Mungkin ramai yang menganggap apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia, masyarakat tidak lagi boleh pergi menderma darah.
Sebelum ini, terdapat beberapa hospital yang menjelaskan bahawa bekalan darah berkurangan dengan ketara akibat penularan COVID-19 baru-baru ini.
Terbaru, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) telah pun memuat naik posting di Facebook rasmi mereka dengan menyatakan simpanan darah jenis A semakin berkurangan.
Sekiranya korang berdarah jenis A, bolehlah menderma di Tabung Darah HTAR pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam.
Pihak hospital juga turut mengambil inisiatif untuk membuka operasi derma darah di Aeon Bukit Tinggi bermula pada 18 sehingga 22 Mei 2020. Korang boleh semak waktu operasi di laman Facebook mereka.
Jika korang memenuhi syarat-syarat untuk menderma darah dan berada dalam keadaan yang sihat, mungkin ini adalah sumbangan yang boleh dibuat kepada golongan yang memerlukan.
Hari ini kita tolong orang, esok lusa mungkin ada yang tolong kita pula.
Terlalu Ramai Pesakit Influenza A Hingga Hospital Di Selangor Kini Sukar Tampung, Ini Simptomnya
Ya, wabak influzenza A kini semakin merebak terutamanya di sekitar Lembah Klang dan daerah lain di Selangor.
Ini berikutan laporan oleh rakan media di Free Malaysia Today mengenai kesukaran bagi beberapa hospital utama di sini untuk menampung pesakit baru yang mempunyai simptom dijangkiti influenza A.
Ini berikutan kekurangan katil hospital dan ubat-ubatan berkaitan walaupun seorang pesakit itu telah mendapatkan surat diagnosis oleh doktor di klinik atau hospital.
Antara hospital yang mengesahkan sudah tidak dapat menerima pesakit baharu ialah Hospital Assunta dan Thomson Medical Centre di Petaling Jaya.
Sementara itu, Hospital KPJ Damansara pula sedang menunggu penambahan stok ubat-ubatan seterusnya bagi pesakit wabak ini.
Walaupun wabak influeza datang secara bermusim, namun jangkitannya cepat merebak semudah batuk atau bersin oleh pesakit lain.
Antara simptom yang akan boleh korang sahkan setelah dijangkiti influenza A termasuklah demam, batuk, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kelesuan.
Kedengaran seperti simptom remeh tetapi tanpa rawatan secukupnya, jangkitan ini boleh bertukar lebih teruk hingga menyebabkan kematian.
Bagi korang yang mengenali sesiapa dengan simptom sebegini, segera dapatkan nasihat doktor di klinik dan hospital berhampiran dan lakukan ujian influenza sekiranya perlu.
Jangan hanya menunggu sakit ini berlalu pergi. Paling penting, pakai topeng muka jika perlu berada di kawasan awam yang sesak dan kurangkan aktiviti di luar rumah.
Foto: Free Malaysia Today
Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Influenza A Dikesan Di Cyberjaya & Klang
“5 Mitos Tentang Vaksin”, Bagi Korang Yang Nak Kahwin, Jangan Ulang Kesilapan Ini Nanti
Isu penolakan vaksin menjadi isu panas di media sosial. Menolak vaksin mendedahkan kepada risiko penyakit dan kematian. Pernah satu keluarga di Kedah kematian dua anak akibat difteria kerana tidak melengkapkan suntikan imunisasi kepada anak-anak. Banyak juga kes dilaporkan berlaku di mana semuanya diakhiri dengan kematian kerana anak tidak mendapat imunisasi sepenuhnya.
Jika zaman dahulu, kebanyakan ibu bapa hanya menerima sahaja saranan dari doktor kerana yakin dengan institusi kesihatan tetapi hari ini sudah ramai ibu bapa terpelajar dan punya pelbagai pandangan. Semakin cerdik ibu bapa melalui pembacaan yang meluas, semakin banyaklah maklumat yang digali biarpun ada ketikanya, banyak berita palsu, tular dan dipercayai orang ramai khususnya golongan ibu bapa muda.
Isu bahawa vaksin boleh menyebabkan autisme, bahan digunakan tidak halal antara yang hangat diperkatakan.
Namun adalah lebih baik mendapatkan pandangan pakar mengenai isu hangat ini agar kesilapan itu tidak diulangi oleh bakal-bakal ibu. Menurut Dr Tabassum Khan yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia perubatan dan kini Pengarah Urusan AJ Pharma Holding, beliau menjelaskan lima mitos tentang vaksin yang hangat diperbualkan di media sosial.
Apa bakal ibu perlu faham mengenai mitos vaksin ini? Jangan ulang kesilapan ya kepada bakal-bakal pengantin.
Maklumat tidak tepat berkaitan perubatan yang tersebar luas di Internet dan media sosial telah menimbulkan rasa takut terhadap imunisasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan ibu bapa yang enggan mendapat vaksin untuk anak-anak mereka telah meningkat semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Berdasarkan data dari tahun 2016, pengaruh media sosial dan Internet adalah antara faktor utama penolakan vaksin dalam kalangan ibu bapa.
Laporan ini mencetuskan kebimbangan kerana kanak-kanak yang langsung tidak diberi vaksin atau tidak diberi semua vaksin yang disyorkan berdepan risiko pelbagai penyakit yang mampu mendatangkan maut. Malah, keadaan ini mungkin akan menghapuskan imuniti kelompok, di samping mengakibatkan kewujudan semula pelbagai penyakit di Malaysia yang mampu dicegah oleh vaksin.
Sempena Minggu Imunisasi Dunia yang menjelang tiba, pihak AJ Biologics Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan punca penolakan vaksin dan bagaimana untuk mengubah beberapa tanggupan salah yang lazim dalam kalangan masyarakat.
Ini 5 mitos mengenai vaksin yang tular di media sosial. Baca dan faham agar kita tak mengulangi kesilapan ya.
Riena Diana Pilihan Beauté Library, Korang Boleh Cuba Rawatan PicoSpot Sempena Lebaran!
Perayaan Hari Raya sering dinantikan setiap tahun. la disambut meriah bersama kaum keluarga dan teman-teman tersayang sebagai simbolik meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Bulan yang sangat istimewa kerana ia penuh dengan aura kasih sayang, kemurahan hati dan saling memaafkan antara satu sama lain. Hari Raya juga adalah masa untuk kita tampil lebih menarik, yakin dan cantik bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Seiring dengan semangat ini, Beauté Library memperkenalkan semula rawatan terlaris No 1 mereka iaitu Rawatan Pigmentasi PicoSpot melalui satu kempen khas, istimewa untuk raya yang bertajuk ‘Oooh-mazing Raya with Beauté Library’.
BACA LAGI : BONIA Raya 2023: Amelia Henderson Cantik Bergaya Dalam Gabungan BONIA x AMELIA
Beauté Library memilih Riena Diana, pelakon drama televisyen popular bagi menjayakan kempen ini dengan lakonan bersahaja menerusi sketsa komedi pendek yang bertajuk ‘Oooh-mazing Raya’.
Ketika ditemu bual Remaja, Riena Diana menzahirkan kesyukuran dan berbangga kerana diberi peluang sebagai the face of Beauté Library. Selain itu, dia memilih untuk berkolaborasi bersama kerana jenama ini mempunyai rawatan yang berbeza daripada yang sedia ada.
“Sebenarnya saya tidak pernah mendapat peluang untuk menjadi face of untuk mana-mana produk sbeelum ini. Urusan kami sewaktu deal amat dipermudah dan saya sangat berbangga kerana dapat menjadi face of Beaute Library.
“Sejujurnya saya rasa sangat boleh dikatakan hampir menangis dan bersyukur kerana saya tidak pernah dapat peluang seperti ini. Walaupun saya dalam industri ini sudah enam tahun, di mana baru lagi. Namun saya rasa bersyukur kerana ada yang nampak dan beri saya peluang.
“Kebanyakannya di luar sana menjadi ambassador untuk skincare, tetapi kali ini berbeza kerana ia adalah rawatan. Ia tidak menjanjikan sekali lakukan rawatan sudah nampak kesan glowing, namun perlu berterusan dan akan nampak hasilnya,” tuturnya pada majlis B-Oooh-ka Puasa di K’ Seena House, baru-baru ini.
Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia dan istimewa ini, Beauté Library berbesar hati menganjurkan satu sesi makan malam amal, ‘B-Oooh-ka-Puasa’. Ini adalah inisiatif untuk menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik di bawah SUKA Society atau Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA), sebuah NGO berdaftar melalui sumbangan dalam bentuk wang kepada bekalan makanan mereka yang semakin berkurangan.
Untuk makluman, bagi setiap tetamu yang hadir, Beauté Library akan membuat sumbangan RM100 kepada SUKA Society, dengan harapan dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM15,000 pada malam itu.
Bagi rawatan PicoSpot pula, ia menggunakan teknologi canggih dan inovatif untuk merawat semua jenis pigmentasi seperti melasma, bintik penuaan, hiperpigmentasi, jeragat dan parut. Getaran ultra-pendek PicoSpot berfungsi memecahkan bintik pigmentasi yang disasarkan kepada zarah-zarah kecil supaya badan kita dapat menyingkirkannya dengan cepat.
Hasilnya, rawatan PicoSpot ini boleh membantu memudarkan parut, mempercepatkan proses pemulihan kulit, merangsang penghasilan kolagen agar kulit kelihatan berseri, anjal dan kekal awet muda. la juga tidak mempunyai kesan sakit keterlaluan, kesan sampingan dan tidak perlu melalui tempoh pemulihan yang panjang.
Sekadar informasi, Beauté Library adalah jenama kecantikan dan gaya hidup premium yang telah meneraju industri kecantikan sejak 2011. Beauté Library komited memberikan yang terbaik untuk membantu para pelanggannya mencapai impian dalam memiliki kecantikan kulit dan penjagaan diri yang dinginkan.
Beauté Library kini mempunyai 9 cawangan di seluruh Lembah Klang, iaitu di Mid Valley, EkoCheras Mall, Desa ParkCity, USJ Taipan, Setia Walk Puchong, Kota Damansara, MyTOWN KL, 1 Utama dan Setia City Mall.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.