Bekas ahli kumpulan popular One Direction, Liam Payne, 31 ditemui maut di perkarangan sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina selepas dipercayai terjatuh dari aras tiga bangunan tersebut.
Menurut laporan media akhbar tempatan Argentina La Nacion dan Clarin, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan dari kawasan hotel yang terletak di kawasan kejiranan Palermo itu mengenai insiden melibatkan seorang lelaki agresif; berkemungkinan berada dalam pengaruh dadah dan alkohol.
Pegawai kecemasan yang hadir ke lokasi kejadian dalam kenderaan ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi Inggeris tersebut selepas menemuinya di kawasan patio hotel.
Ads
Liam meninggalkan seorang cahaya mata lelaki, Bear yang kini berusia 7 tahun hasil perkongsian bersama penyanyi dan juri program realiti nyanyian, Cheryl Cole.
Ads
Liam meniti populariti pada usia remaja bersama kumpulan One Direction di samping Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlimson setelah mereka menamatkan saingan dalam program realiti, X-Factor UK pada tahun 2010 di kedudukan ketiga.
Ads
Biarpun One Direction menjadi fenomena sedunia, ahli kumpulannya memutuskan untuk berpecah secara rasmi pada tahun 2016 apabila masing-masing ingin membawa haluan sebagai artis solo.
Sumber: Reuters
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukan luncur ais atau lebih popular dengan nama ice skating semakin mendapat tempat di hati kalangan generasi muda terutamanya di kawasan lebih urban.
Penyertaan atlet Malaysia dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk yang lalu juga sedikit sebanhak telah melonjakkan populariti sukan ini di negara kita.
Antara organisasi yang memainkan peranan memberikan platform dan kemudahan gelanggang ais ialah Sunway Pyramid Ice. Setiap tahun mereka mengadakan pertandingan luncur ais terkemuka di peringkat Asia iaitu Skate Malaysia.
Dan pada tahun ini ia diadakan sekali lagi dan merupakan kali ke-12 berturut-turut penganjuran seumpamanya di sini. Skate Malaysia 2018 juga memecah rekod penganjuran paling lama diadakan.
Seiring dengan Skate Malaysia 2018, 2nd ISI Asia Championship juga bakal diadakan bermula daripada hari ini, 28 Jun sehingga 1 Julai 2018. Dianjurkan sepenuhnya oleh Sunway Pyramid Ice, acara gilang-gemilang ini juga disokong oleh Ice-Skating Association of Malaysia (ISAM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Mungkin ada antara korang tak tahu bahawa Skate Malaysia merupakan acara peringkat antarabangsa yang disokong oleh Ice Skating Institute of Asia (ISI Asia) untuk membangunkan sukan musim sejuk di Asia Tenggara, China, UAE dan kawasan sekitarnya.
“Sunway Pyramid Ice sejak bertahun lamanya dikenali sebagai organisasi yang sentiasa menyokong pembangunan sukan musim sejuk. Kami juga berazam untuk meneruskan legasi ini untuk menjadi peneraju dalan sukan ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan.
Turut hadir pada majlis pembukaan ini ialah ADUN Subang Jaya, YB Michelle Ng, President ISI Asia, Harry Janto Leo, Wakil ISI Asia, Alex Yeung, International Chief Referee, Jenise Jensen dan Presiden ISAM, Billy Johan.
Pada majlis pembukaan hari ini, peserta-peserta dari Malaysia, Thailand, China dan Indonesia telah berarak dan diikuti persembahan istimewa pelajar-pelajar Sunway Pyramid Ice Skating Academy.
Kepada korang yang berkesempatan bolehlah menyaksikan aksi-aksi peserta yang bertanding di Skate Malaysia 2018 bermula hari ini di Sunway Pyramid Ice.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Snek merupakan makanan ringan yang sering dicari di waktu petang. Biasanya, waktu-waktu beginilah perut mula rasa lapar dan inginkan ‘sesuatu. Kali ini, kami nak kongsikan satu resipi mudah iaitu potato corn dog yang dimasak dengan air fryer.
Jika dibeli di luar, sebatang corn dog ini boleh mencecah sehingga RM9. Jadi, apa kata kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh Ena Mohd Arip ini.
Bahan salut I:
– ½ cawan tepung gandum
– ½ cawan tepung Bestari
– 1 sudu teh baking powder
– ½ cawan susu
Cara menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan diatas
2. Kacau hingga sebati
3. Jika terlalu pekat, masukkan ¼ cawan air. Kacau rata dan tuang dalam cawan tinggi
Baru-baru ini telah tular di TikTok satu video yang telah dimuat naik yang memaparkan seorang penyanyi muda bernama Fatimah Noryyah atau dikenali sebagai Timah; menyanyikan lagunya di pentas kecil Gegar Vaganza.
Timah difahamkan adalah penyanyi jemputan program Gegar Vaganza Live terbabit. Usai daripada persembahan tersebut, nyanyiannya telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang terhibur apabila mendengar lirik lagunya dan ada juga yang menganggap lagu berjudul ‘Eleh He Eleh’ itu pelik dan tidak sesuai untuk dinyanyikan. Banyak kecaman yang telah diterima secara bertubi-tubi.
“Aku klu ada org buat lagu untuk aku mcm ni biarlah aku tk jadi penyanyi pon tk pelah..”
“*uninstall telinga*”
“Malu siot kalau org aku kenal buat lagu cam nie.. Tak mengaku member..”
Akui terkejut dan terkilan
Menurut temu bual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, Timah akui sedikit terkejut dan terkilan disebabkan komen-komen kecaman yang telah diterimanya. Maklumlah, ini merupakan pertama kali dia dikecam.
“Inilah pertama kali saya menerima kecaman. Memang terkejut dan pada awalnya agak sedikit kecewa. Bagaimanapun sekarang ini saya sudah tidak lagi ambil peduli.
“Netizen kecam sebab tajuk lagu itu pelik dan liriknya seperti kebudak-budakan. Sedangkan mereka tidak tahu saya baru berumur 14 tahun. Jadi rasanya ia sesuai untuk saya.
“Janganlah buat saya begini. Saya masih muda lagi. Takut rasanya apabila menerima kecaman,” ujarnya lagi.
Walaupun telah dikecam hebat, Timah masih berfikiran positif dan mengambil hikmah daripada apa yang berlaku. Di sebalik kata-kata negatif netizen, ada hikmah dimana namanya mula dikenali dan lagu tersebut juga banyak digunakan di media sosial.
“Apabila orang bercakap tentang lagu itu, secara tidak langsung nama saya juga menjadi sebutan. Sedikit sebanyak ia boleh bantu untuk terus promosikan kerjaya seni saya.
“Ibu juga ada berpesan supaya tidak mudah rasa kecewa kerana ini adalah sebahagian yang perlu dihadapi dalam dunia seni. Apa yang penting adalah lagu tersebut berjaya mendapat perhatian ramai,”jelasnya.
Dia juga meluahkan rasa bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan sekelasnya apabila dikecam.
“Selepas mendapat kecaman, ada rakan-rakan sekelas yang marah dengan komen netizen. Mereka sendiri sanggup nak pertahankan saya.”
Ini baru namanya kawan sejati. Kalau korang nak tahu, lagu Eleh He Eleh ini telah dilancarkan pada September yang lalu dan merupakan ciptaan bersama Faizal Tahir, Glow Rush, Acap Salim dan Nick Ariff. Manakala liriknya pula ditulis oleh Shah Shamsiri, Glow Rush, Acap Salim dan Nick Arif.
Yang penting, sikap Timah yang tidak patah semangat walaupun dikecam ini haruslah dipuji. Kalau min, dah lama dah min ‘koyak’. Min harap penyanyi muda ini akan teruskan berkarya dalam industri seni Malaysia. Abaikan sahaja kecaman yang tidak ‘bermanfaat’ daripada netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usai menjuarai Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar terus berani ke hadapan dengan melakonkan watak-watak berbeza yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon.