Setelah hampir tiga bulan sekolah dan institusi pendidikan ditutup disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19.
Namun bila sektor perniagaan mula diberikan kelonggaran untuk meneruskan urusan secara normal bermula minggu ini ataupun dalam bahasa mudah, ‘business as usual’, pelajar sekolah dan ibu bapa turut tertanya-tanya sekiranya sesi persekolahan juga akan dibuka tidak lama lagi.
Terbaru,ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu posting di Facebook beberapa jam lepas memaklumkan, beliau mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Husain, Semenyih, Selangor bersama Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, semalam.
Lawatan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seolah-olah menguatkan lagi desas desus sesi persekolahan mungkin akan dibuka selepas tempoh PKPB tamat pada 9 Jun nanti.
Langkah Pencegahan Perlu Diutamakan
Menurut beliau, langkah pencegahan jangkitan Covid-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.
“Garis panduan yang disediakan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hasil kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain,” katanya.
Seperti diumumkan Menteri Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia.
“Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.
“KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.
“Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang adalah aset berharga negara,” katanya.
Namun, ada juga netizen yang ‘speku’ bahawa sekolah bakal dibuka dengan waktu terdekat dan ada juga yang tampil memberikan cadangan untuk kebaikan bersama.
.
.
.
Korang rasa okay ke sekolah dibuka di masa terdekat ni. Apa pun stay safe okay!
Sumber: Harian Metro, Noor Hisham Abdullah