Bekas ahli kumpulan popular One Direction, Liam Payne, 31 ditemui maut di perkarangan sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina selepas dipercayai terjatuh dari aras tiga bangunan tersebut.

Menurut laporan media akhbar tempatan Argentina La Nacion dan Clarin, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan dari kawasan hotel yang terletak di kawasan kejiranan Palermo itu mengenai insiden melibatkan seorang lelaki agresif; berkemungkinan berada dalam pengaruh dadah dan alkohol.

Pegawai kecemasan yang hadir ke lokasi kejadian dalam kenderaan ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi Inggeris tersebut selepas menemuinya di kawasan patio hotel.

Ads

Liam meninggalkan seorang cahaya mata lelaki, Bear yang kini berusia 7 tahun hasil perkongsian bersama penyanyi dan juri program realiti nyanyian, Cheryl Cole.

Ads

Liam meniti populariti pada usia remaja bersama kumpulan One Direction di samping Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlimson setelah mereka menamatkan saingan dalam program realiti, X-Factor UK pada tahun 2010 di kedudukan ketiga.

Ads

Biarpun One Direction menjadi fenomena sedunia, ahli kumpulannya memutuskan untuk berpecah secara rasmi pada tahun 2016 apabila masing-masing ingin membawa haluan sebagai artis solo.

Sumber: Reuters

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI