Beg Ubi Kayu Pengganti Beg Plastik, ‘Go Green’ Dan Boleh Larut Dalam Air

Share

Mesti korang ada terfikir apa bahayanya plastik? 

Di sebalik ‘kelebihan’ plastik, ramai tak sedar plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia sehingga boleh ‘membunuh’ alam sekitar.

Menurut sebuah portal, hanya sembilan peratus plastik dikitar semula daripada 6.3 bilion tan plastik yang dihasilkan di seluruh dunia sejak mula diperkenalkan pada tahun 1950-an. Plastik juga mengambil masa selama 400 – 1000 tahun untuk lupus secara semulajadi. Secara langsung, plastik sebenarnya merupakan ancaman kepada alam sekitar.

Foto Via Pexels

Baru-baru ini, kerana sayangkan bumi dan semangat ‘go green’ syarikat milik Indonesia Avani Eco, membuat beg plastik diperbuat dari ubi kayu untuk menggantikan beg plastik yang boleh hanya dipakai sekali sahaja.

Lagi menarik, ia juga boleh larut dalam air!

“Kami menemui penyelesaian alternatif untuk beg plastik sekali pakai yang berbahaya. Kami dapat membantu anda membawa barang anda dan fungsinya sama seperti plastik biasa anda gunakan. Cuma versi dari kami yang semula jadi dan tidak beracun, ”jelas Avani Eco di laman web mereka.

Tak percaya plastik boleh larut dalam air? Inilah buktinya perkongsian di Twitter.

Pengguna di laman twitter @levelsio menunjukkan bagaimana beg ubi kayu dapat larut dalam bentuk cair.

Selain beg plastik biasa, mereka juga mempunyai variasi beg yang unik dan berbeza, boleh berkunjung ke laman sesawang mereka di www.avanieco.com.

Menarik kan? bila agaknya beg ubi kayu Avani Eco yang luar biasa ini sampai ke Malaysia ya?

Published by
Nana