Berita

Beauty With Brains, Puteri Sulung Penyanyi Poey Stings Catat Kecemerlangan, Raih Anugerah Dekan!

Share

Puteri sulung penyanyi era 90an, Poey Stings, Putri Amyshakila, mencatatkan kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih Anugerah Dekan pada hari konvokesyennya.

Kegembiraan penyanyi lagu popular Dalam Diam Aku Mencintaimu itu tidak terhingga melihat kejayaan anaknya.

“Semoga kakak berjaya dunia dan akhirat. Doa ayah dan mama selalu mengiringi kakak. Alhamdulillah untuk nikmat ini ya Allah. Ayah mama bangga dengan kakak,” coretnya menerusi sebuah hantaran di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN :

Inspirasi! Anak Penyanyi Aris Ariwatan Berjaya Kecapi Kejayaan Dalam Bidang Kejuruteraan Pesawat!

Poey hadir untuk meraikan Putri Amyshakila pada Istiadat Konvokesyen ke-10 Kolej Antarabangsa Inovatif (IUC).

Anak perempuannya turut memakaikan jubah konvokesyen dan mortar board kepada Poey, diikuti dengan ciuman penuh kasih sayang dari kedua-dua ibu bapa, Amyza Hamzah dan Poey. Momen tersebut membuatkan Putri Amyshakila sebak dan menitiskan air mata.

“Anugerah dekan ini khas buat mama dan ayah, pensyarah yang sudah mendidik saya dan kawan-kawan serta yang memberi sokongan selama ini. Terima kasih @innovative.my,” kata Putri Amyshakila.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Perempuan Achey Raih Tiga Anugerah Akhir Tahun 2024 Di Sekolah, Dua Subjek Dapat Markah Penuh 100!

Dia juga mengenang kembali pengorbanan ibu bapanya yang banyak membantu sepanjang perjalanan pendidikannya.

“Saya menahan sebak sunting video ini. Teringat segala pengorbanan dan kesusahan yang kita berdua lalui.

“Terima kasih ayah sanggup berhujan panas semata-mata untuk menghantar kakak pergi menimba ilmu. Dalam keadaan menahan lapar dan berteduh ketika hujan lebat. Pengorbanan ayah tidak mampu kakak balas.

“Kalau ia berkaitan nyawa pun, kakak sanggup demi ayahku tercinta,” tambahnya lagi.

Sebagai tanda penghargaan, Putri Amyshakila mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya dan semua yang telah memberi sokongan serta doa.

“Hadiah teristimewa untuk kedua mereka, penghargaan ini juga untuk mereka yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada saya.

“Semoga Allah membalas kebaikan kalian berlipat kali ganda, Insya Allah, amin,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Putri Amyshakila

Published by
Fath