
- PUS disediakan 2 set pakaian hospital untuk digunakan setiap hari. Pakaian hospital harian ini serta bekas makanan yang dianggap sebagai sisa klinikal perlu diletakkan dalam plastic kuning yang disediakan dan akan dikutip oleh petugas klinikal keesokan harinya. Ini adalah rutin harian bagi memastikan kebersihan PUS sentiasa terjaga.
- Pegawasi Kesihatan akan menelefon semua PUS yang berkaitan untuk bertanyakan tahap kesihatan mereka dan jika perlu akan dibawa ke bilik saringan yang disediakan di dalam hotel.
- Sekiranya PUS didapati positif atau mempunyai symptom dan dihantar ke Hospital Sg Buluh, bilik yang ditinggalkan akan dibuat terminal cleaning terlebih dahulu sebelum dimasukkan PUS yang baru.
- Kesemua PUS dimasukkan dalam satu Whatsapp Grup yang mana mereka boleh membuat aduan atau pertanyaan berkaitan kebajikan mereka 24 jam dan tindakan segera akan diambil.
Tuan/puan,
Saya boleh katakan yang kemudahan diberikan oleh kerajaan Malaysia adalah bertaraf A+ dan berpuluh kali lebih baik daripada negara lain.
Kami bekerja 24jam dan tidak lekang dengan handphone untuk melihat arahan terkini Bilik Gerakan Negeri atau apa-apa perkara terkini yang berkaitan dengan PUS dan Stesen Kuarantin kami. Dan secara tiba-tiba sahaja, and ada banyak Whatsapp Grup di handphone kami disebabkan tugasan pengoperasian Stesen Kuarantin ini.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu menyahut seruan kerajaan untuk #dudukrumah dan putuskan rantaian penyebaran Covid-19 ini.
Memang betul duduk rumah lama-lama ni kadang-kadang membosankan. Namun saya tetap terhibur dengan segala video kreatif yang dibuat olah rakyat Malaysia sambil-sambil saya melaksanakan tugasan bersama team saya.
Saya berbangga berkhidmat untuk negara dan untuk rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik ini.
Minta maaf kerana saya tidak boleh memaparkan gambar berkaitan tugas kami. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada PUS yang menghargai penat lelah kami bekerja 24 jam melalui wasap yang dikirimkan.
I am proud to be Malaysian!
Sila SHARE sebagai tanda sokongan anda kepada kami.
***
Owh yer… dalam kesibukan harian saya ini, saya masih lagi mengetuai satu projek kebajikan yang juga memerlukan perhatian rakyat Malaysia. Sila klik https://kafaistiqomahbangi.virtualniaga.com
JUSNI HASHIM
Pegawai Daerah Kuala Langat
@ Ketua Penyelaras Stesen Kuarantin
Muslim Pertama Jadi Ketua Negara Eropah, Tahniah Humza Yousaf!

Mungkin ramai yang menganggap individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam.
Namun, sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.
ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Wanita Islam Pertama Pakai Hijab Ketika Bertugas Di Mahkamah AS, Kenali Hakim Nadia Kahf

Terbaru, seorang lelaki muslim mencipta sejarah apabila dilantik menajdi ketua negara Eropah.
Hal ini selepas Parlimen Scotland pada Selasa mengesahkan pelantikan Humza Yousaf, 37, sebagai Menteri Pertama negara tersebut, lapor AFP.
Pelantikan itu mencipta sejarah apabila ia merupakan kali pertama seorang pemimpin politik beragama Islam muncul sebagai Ketua Eksekutif sebuah negara Eropah.
Humza menggantikan Nicola Sturgeon selepas menang tipis dalam pemilihan Ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP) pada Isnin. Beliau kemudian berjaya mengumpul sokongan yang mengcukupi daripada ahli parlimen untuk diangkat menjawat jawatan nombor satu kerajaan Scotland itu.

Sebaik diangkat sebagai Menteri Pertama, Humza mengulangi ikrarnya untuk meneruskan proses menuntut kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom.
Untuk info, Humza merupakan seorang pemimpin politik Scotland yang berasal daripada keluarga imigran Pakistan. Ayah Humza lahir di Mian Channu, Pakistan dan berketurunan Punjabi. Manakala ibunya yang juga berketurunan Punjabi lahir di Nairobi, Kenya. Nenek moyang ibunya dibawa ke Kenya oleh Empayar British untuk berkerja disana.
Kedua-dua orang tuanya berhijrah ke Scotland pada 1960-an sebelum bertemu dan berkahwin disana.
Moga lebih ramai individu Muslim menjadi orang penting di dunia ini. Tahniah Humza, dan selamat mengalas tanggungjawap yang diberikan.
BACA LAGI : Dalam Sejarah, Saima Mohsin Wanita Muslim Pertama Jadi Peguam Besar Wilayah Amerika Syarikat
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.