Pelakon cantik, entrepreneur produk kosmetik dan kini pemilik koleksi fesyen.
Ketika pelancaran koleksi Izara Aishah X Lilit, pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2009/10 ini sempat mengimbau pengalamannya ketika menyertai edisi kelapan Dewi Remaja kira-kira 10 tahun yang lalu.
Dewi Remaja telah banyak menghasilkan alumni peserta yang hebat dalam bidang masing-masing, termasuklah Izara sendiri.
Wanita jelita kacukan Melayu-Pakistan ini bertanding bersama rakan finalis lain yang berada di kalangan Top 5 terpilih seperti Noor Neelofa, Shangkharee, Iraa dan Ramona Zam-Zam. Beberapa lagi finalis lain yang menyertai mereka ialah Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Mia Ali dan ramai lagi.
Kebetulan atau tidak, pemenang tempat ketiga iaitu Dr Shangkharee Nadarajan juga merupakan rakan sebilik Izara pada waktu itu.
“Izara tak boleh lupa momen dengan Shangkharee, she is a very nice person.
“Dia seorang saja yang tidak ada masalah with all the others girl and she just got along with everyone.
“Izara dengan Shangkharee sama, we just went with the flow, happy go lucky. Kita buat kerja kita dan tak ganggu orang lain. We didn’t have any drama,” imbasnya kembali.
“Izara pernah pitam dekat pentas semasa rehearsal kerana Izara berdepan isu stage fright. Bila perlu bercakap di atas pentas, mulalah datang rasa anxiety.
“That is why i do not do theater shows until today. Tapi Alhamdulillah, rezeki berpihak pada Izara juga pada malam itu.”
“Seingat Izara, team produksi pada waktu itu semuanya garang-garang. (ketawa)
“They made us a very disciplined batch. Bukan nak cakap batch terbaru ni tidak disiplin cuma mungkin mereka melayan finalis dengan lebih lembut berbanding semasa batch Izara.”
Kepada Top 20 finalis Dewi Remaja 2019 pula, Izara berkata,
“Just be yourself. Be real, kalau tak suka cakap tak suka, kalau suka cakap suka.
“Tak perlu nak menjadi seorang yang berlainan.”
“Izara berharap agar batch Dewi Remaja 2019 akan terus memberikan inspirasi kepada remaja yang lebih muda daripada mereka. Jadi seorang yang bertanggung jawab, ada class tersendiri dan menjadi contoh sebaik mungkin untuk masyarakat.”
Semasa pencarian Dewi Remaja 2009/10 sedang berlangsung, mereka tidak mempunyai kuasa media sosial sehebat sekarang. Yang ada pun akaun MySpace, Friendster dan Facebook.
Kini dengan adanya WhatsApp, Instagram, SnapChat dan sebagainya, bukan mudah bagi seseorang semuda finalis Dewi Remaja untuk menguruskan akaun media sosial mereka bagi memuaskan hati semua pihak.
They have to be a celebrity and at the same time, be themselves.
REMAJA meminta tip dari Izara sendiri mengenai cara terbaik menguruskan media sosial. Untuk menjadi seorang public figure bukanlah mudah. Setiap hari, ada saja komen mengenai rupa, fizikal dan personaliti peserta.
“Izara sendiri tak berapa share tentang kehidupan peribadi. Izara mostly cuma share tentang kerjaya sahaja. I guess you have to find a balance.
“Usah overshare, usah juga melupakan kepentingan media sosial.”
Kami di REMAJA cukup berbangga mempunyai alumni sekental dan secantik – in and out
– seperti Izara Aishah.Thank you for sharing your story dan moga terus sukses Icha!
*