Tempe bukan makanan asing buat rakyat Malaysia. Bukan hanya sedap namun hasil proses fermentasi ini menghasilkan produk yang kaya dengan nutrien dan membawa pelbagai khasiat kesihatan.
Selalu kita goreng je tempe ni kan, kali ini apa kata kita cuba buat begedil tempe perkongsian Puan Fazariana Mohd Ali ini. Lebih cepat dan rasanya juga sedap.
Sesekali elok juga tukar selera, jom buat!
Begedil Tempe
Bahan-bahan:
5 keping tempe*
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji telur
Daun bawang
Maggi cukup rasa
Ads
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda ( * ). Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama telur, daun bawang dan maggi cukup rasa. Gaul sebati.
2. Kepal-kepal dan bulat-bulatkan adunan tadi.
Ads
3. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang.
Khasiat Tempe
1. Sumber Protein Berkualiti Tinggi:
Tempe adalah sumber protein yang baik, sesuai untuk diet vegetarian dan vegan, membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
2. Kaya dengan Probiotik:
Proses fermentasi tempe menghasilkan probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan sistem imun, membantu mengurangkan masalah pencernaan.
Ads
3. Sumber Serat Diet:
Tempe mengandungi serat yang tinggi, membantu mengawal kadar gula darah, menurunkan kolesterol, dan memperbaiki pergerakan usus.
4. Kaya dengan Vitamin dan Mineral:
Tempe mengandungi vitamin B12, kalsium, besi, dan magnesium yang penting untuk kesihatan tulang, darah, dan sistem saraf.
5. Antioksidan dan Isoflavon:
Mengandungi antioksidan dan isoflavon yang membantu mengurangkan risiko kanser dan simptom menopaus.
6. Rendah Lemak dan Kolesterol:
Tempe rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol, baik untuk kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang membuatkan aplikasi ini berbeza dengan laman sesawang Nike?
Satu-persatu jenama fesyen dan sukan mula muncul dengan aplikasinya sendiri bagi memudahkan pembelian dan demi menjadi lebih interaktif dengan peminat jenama maisng-masing. Kali ini, tiba giliran Nike pula yang baru saja melancarkan aplikasinya, Nike App bagi rantau Asia Tenggara dan India.
Nike App kini boleh dimuat turun oleh pengguna di Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia, India, Taiwan dan Vietnam. Ia dikatakan menawarkan beberapa kelebihan eksklusif kepada pengguna yang tidak dapat dilihat di laman sesawang Nike demi memudahkan pembelian menerusi inovasi teknologi baharu.
Jom lihat apakah pembaharuan yang ada pada Nike App ini.
Akses Eksklusif
Ahli akan berkesempatan untuk mendapatkan produk terbaru dengan pantas daripada rangkaian Air Jordan 1, Air Force 1, Air Max dan pelbagai lagi model lain yang diperkenalkan. Khas sempena pelancaran Nike App semalam, ahli akan memperolehi akses awal kepada produk-produk rangkaian Space Jam.
Ganjaran Ahli
Dari semasa ke semasa, ahli boleh ‘unlock’ ganjaran menarik di bahagian ‘Member Wallet’ di mana mereka boleh melihat promosi eksklusif yang ditawarkan, jemputan ke acara Nike pada masa akan datang dan banyak lagi. Malah, bermula 12 Julai ini, ahli boleh mula menyertai cabaran mingguan di aplikasi Nike Run Club (NRC) dan Nike Training Club (NTC) untuk mendapatkan akses ke bahagian ‘Champions Locker’ di Nike App – satu lagi cabang yang perlu korang ‘unlock’; khas buat ahli.
Kandungan Berinspirasi
Selain daripada produknya, seperkara yang menarik mengenai Nike adalah bagaimana jenama sukan dan gaya hidup ini telah banyak membantu personaliti dari seluruh dunia untuk memperbaiki prestasi, menjadi lebih yakin dengan diri mereka dan menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Menerusi Nike App, ahli akan boleh memperolehi kisah-kisah mereka dan cara mereka berjaya dalam bidang masing-masing.
*
Sudah tentu, dari semasa ke semasa, Nike App akan diperbaharui mengikut respon dan keperluan penggunanya. Seperti yang disebut oleh Naib Presiden APLA Nike Direct Digital Commerce, Xia Ding, Nike akan memastikan kandungan, servis dan produk yang ditawarkan selari dengan kehendak kita semua.
So guys, jangan ketinggalan untuk memuat turun Nike App bermula hari ini hingga 22 Julai nanti bagi memperolehi diskaun 10 peratus untuk pembelian pertama produk Nike daripada aplikasi tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah beliau menerima rawatan selama 53 hari.
Berita tersebut telah dikongsikan oleh pejabatnya menerusi satu hantaran ringkas yang dimuat naik di laman media sosial.
Menurut kenyataan tersebut, bekas pemimpin negara yang terkenal seantero dunia itu dibenarkan keluar pada jam 11.30 pagi tadi.
“Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung negara pada 11.30 pagi hari ini.
“Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024 untuk mendapatkan rawatan bagi jangkitan dan pemantauan,” lapor kenyataan tersebut.
Imbas kembali, ini bukanlah kali pertama pemimpin berusia 97 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. Sebelum ini pada Ogos 2023 beliau turut dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan disebabkan jangkitan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan pembukaan sempadan di antara negeri dan sempadan negara kini, ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk melancong setelah sekian lama tidak dapat berbuat sedemikian. Siapa tak suka travel kan?
Saban minggu, ada saja member kita yang akan melawat ke pelbagai tempat menarik; lalu kita sendiri tergerak hati untuk memasang hajat ingin ke sana.
Jika orang lain memilih keselesaan semasa bercuti, siapa menyangka, Shaza Bae yang juga merupakan Dewi Remaja 20019 memilih untuk menghabiskan waktu cutinya dengan menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah!
Gunung Kinabalu yang juga merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara berdiri pada ketinggian 4,095m telahpun berjaya ditawan oleh Shaza sekitar seminggu yang lalu.
Sewaktu dihubungi oleh REMAJA, pemilik nama penuh Shaza Nuriman Mohamad Zamri ini sempat berkongsi pengalaman berharga itu.
Menurutnya, perancangan untuk ke Gunung Kinabalu telah dilakukan sekitar tahun lepas lagi. Namun disebabkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara serta kerja hakikinya yang perlu dilakukan secara back to back, hanya sekarang impiannya untuk menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu itu tercapai.
Menurut Shaza, slot untuk mendaki Gunung Kinabalu adalah terhad. Kebiasaannya, tempahan slot perlu dibuat seawal 10 bulan sebelum pendakian. Ini kerana jumlah pendaki yang ingin ke sana boleh tahan jumlahnya dan tempoh 10 bulan itu juga memberi ruang untuk mana-mana pendaki melakukan persediaan stamina yang cukup.
“Latihan berlari, mendaki, naik turun tangga harus dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mendaki. Tetapi saya hanya sempat melakukan latihan selama dua minggu saja. Itupun latihan stamina dan bukannya training khusus untuk pendakian.
“Proses mendaki memang sukar tetapi secara peribadinya, waktu turun gunung adalah lebih sukar. Secara total, saya mengambil masa empat jam sewaktu pendakian dan lima jam sewaktu turun. Apapun, saya bersyukur kerana impian menawan puncak gunung ikonik ini telah saya capai,” kongsi pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta ini.
Menariknya, Shaza turut berkongsi beberapa tip untuk para ‘newbie’ yang ingin mendaki di Gunung Kinabalu sepertinya.
Lakukan latihan
“Bagi korang yang plan untuk ke puncak Gunung Kinabalu, wajib jalani latihan. Ini kerana kebarangkalian untuk korang cedera ketika mendaki adalah sangat tinggi tanpa latihan yang cukup.
Trek Gunung Kinabalu kebanyakannya bertangga. Semakin lama tenaga semakin berkurangan, nak melangkah satu anak tangga pun kaki mula terasa berat. Kekuatan mental dan fizikal perlu kuat. Hakikatnya, tidak semua orang akan berjaya ke puncak atas faktor stamina, kesihatan, kecederaan dan cuaca.”
2. Jaga niat
“Sangat penting menjaga niat, adab dan pertuturan. Kita di tempat orang, tambahan pula di dalam kawasn hutan dan gunung pula.”
3. Sediakan semua keperluan
“Sediakan benda-benda penting seperti pakaian bersesuaian seperti sweater, fleece dan sarung tangan kalis air kerana cuaca di sana sangat sejuk tambahan. Perjalanan mendaki pula bermula seawal 2 pagi jadi cuba sajalah bayangkan kesejukannya.
“Ubat-ubatan juga penting. Semakin tinggi, persekitarannya semakin sejuk dan udara semakin menipis. Ada pendaki yang akan mengalami simptom Accute Mountain Sickness (AMS) iaitu sukar bernafas dan sakit kepala. Jadi sediakanlah ubat yang sepatutnya.”
4. Pilih kumpulan yang betul
“Ini bukan kali pertama saya melakukan aktiviti hiking. Sebelum ini saya pernah tawan gunung di Indonesia. Jadi pemilihan rakan pendaki adalah penting. Merekalah yang akan memberikan semangat dan kekuatan secara mental, terutamanya sewaktu tenaga kita mula lemah.”
Semoga perkongsian tip pendakian daripada Shaza Bae ini dapat menaikkan lagi semangat korang yang bercadang untuk untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...