Chukahae!
Bekas ahli EXO, Tao atau nama sebenarnya, Huang Zi Tao kini terpalit dengan khabar angin bahawa dia kini bercinta dengan peminatnya yang merupakan warga Korea Selatan.
Perkara tersebut mula dihidu oleh media China apabila beberapa foto pasangan tersebut berdating dikongsi kepada umum.
Malah terdapat juga momen-momen mesra Tao bersama teman wanitanya yang dikenali sebagai Cik Kim. Dipercayai, dia hadir ketika konsert penyanyi itu di Shanghai dan juga turut bercuti bersama-sama di Jepun, baru-baru ini.
Seperti pasangan lain juga, mereka juga sering berkongsi couple item di laman media sosial masing-masing.
Sebenarnya, sebelum ini juga peminat telah berkongsi beberapa foto menunjukkan hubungan mesra Tao dengan teman wanitanya itu namun agensi Tao tidak memberikan apa-apa pengesahan mengenai perkara tersebut.
Untuk pengetahuan, Tao mula mencipta nama menerusi penglibatannya dengan grup EXO sebelum mengundur diri kerana masalah kesihatan pada tahun 2015. Dia kini aktif sebagai penyanyi solo dan pelakon di China
Tak Ramai Yang Tahu, Lagu 31 Ogos Sebenarnya Lagu Remake
Tanggal 31… Bulan Lapan, Lima Puluh Tujuh…
Sebut saja Hari Kemerdekaan Malaysia, pasti lagu 31 Ogos akan terngiang-ngiang di telinga kita. Tak boleh dinafikan, runut ini ialah soundtrack legend hari Merdeka walaupun terdapat banyak lagu patriotik lain yang dipromosi setiap tahun. Apabila ditanya suara siapakah yang mendendangkan lagu keramat ini, pastinya ramai akan menyebut Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Vokal yang cukup dinamik digandingkan bersama ritma yang cukup bertenaga, lagu patriotik ini menjadi simbol yang sungguh ikonik.
Maka, tidak hairanlah jika hanya segelintir yang tahu bahawa Sudirman bukanlah penyanyi asal lagu 31 Ogos ini.
Ya, lagu ini sebenarnya merupakan sebuah remake.
Lagu 31 Ogos pertama kali dirakam pada tahun 1957 khas untuk kemerdekaan negara dan dicipta oleh Ahmad CB (Ahmad Chass Barra)
Ahmad Chass Barra atau lebih dikenali sebagai Ahmad C.B. merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an dan 70-an. Penyanyi ini berasal dari Indonesia, tetapi telah menjadi pemastautin tetap negara ini semenjak 1979. Lagu asal Tanggal 31 berentak lebih perlahan, namun tetap tidak kurang bersemangat, sesuai dengan perkembangan muzik pada era tersebut.
Lagu 31 Ogos ini menjadi popular setelah dirakamkan semula oleh Sudirman untuk album patriotik beliau yang berjudul Abadi. Atas permintaan Sudirman, komposer S. Atan telah menggubah kembali lagu Tanggal 31 kepada rentak pop yang lebih pantas. Sudirman telah mendendangkan lagu tersebut dengan memakai baju bendera Malaysia pada penutup sukan SEA 1989.
Manis Keamanan Palestin Hanya Bertahan Beberapa Jam, Israel Laku Khianat
Sorakan kegembiraan rakyat di seluruh kota Gaza, Palestin pada awal Jumaat hanya bertahan selama beberapa jam.
Ini setelah persetujuan genjatan senjata di antara pejuang Hamas dan zionis Israel dirobek oleh polis Israel yang bertindak khianat, sebentar tadi.
Kejadian berlaku di dataran Masjid Al-Aqsa apabila askar Zionis menyerbu dari atas bumbung. Mereka dilaporkan menembak peluru getah serta gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang berada di sekitar kawasan itu.
Terdapat juga laporan yang mendakwa bom asap (bom tangan ‘stun grenade’) dilepaskan oleh pihak Israel sambil sebahagian daripada mereka mengacukan senapang ke arah orang awam.
Sebagai respon balas, rakyat Palestin mempertahankan diri mereka dengan membaling batu dan berteriak kepada askar Israel.
Just following Friday prayer at noon, and a prayer to #Palestine’s martyrs, the Israeli occupying forces attacked Palestinian worshippers at Al-Aqsa Mosque Compound. Medical sources confirmed that at least 15 Palestinians were injured #Jerusalem #SaveSheikhJarrah pic.twitter.com/IwFv9DgVWb
— Palestine PLO-NAD (@nadplo) May 21, 2021
Orang awam rata-rata bergegas pulang ke kediaman masing-masing di sekitar Gaza. Ini setelah 20 orang jemaah Palestin mengalami kecedaraan di atas kekerasan yang berlaku; manakala dua orang dibawa ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Sehubungan itu, insiden ini membangkitkan kemarahan warganet setelah Israel gagal mematuhi gencatan senjata seperti yang mereka persetujui hari ini.
Terdahulu selepas jemaah Palestin selesai menunaikan solat Jumaat, mereka melaungkan takbir kepada Ilahi sebagai tanda meraikan persetujuan genjatan senjata demi menjaga kesejahteraan sejagat terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Sama-samalah kita terus mendoakan kesejahteraan saudara kita di bumi Palestin.
Sumber : Al Jazeera
Minat Matematik, Hafizah 30 Juzuk Al-Quran Berjaya Raih Markah ACCA Tertinggi Di Dunia
Makin ramai pelajar Malaysia yang berjaya dalam peperiksaan berperingkat antarabangsa.
Seorang remaja berasal dari Terengganu membuktikan seorang hafizah 30 juzuk al-Quran juga mampu memilih kerjaya profesional lain seperti doktor, peguam, jurutera mahupun akuantan.
ARTIKEL BERKAITAN : Miliki Sanad Tahfiz 30 Juzuk Al-Quran, Iman Mohd Asri Layak Mengajar Tahfiz Serata Dunia
Tekad dan usaha bersungguh-sungguh gadis ini membolehkan dia meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) biarpun mengambil cabang pengajian yang berbeza sebelum ini.
Safwa Zamri, 19 yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023 sekali gus melayakkannya mendapat markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi dunia dalam peperiksaan itu.
Minat Subjek Matematik
Anak bongsu dari lima beradik itu menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize dengan mendapat keputusan cemerlang 98 peratus. Safwa yang merupakan pelajar semester kedua (program Asasi) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu di kampus Dungun itu berkata, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan kerana minat terhadap subjek matematik.
Ditanya mengenai rekod terbaharu yang dicapai, Safwa memberitahu, dia sendiri tidak menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek itu kerana baru mempelajarinya dalam tempoh enam bulan.
Sebelum ini bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut itu mengambil Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab (SUUA) iaitu penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih pada peringkat menengah atas. Safwa yang mengambil jurusan sains tulen dan agama mendapat 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.