Setiap kali ke luar negara, kita tentu mahukan kelainan dalam percutian. Bukan semua orang suka membeli belah. Ada sukakan suasana pantai, gunung, desa, melihat cara hidup masyarakat luar tak terkecuali memilih kelainan dengan memilih menaiki cruise meneroka beberapa jam di kawasan tumpuan pelancongan.
Bagi korang yang selalu berangan-angan mahu mendekati ikan lumba-lumba yang banyak ditawarkan di Australia sebelum ini, selepas ini tak perlu lagi ke luar negara untuk melihat ikan yang amat jinak ini.
Dengan hanya bayaran serendah RM170 bagi melihat ikan lumba-lumba Irrawady, korang yang teruja dengan pengalaman ini boleh menghubungi syarikat-syarikat pelancongan yang menawarkan pilihan menarik ini.
Untuk pengetahuan, bukan saja terkenal dengan Kampung Budaya yang menjadi tempat wajib kalau ke Sarawak tapi di Bako National Park ada banyak yang korang boleh terokai khususnya yang mahu melihat ikan lumba-lumba dari dekat.
Permai Rainforest adalah tempat terbaik untuk melihat ikan lumba-lumba, khususnya di Santubong, Salak dan muara sungai Buntal. Ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy, atau lumba-lumba snubfin amat mudah ditemui dalam muara dan kawasan pantai cetek, bergantung kepada pasang surut air laut. Malah lokasi ini turut diletakkan sebagai antara detinasi pilihan boleh dikunjungi oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, antara sepsis ikan lumba-lumba yang banyak terdapat di sini adalah dari sepsis ikan lumba-lumba Irrawady, iaitu ikan lumba-lumba yang dilindungi. Bukan saja jinak tapi ikan lumba-lumba jenis ini amat pemalu dan elusive. Dahi bulat dan paruh yang agak pendek, ikan lumba-lumba ini kelihatan seperti beluga, akan tetapi sifat biologi sebenarnya adalah lebih mirip kepada paus pembunuh (killer whale atau orca).
Dolphin spotting dapat dijalankan di Sungai Santubong, Sungai Salak atau Pantai Damai di Kuching. Walaupun korang boleh menaiki bot untuk melihat aktiviti mengujakan ini, berkayak sebenarnya lebih menyeronokkan kerana ia dapat mengurangkan gangguan kepada haiwan liar ini.
Faham sajalahkan, saiz kayak yang kecil dan bergerak tenang tenti tidak akan menakutkan ikan lumba-lumba ini . Jika nasib lebih baik, ikan lumba-lumba mungkin berenang mendekati korang. Say hi!
Sebelum dapat melihat pemandangan berbeza ini, perjalanan ke Permai Rainforest Resort memakan masa hampir satu jam perjalanan dari pusat bandaraya dan kena naik bot ke pulau Satang.
So, korang lepas raya nie boleh la ya rancang-rancang ke Sarawak dan terokai keindahan negeri yang terkenal sebagai Bumi Kenyalang ini.