Makan

Begedil TEMPE. Resepi Mudah, Berkhasiat & Sedap

Share

Tempe bukan makanan asing buat rakyat Malaysia. Bukan hanya sedap namun hasil proses fermentasi ini menghasilkan produk yang kaya dengan nutrien dan membawa pelbagai khasiat kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN : Tempe Goreng Berempah SNEK Penuh Khasiat. Cicah Dengan Sambal Kicap Paling Sedap!

tempe

Selalu kita goreng je tempe ni kan, kali ini apa kata kita cuba buat begedil tempe perkongsian Puan Fazariana Mohd Ali

ini. Lebih cepat dan rasanya juga sedap.

Sesekali elok juga tukar selera, jom buat!

Begedil Tempe

Tempe

Bahan-bahan:

5 keping tempe*
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji telur
Daun bawang
Maggi cukup rasa

Cara-cara:

1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda ( * ). Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama telur, daun bawang dan maggi cukup rasa. Gaul sebati.

Tempe

2. Kepal-kepal dan bulat-bulatkan adunan tadi.

3. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang.

Khasiat Tempe

1. Sumber Protein Berkualiti Tinggi:


Tempe adalah sumber protein yang baik, sesuai untuk diet vegetarian dan vegan, membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

2. Kaya dengan Probiotik:
Proses fermentasi tempe menghasilkan probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan sistem imun, membantu mengurangkan masalah pencernaan.

3. Sumber Serat Diet:
Tempe mengandungi serat yang tinggi, membantu mengawal kadar gula darah, menurunkan kolesterol, dan memperbaiki pergerakan usus.

4. Kaya dengan Vitamin dan Mineral:
Tempe mengandungi vitamin B12, kalsium, besi, dan magnesium yang penting untuk kesihatan tulang, darah, dan sistem saraf.

5. Antioksidan dan Isoflavon:
Mengandungi antioksidan dan isoflavon yang membantu mengurangkan risiko kanser dan simptom menopaus.

6. Rendah Lemak dan Kolesterol:
Tempe rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol, baik untuk kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana