Sepanjang PKP berlangsung tempoh hari, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dibenarkan melakukan akad nikah secara online.
Walau bagaimanapun, hal ini mungkin terhad kepada pasangan yang sudah menyediakan segala persiapan dan hanya menunggu tarikh nikah sahaja. Bagi mereka yang belum berkursus kahwin, bakal pengantin tidak boleh untuk melangsungkan pernikahan.
Namun begitu, baru-baru ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah memperkenalkan sebuah platform digital dinamakan MyBahagia, dimana ia berfungsi sebagai sebuah platform kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.
Melalui MyBahagia, ia menyertakan sebanyak 11 modul pra-perkahwinan mengikut garis panduan Jakim, dan memperlihatkan contoh alternatif kursus praperkahwinan yang biasanya dikendalikan secara bersemuka.
Ads
Dengan era norma baharu yang lebih memfokuskan gaya hidup digital dan pengalaman jarak sosial, langkah pengenalan MyBahagia ini dijangka akan membantu mereka yang akan berkahwin untuk mengikuti kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.
Ads
Seperti pembelajaran atas-talian yang lain, MyBahagia turut membolehkan pengguna log masuk dan mengikuti kursus pra-perkahwinan mengikut keselesaan masa mereka.
Ads
MyBahagia ini aka ditawarkan kepada semua bermula 13 Jun ini, dimana ia boleh didaftar pada bayaran RM30 untuk seorang. Pengguna akan memerlukan data sekitar 1GB untuk mengikuti kursus selama 11 jam melalui laman berkenaan
Moga info ini berguna dan bermanfaat buat bakal pengantin semua!
Setelah sekian lama menantikan pembukaan taman tema di Genting Highlands, akhirnya Genting Skyworlds bakal dibuka pada 8 Februari 2022 dengan tiket yang akan dijual menerusi laman web dan aplikasi Genting Skyworlds bermula pada pukul 10 pagi esok (4 Februari).
Menurut Harian Metro, sempena pembukaan prapelancaran ini, Genting SkyWorlds menawarkan diskaun 20 peratus ke atas tiket penuh bagi kunjungan dari 8 Februari sehingga 31 Mac 2022. Harga tiket yang ditawarkan sempena prapelancaran ini adalah RM128 untuk kanak-kanak dan RM151 bagi orang dewasa.
Dibina dengan nilai pelaburan melebihi AS$800 juta (RM758 juta), tarikan bertema baharu ini bakal melonjakkan nama negeri Pahang dan Malaysia di persada pelancongan dunia. Pembukaan taman tema ini dikhabarkan akan turut menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi dengan kewujudan ribuan peluang pekerjaan.
Pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi ini bukan sahaja akan memberi panduan yang komprehensif dengan maklumat masa nyata berkenaan Genting SkyWorlds, malah ia juga membolehkan pengunjung untuk mengemudi dan melawat taman berkenaan secara maya agar mereka dapat merancang aktiviti yang mereka minati terlebih dahulu, serta mencari arah dan jalan untuk ke destinasi mereka.
Antara ciri-ciri aplikasi ini ialah, masa menunggu akan dipaparkan di aplikasi dan pengunjung boleh merancang masa mereka untuk permainan, tarikan dan persembahan yang tersedia pada hari itu; menerima tawaran promosi dan baucar diskaun; mendapatkan maklumat tempat-tempat makan, membeli-belah, permainan, serta perkhidmatan Photo+ yang canggih.
Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, aplikasi ini juga telah diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ), satu ciri pintar yang mampu mengurangkan masa menunggu yang lama dalam barisan fizikal dengan memberikan kebebasan kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti pilihan mereka mengikut masa yang dipilih sendiri.
Pemegang tiket berkumpulan juga boleh masuk secara berkumpulan sekiranya mereka menggunakan aplikasi Genting SkyWorlds VQ. Aplikasi ini turut membolehkan pemegang tiket melihat cadangan aktiviti berdasarkan pilihan peribadi mereka, dan menerima notifikasi secara masa nyata untuk tempahan tarikan, ketersediaan, dan hiburan menarik.
Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keseronokan serta keterujaan bertemakan filem di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia.
So guys, korang boleh mula membeli tiket dengan harga prapelancaran bermula esok. Selamat bercuti!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nampak gayanya, kelonggaran yang diberikan kerajaan Malaysia kepada peminjam skim pendidikan PTPTN telah disalah gunakan sehingga penyakit MALAS membayar semula berjangkit sepanjang tempoh setahun yang lalu.
Selepas tampuk kerajaan diambil alih parti Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mei 2018, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan di bawah kelolaan Dr. Maszlee Malik mengumumkan bahawa mereka bakal menarik balik syarat-syarat ketat pembayaran semula oleh para pelajar yang meminjam PTPTN.
Ia bagi memberi ruang kepada seramai 429,945 orang pelajar membayar semula secara ansuran dan tanpa gesakan.
Namun hari ini, PTPTN telah mengeluarkan kenyataan yang berbentuk 10 poin agar kelonggaran itu dirujuk semula oleh pihak kerajaan. Ini kerana peminjam dilihat begitu berat tangan untuk membayar semula.
Menurut laporan daripada Malay Mail, Keseluruhan hutang PTPTN yang masih berbaki dicatatkan berjumlah RM39 bilion. Jika ditambah dengan jumlah bunga pula, ia melonjak kepada RM42 bilion. Patutlah mereka marah gaiss..
Naib CEO PTPTN, Saiful Wan Jan mencadangkan agar sekatan perjalanan ke luar negara ataupun travel ban kepada mereka yang didapati bersalah untuk dikuat kuasakan semula selain beberapa lagi tindakan lain.
Ini termasuklah menyenarai hitamkan pesalah daripada proses memperbaharui passport mereka, lesen memandu, cukai jalan dan lesen perniagaan. Secara tak langsung, jika korang didapati tidak meneruskan pembayaran semula, korang boleh kehilangan kereta, kerja malah perniagaan sah!
Ada di kalangan remaja yang telah bekerja dan tidak meminjam pada PTPTN tidak mengambil peduli mengenai isu ini. BUT LISTEN UP, korang pun sebenarnya terlibat sama dalam isu ini secara tak langsung.
Kerajaan pernah mengumumkan bahawa hutang PTPTN sebanyak RM42 bilion itu akan cuba diselesaikan mereka untuk mengurangkan beban peminjam. Cuba teka dari mana datangnya bajet tersebut? Daripada pembayar cukai seperti korang yang telah bekerja.
Dalam diam, koranglah yang sebenarnya perlu membayarkan semula hutang kawan-kawan korang yang sedang bersenang-lenang.
Amboi-amboi..
Jadi kepada peminjam PTPTN, jika korang menerima notis travel ban selepas ini, jangan buat-buat mengeluh. Hutang belum selesai dah nak bercuti sana-sini. Ceh!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi individu yang ingin mengambil lesen memandu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau e-Testing di seluruh negara bermula April depan.
Sistem e-testing ini mengukur prestasi calon melalui ujian memandu secara elektronik dan menjana keputusan ujian memandu secara terus.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata sistem bilangan pegawai penguji akan berkurangan apabila sistem ini dilaksanakan kerana ia hanya memerlukan dua penguji sahaja berbanding tujuh ketika ini memandangkan proses itu akan dibantu oleh gajet teknologi.
Menerusi e-testing, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan dan calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta. Walau bagaimanapun, sistem ini masih melibatkan pembelajaran dalam kelas, litar dan jalan raya.
Sistem seumpama ini juga sudah dipraktikkan di negara seperti Korea dan Jepun, manakala negara kita sedang menuju ke arah tersebut bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu.
Setakat ini, terdapat 232 institut memandu di seluruh negara dan korang boleh mendapatkan aplikasi e-testing ini di pusat penyedia yang dilantik oleh JPJ.
Hm, korang rasa adakah ini satu kelebihan untuk calon kerana dapat mengurangkan gementar ketika melakukan ujian nanti?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...