Bekas ahli kumpulan popular One Direction, Liam Payne, 31 ditemui maut di perkarangan sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina selepas dipercayai terjatuh dari aras tiga bangunan tersebut.
Menurut laporan media akhbar tempatan Argentina La Nacion dan Clarin, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan dari kawasan hotel yang terletak di kawasan kejiranan Palermo itu mengenai insiden melibatkan seorang lelaki agresif; berkemungkinan berada dalam pengaruh dadah dan alkohol.
Pegawai kecemasan yang hadir ke lokasi kejadian dalam kenderaan ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi Inggeris tersebut selepas menemuinya di kawasan patio hotel.
Liam meninggalkan seorang cahaya mata lelaki, Bear yang kini berusia 7 tahun hasil perkongsian bersama penyanyi dan juri program realiti nyanyian, Cheryl Cole.
Liam meniti populariti pada usia remaja bersama kumpulan One Direction di samping Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlimson setelah mereka menamatkan saingan dalam program realiti, X-Factor UK pada tahun 2010 di kedudukan ketiga.
Biarpun One Direction menjadi fenomena sedunia, ahli kumpulannya memutuskan untuk berpecah secara rasmi pada tahun 2016 apabila masing-masing ingin membawa haluan sebagai artis solo.
Sumber: Reuters
Makan Nasi Putih Dengan Kicap Di Korea Selatan, Alif Muhaimin Kongsi Pengalaman Kerja Ikut Ejen Semasa Cuti Semester
Khas untuk menyambut followers program Hero Remaja 2017 yang berakhir Oktober tahun lepas, kami telah menerbitkan isu khas Majalah Remaja untuk para kolektor. Dan tentunya, pemenang Alif Muhaimin diletakkan sebagai penghias cover isu Januari.
Klik: “Dan Gelaran Hero Remaja Jatuh Kepada..”
Semasa Hero Remaja ditayangkan di TV, ramai yang mudah mengecam muka Alif kerana behaviour-nya yang mudah senyum. Bila baca caption gambar di Instagram Alif pun, korang akan dapat rasakan yang dia seorang yang mudah mesra.
Namun, apa yang ramai followers Alif tidak tahu adalah dia pernah struggle untuk mencari wang lebih sehingga 3 bulan membawa diri ke Korea Selatan.
Sebelum saya masuk belajar pada awal tahun lepas, saya memang teringin nak cari duit lebih. Nak tolong parents, sambil tu nak cari duit untuk saya belanja masa masuk semester nanti.
Kawan cadangkan untuk ke Australia atau Korea Selatan kerana nilai mata wangnya yang hampir 4 kali ganda.
Tanpa visa pekerja, akhirnya kami ke Korea Selatan menggunakan visa pelancong. Kiranya jadi pendatang asing dan kerja senyap-senyap.
ITAEWON
Masa tu bulan November 2016, kami berjumpa dengan ejen di Itaewon, Seoul. Nak ke sana, saya perlu menaiki kereta api, bas dan berjalan sedikit sebelum jumpa dengan ejen.
Saya mulakan dengan tugas memunggah barang dalam kotak dari trak atau lori. Waktu kerja memang mencabar. Selama 15 jam dari pukul 8 malam sehingga 11 pagi, saya habiskan 3 minggu melakukan kerja ini.
Sepanjang 3 minggu tu, gaji saya dan 8 lagi pekerja dari Malaysia telah ditahan. Kononnya nak dibayar secara lump sum (pukal) tapi macam mana kami nak tahan tak makan tanpa gaji?
So kami decide untuk blah ke Chungju dan kerja di sebuah kilang kimchi. 3 jam juga perjalanan dari Itaewon ke sana kerana kedua-duanya ialah negeri berbeza.
CHUNGJU
Di situ, saya bekerja memotong dan memijak sayur untuk diawetkan sebagai kimchi.
Tiada waktu rehat langsung kerana saya perlu bekerja 7 hari berturut-turut. Memang penat tapi bayaran di sini berdasarkan waktu kerja dan kami dibayar setiap hari. Lagi banyak kerja, lagi banyak duit yang masuk. Ada kawan yang lain dah tak larat dan tiada tenaga.
Masuk hari kelapan, kilang diisytihar tutup kerana salji mulai turun. Saya pun belanjalah kawan lain makan kerana meraka tak cukup hari bekerja. Di sini, saya adalah dapat kumpul 400,000 won iaitu lebih kurang RM1,600.
ANSEONG
Oleh kerana kilang tutup, kami bertolak ke Anseong di mana saya bekerja di sebuah kilang aluminium selama sebulan. Ini adalah tempat kerja ketiga dan terakhir saya kerana kerja yang diberi memang berat gila. Sehinggakan ramai kawan saya yang turun berat badan.
Habis sebulan, saya mendapat bayaran sebanyak 900,000 won, kurang setengah daripada jumlah yang dijanjikan iaitu 2 juta won. Memang kena tipulah jawabnya. Tapi nak buat macam mana, ramai lagi yang menanti untuk diberi kerja seperti ini. Jadi saya gigihkan juga untuk terima bayaran itu.
PERSEDIAAN SEBELUM KE SANA
Hanya dengan mendengar story daripada Alif ini, kami sendiri dapat rasakan kepayahan jika nak mencari duit dengan bekerja sebagai pendatang asing. Mata wang memanglah masyuk, tapi sebelum pergi lebih baik korang lakukan persediaan secukupnya.
Sebelum ke sana, saya pastikan dulu pasport dan cuba untuk belajar beberapa ayat penting dalam bahasa Korea.
Bagi saya, jangan pergi seorang diri. At least perlu cari seorang kawan untuk ikut sama agar ada orang yang boleh back up.
Di sana, kalau ada apa-apa masalah, pergi je ke masjid yang ada kerana masyarakat Muslim di sana memang friendly dan akan cuba membantu setakat yang mampu. Contohnya, kalau tiada duit untuk makan, insyaAllah di masjid mereka akan sediakan makanan.
Setakat makan nasi putih dengan garam, telur atau kicap tu, biasalah. Kami pun pernah menambah tepung dalam bancuhan telur dan goreng. Bagi gambaran telur tu banyak dan cukup untuk semua makan.
Jadi korang kena lakukan persediaan mental dan jangan harapkan hidup mewah jika hanya berstatuskan pendatang asing. Study siapa ejen di sana sebelum terbang ke Korea Selatan kerana ramai yang telah tertipu bulat-bulat, lebih teruk daripada saya.
Paling penting, dapatkan restu keluarga sebelum ke sana. Ibu saya sendiri pada mulanya tak apprive dengan plan saya ini. Tapi bila memikirkan saya nak membantu keluarga, dia relakan juga.
Foto: Alif Muhaimin
Hidden Spot Di Ampang, Restoran Makanan Thai Dengan Pelayan Menaiki Bot Laju Memang Awesome
Jika korang ingin lari daripada kesibukan kota, tapi inginkan lokasi yang masih berhampiran Lembah Klang, kami ingin kongsikan sebuah restoran yang terletak di Ampang dengan persekitaran yang menarik.
Terletak kira-kira satu jam perjalanan dari bandar, Veg Fish Farm Thai Restaurant merupakan hidden spot yang berada di hutan Hulu Langat. Korang bukan hanya dikelilingi alam semula jadi, malah bakal menikmati tempat makan disebelah tasik besar di mana dapat melihat ikan yang berenang bebas.
Paling menarik apabila pelayan di restoran tersebut menaiki bot laju untuk menghidangkan makanan panas dari dapur yang terletak di seberang tasik.
Korang bakal disajikan dengan hidangan masakan Thailand, daripada street food sehinggalah makanan laut yang menyegarkan. Restoran ini juga mempunyai pilihan BBQ, di mana korang boleh memilih makanan laut untuk dipanggang.
Wah, hujung minggu ni bolehlah try makan di restoran ni sambal menghirup udara segar.
Sumber: KL Foodie
Single? Tak Ada Masalah! Song Hye-kyo Kini Pelakon Wanita Dengan Bayaran Paling Lumayan
Sejak dua menjak pada minggu ini, nama pelakon Korea Selatan, Song Hye-kyo sentiasa trending di platform media sosial dalam kalangan warganet.
Ini berikutan pengumuman yang dilakukan oleh bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Song Joong-ki pada Isnin lalu bahawa dirinya telah mengahwini kekasih warga Inggeris, Katy Louise Saunders dan mereka kini sedang menantikan kelahiran bayi sulung.
ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong-ki Umum Sudah Berkahwin Dengan Katy Saunders, Sahkan Bakal Bergelar ‘Daddy’ – REMAJA
Lalu, sekali lagi warganet terbahagi dua. Di satu belah merupakan ‘Kem Hye-kyo’ yang mempertahankan beliau yang masih berstatus single.
Manakala, di satu belah lagi, ‘Kem Joong-ki’ meluahkan rasa gembira mereka di atas berita tersebut dan berpendapat pelakon Vincenzo itu membuat keputusan tepat untuk move on dengan pantas.
Well, korang tidak perlu risaukan keadaan Song Hye-kyo apabila beliau dilaporkan kini bergelar pelakon wanita yang menerima bayaran paling lumayan di Korea Selatan!
Lapor Korea Star Daily, bintang drama hit The Glory itu menerima 200 juta Won (kira-kira RM692,373!) untuk setiap episod yang dilakonkannya. Turut berkongsi kedudukan teratas itu dan menerima bayaran sama ialah Jeon Ji-hyun, pelakon wanita yang popular dengan drama seperti My Sassy Girl (2001), Kingdom (2019) dan Jirisan (2021).
Khabarnya, jika drama lakonan Hye-ko dan Ji-Hyun ‘meletup’ di pasaran luar dari Korea Selatan, mereka akan menerima pula bayaran bonus bernilai 4.8 bilion Won (kira-kira RM16,560,792) bagi projek tersebut!
*Pitam*
Oleh itu, ramai berpendapat Song Hye-ko kini sedang menikmati kehidupannya dengan kesemua harta yang sedang dikumpul and life has not been better for her.
Janganlah risau dengan status perhubungannya yang buat masa ini difahamkan masih single & available.
ARTIKEL BERKAITAN: Song Hye-Kyo Sambut Hari Kelahiran Ke 42, Netizen Puji Kecantikan Tak Dimakan Usia – REMAJA
Sementara itu, nama-nama pelakon lelaki Korea Selatan yang menerima bayaran lumayan pula terdiri daripada Kim Soo-hyun, Song Joong-ki, Lee Jong-seok, Ji Chang-wook dan Lee Min-ho. Masing-masing dilaporkan menerima sekitar 300 juta Won bagi setiap episod.
Paling impresif tentunya ialah pelakon drama Squid Game, Lee Jung-jae. Beliau kini sedang bersiap sedia untuk sekuel Squid Game 2 dan khabarnya menerima bayaran 1 bilion Won (RM3,449,661) bagi setiap episod yang dilakonkan untuk drama terbitan Netflix itu. Wow!
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Pelakon Lelaki Korea Terima Bayaran Termahal Bagi Satu Episod – REMAJA
BACA LAGI: Selebriti Remaja ‘Boleh Relate’ Luahan Naim Daniel Tentang Isu Bayaran Rendah Dan.. – REMAJA
Sumber: Korea Star Daily
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.