Fesyen

Beg Tangan Ilham Bentuk Pasta Tortellini, Tanda Penghargaan Pereka Fesyen Buat Nenek !

Share

Tiada apa yang pelik dalam dunia fesyen!

Pereka fesyen Itali, Federico Cina membuahkan idea beg tangan ilham dari bentuk pasta tortellini diramal menjadi ‘it-bag’ 2024.  Selepas sahaja membuat debut di pentas peragaan Milan Fashion Week bulan lalu.

Vogue Italia menamakan ia sebuah karya fashion “of the moment”.

ARTIKEL BERKAITAN : Pereka Fesyen Dari Johor Popularkan Beg Tangan Plastik Biskut Jenama Legend, Vintage Habis!

Beg tangan pasta tortellini ini diberi nama Tortellino Bag yang tersedia dengan dua saiz mini size dan signature size. Kedua-dua saiz ini lengkap dengan tali panjang dan mempunyai lebih dari 10 warna pilihan. Diperbuat dari calfskin dan kemas dengan jahitan luar dalam yang memuaskan hati pengguna. Menariknya lagi tentang Tortellino Bag, ia sebuah beg unisex yang sesuai untuk wanita dan lelaki.

Tanda Penghargaan Buat Nenek

Federico Cina sempat memberitahu pada Vogue, rekaan beg tangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada neneknya. Wanita Itali yang mengajar beliau cara memasak tortellini di Sarsina iaitu sebuah pekan kecil di Forli-Cesena wilayah Romagna.

Unik tapi cantik juga rekaan beg ini. Tapi beg ini buat penulis rasa lapar pula.

BACA LAGI : “#Womanprotectwoman” -Wajah Ruhainies Di ‘Censored’ Jenama Produk Kecantikan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana