Selepas hampir dua minggu, akhirnya laporan bedah siasat mengenai kematian seorang pelajar Malaysia yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chai di Taipei, Taiwan diketahui pada hari ini.
Sin Chew Daily melaporkan Cha, 24 merupakan seorang mahasiswi di Universiti Ming Chuan dan pada waktu lapang bekerja sebagai seorang model sambilan serta aktif melakukan sesi live
di media sosial.Pelajar yang berasal dari Serdang, Selangor itu ditemui mati di pangsapuri miliknya di daerah Shilin pada 13 Oktober lalu.
Kata pihak polis Taipei, teman lelaki mangsa bernama Chen yang baru dikenalinya selama seminggu telah membuat pengakuan mencekik mangsa selepas mereka bergaduh disebabkan isu wang.
Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada hari ini, ia mendapati Chai meninggal dunia akibat sesak nafas dan patah pada bahagian leher. Kesan cekik juga konsisten dengan siasatan yang dilakukan. Hasil bedah siasat turut menemui dadah dalam badan mangsa ketika saat kematiannya.
Pada hari kejadian, teman lelaki mangsa perlu dikejarkan ke hospital kerana didapati terlebih mengambil dos ubat. Sebaik dibenarkan keluar dari hospital, Chen telah ditahan polis untuk membantu siasatan
Chen memberitahu kematian Chai tidak disengajakan. Disebabkan wang, dia hanya mahu menakutkan mangsa ketika pergaduhan berlaku.
Macam-macam ya! Diharap tiadalah lagi kes sedemikian yang berlaku kepada pelajar Malaysia di luar negara. Fokus sahaja pada misi mendapatkan segulung ijazah sebelum memikirkan hal lain di sana.
SUMBER : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.