Setiap zaman mempunyai trend tersendiri dan kecanggihan dan inovasi teknologi dalam bidang kecantikan cepat berubah.
Jika hendak dibandingkan dahulu dengan sekarang, orang dahulu lebih ‘gigih’ untuk kelihatan cantik ye! Patut lah wujudnya istilah ‘beauty is pain’, rata-ratanya sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik.
Lihat di bawah kompilasi gambar-gambar lama yang menunjukkan wanita zaman dahulu melakukan pelbagai trend pelik yang sukar untuk difahami tujuannya, semua demi kecantikan.
Check this out!
1. Meluruskan rambut menggunakan seterika
2. Max Factor’s 1931 Ice Mask
International News Soundphoto
Ads
3. Wanita melukis ‘jahitan’ pada kaki supaya kelihatan seperti memakai stoking
Kredit foto: Fox Photos
4. Mesin untuk hilangkan jeragat
Kredit foto: Mansell
5. Mask getah untuk kurangkan kedutan pada tahun 1920
Ads
Kredit foto: Wellcome Collection
6. Mesin untuk buat lesung pipit
7. Mask untuk lindungi kulit wajah dari cahaya matahari sebelum wujudnya krim spf
Ads
Kredit foto: Hulton Archive
8. “Anda mempunyai wajah yang cantik, tapi hidung anda?”
9. Mesin kuruskan bahagian badan zaman dahulu
10. Mask buah-buahan
Kredit foto: vintage.everyday
So mana yang korang rasa paling pelik? kalau penulis, rasanya tak sanggup nak pakai mask begitu untuk lindungi kulit wajah dari cahaya matahari. huhuhu
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hal ini selepas laman Instagram peribadi milik Laudya dilaporkan sudah berubah menjadi platform promosi produk keluarannya.
Malah, pelakon itu dilihat memadam hampir kesemua foto dan video lama memaparkan dirinya di laman berkenaan.
Laudy bagaimanapun masih menyimpan beberapa keping gambar yang memperlihatkan dirinya memakai pelitup muka.
Sebelum ini Laudya memaklumkan akaun yang mempunyai lebih 37 juta pengikut itu kini dikendalikan oleh pihak pengurusannya.
“Diuruskan oleh admin,” tulisnya menerusi ruangan bio.
Untuk info sebelum ini, pelakon berusia 34 tahun ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Malaysia, Ungku Imran namun kedua-duanya nekad untuk berpisah dengan cara yang baik setelah gagal memelihara rumah tangga yang hanya bertahan dua tahun.
Penyanyi lagu hit Casablanca yang juga salah seorang peserta Big Stage 5, Naufal Azrin tampil menjawab mengenai penampilannya yang mengenakan sut berwarna merah yang menampakkan sedikit bahagian dadanya ketika membuat persembahan minggu lalu, sehingga menjadi bualan hangat warganet.
Ulas penyanyi meningkat naik tersebut, itu semua hanyalah sekadar bagi menjayakan persembahan di pentas program realiti popular tanah air itu.
“Saya masih lagi orang Islam dan solat lima waktu. Itu hanya persembahan saya untuk jadi lebih baik. Ada kena mengena juga apa yang saya pakai dan apa saya bawa untuk keyakinan saya.
“Saya minta maaf kepada peminat saya kerana tak dapat jadi seperti apa yang mereka mahukan. Minggu depan tidak ada lagi buka sana-sini,” tuturnya kepada Remaja.
Dalam pada itu, malam semalam juga menyaksikan Isaac Voo tersingkir menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai bagi menyelamatkan Naufal yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.
Justeri itu, Naufal turut tampil memohon maaf kepada para peminat penyanyi berasal dari Sabah itu di atas penyingkiran peserta kegemaran mereka, namun dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik sebagai balasan.
“Saya minta maaf kepada peminat Isaac, saya tiada niat pun. Saya memang rasa saya yang akan terkeluar tetapi tidak tahu macam mana Isaac yang terkeluar.
“‘Saya minta maaf, saya janji yang saya akan bayar pada minggu hadapan,” ujarnya.
Sekadar informasi, Nadeera Zaini memperoleh markah tertinggi untuk minggu kedua iaitu 85.67% peratus selain Isaac Voo telah merangkul anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (hasil pemilihan juri tetap).
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terlalu banyak pilihan K-Drama pada tahun 2020 sehingga kami sendiri sukar untuk memilih drama kegemaran kami.
Dalam banyak-banyak keluaran pada tahun ini, ada sebuah drama yang telah dinanti-nantikan oleh peminat sejak awal tahun ini lagi dan ia adalah Start-Up.
Drama bersiri Start-Up yang dibintangi oleh Nam Joo-hyuk bersama Bae Suzy, Kim Seon-ho dan Kang Han-na akan menemui penonton kurang 5 hari dari sekarang. Kesempatan yang diterima REMAJA untuk bertemu para pelakon dan pengarahnya, Oh Choong-hwan menerusi sidang media secara virtual semalam tidak penulis lepaskan untuk bertanya mengenai karakter yang dibawakan oleh Nam Joo-hyuk.
Menerusi klip trailer yang telah dikeluarkan, karakternya yang sedikit nerdy ini adalah lain daripada karakter yang pernah dibawakan olehnya sebelum ini. And the nerdy side in ourselves is just happy to be represented!
“Ya karakter Nam Do-san mempunyai personaliti yang nerdy, seorang yang fokus terhadap kerjanya.
“Pada awalnya semasa saya memperolehi info mengenai Nam Do-san, karakter ini masih belum benar-benar diolah oleh para penulis. Ia sedikit incomplete. Saya ambil peluang itu untuk ‘menyiapkan’ karakter Nam Doo San dan menjadikannya karakter saya.
“Sepanjang drama ini bersiaran, karakter Nam Do-san akan berkembang selari dengan diri saya sendiri yang melakonkannya. I want to grow with the character.
“Dari segi penampilannya pula, ia tidak jauh berbeza dengan zaman muda saya dahulu. Menjadi seorang yang ‘nerdy’ sebenarnya adalah sebahagian daripada diri saya. Contohnya apabila saya menjadi cemas in real life, tubuh saya juga akan mudah menggeletar seperti Doo San,” jelas Joo-hyuk.
Secara ringkasnya, Nam Do-san lakonan Nam Joo-hyuk ini adalah seorang remaja graduan sekolah lelaki dan menyambung pengajiannya di kolej kejuruteraan yang rata-rata terdiri daripada pelajar lelaki.
Jelaslah, Do-san adalah seorang yang boleh dikategorikan sebagai socially-awkward.
Biarpun dia mempunyai kelebihan intelek, dia sukar untuk memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian seperti yang dihadapi oleh ramai graduan sekarang.
Do-san mengasaskan syarikat ‘start up’ bersama rakan lamanya. Di situlah Do-san bertemu dengan Han Ji-pyeong (lakonan Kim Seon-ho) dan Seo Dal-mi (lakonan Bae Suzy).
Mengapa Perlu Menonton Start-Up?
Drama bergenre ‘youth rom-com’ amat popular di Korea Selatan pada tahun ini. Justeru, apa yang membuatkan Start-Up berbeza daripada K-drama lain?
Kata Joo-hyuk, para pelakon Start-Up telah melakukan research mendalam untuk menjayakan karakter masing-masing.
“Saya menonton temuramah CEO muda secara online bagi melihat cara mereka bercakap, menjawab soalan, body language mereka..
“Selain itu, saya percaya Start-Up akan mudah dihayati oleh penonton kerana ia memaparkan ups & downs remaja yang baru memulakan alam pekerjaan mereka. Kamu akan melihat perubahan dalam diri mereka dan persahabatan yang terjalin.
“Start-Up ialah drama khas untuk mereka yang bersusah payah mengejar impian masing-masing,” kata pelakon berusia 26 tahun itu.
Start-Up akan mula ditayangkan di Netflix bermula 17 Oktober ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
Sebelum itu, jom tonton klip acah daripada drama ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya...