Islamophobia atau ketakutan terhadap Islam merupakan satu gejala yang telah lama bernanah pada masyarakat dunia terutamanya negara US.

“Because Of Your Hijab,” Atlet 16 Tahun Catat Rekod Larian Terpantas Tetap Disingkir

Jika remaja di negara kita bebas untuk menutup aurat ketika bersukan atau melakukan apa saja aktiviti tapi berbeza pula buat saudara kita yang berada di US dan negara-negara Eropah.

Viral satu dunia apabila diskriminasi terhadap Noor Abukaram, atlet pelari merentas desa telah dibatalkan kelayakan dari bertanding di peringkat daerah walau mencatat masa terpantas musim ini, tak masuk di akal langsung kan.

“Because Of Your Hijab,” Atlet 16 Tahun Catat Rekod Larian Terpantas Tetap Disingkir

Gara-gara gadis ini memakai hijab kerana tuntutan agamanya, pelajar di The Bounty Collegium di Ohio, USA telah mendaftar untuk menyertai perlumbaan dengan Sylvania Northview High School Girls Cross Country Team pada hujung minggu, sebuah pasukan yang dia telah sertai sejak tiga tahun yang lalu.

Dibatalkan kerana sehelai pakaian di kepala

Walau bagaimanapun, setelah menamatkan perlumbaan, Noor mendapati bahawa penyertaannya dibatalkan hanya kerana sehelai pakaian di kepalanya.

“Because Of Your Hijab,” Atlet 16 Tahun Catat Rekod Larian Terpantas Tetap Disingkir

Ads

Menurut Noor, pihak penganjur memeriksa seragam sebelum perlumbaan bermula dan mereka meminta rakan sepasukannya menukar kepada seluar pendek supaya sepadan dengan pelari lain

“Saya mula tertanya-tanya sama ada mereka akan memanggil saya sebab saya memakai semua seluar dan tudung hitam,” kata Noor.

Hanya benarkan bertanding jika buka hijab

Penganjur bagaimanapun tidak memanggil Noor, tetapi mereka bercakap dengan jurulatihnya, Jeffery Flowers dan memaklumkan kepadanya bahawa Noor tidak akan dibenarkan untuk bertanding kecuali membuka hijab.

Malangnya, perkara ini tidak dimaklumkan kepada Noor sebelum perlumbaan bermula.

Ads

Selepas tamat perlumbaan, Noor mendapati bahawa namanya tidak berada dalam senarai. Hatinya hancur apabila diberitahu dia telah disqualified hanya kerana hijab.

Noor mencatat masa 22 minit dan 22 saat, rekod terpantas

Susulan perlumbaan itu, jurulatih Noor berkata dia memeriksa buku peraturan bagi acara tersebut, dan dia tidak menemui mana-mana klausa yang menghalang atau melarang atlet daripada menutup rambut seperti Noor.

Noor berpendapat bahawa pihak penganjur sepatutnya perlu membenarkan dia berlumba walaupun memakai hijab kerana peraturan ini TIDAK wujud secara bertulis.

Ads

Netizen menolak diskriminasi dan Islamophobia

Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dan marah terhadap layanan yang diterima Noor dan masing-masing berdiri teguh di belakang Noor dalam membanteras diskriminasi dan Islamophobia

“Because Of Your Hijab,” Atlet 16 Tahun Catat Rekod Larian Terpantas Tetap Disingkir

“Because Of Your Hijab,” Atlet 16 Tahun Catat Rekod Larian Terpantas Tetap Disingkir

 

Bersyukur la kita di negara yang aman damai dan bebas untuk beragama dan bersuara. Tapi penulis still tak faham, walaupun pelbagai cubaan dilakukan untuk mendidik dan cuba membuka mata masyarakat tentang salah faham mereka terhadap Islam, ramai yang masih memilih untuk memekakkan telinga dan membutakan mata, didorong oleh rasa benci yang tidak diketahui datang dari mana.

Semoga saudara seislam kita tidak ditindas dan keadilan berada di pihak Noor. #girlpower!

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI