Negara Venezuela berdukacita selepas mendapat tahu bekas atlet kebangsaannya, Daniela Larreal Chirinos yang juga merupakan wakil di lima temasya Sukan Olimpik ditemui maut di sebuah apartmen di Las Vegas pada 16 Ogos lalu.

Daniela, 51 tahun yang merupakan atlet berbasikal Venezuela dilaporkan maut selepas tercekik makanannya sendiri.

Bekas Atlet Berbasikal Sukan Olimpik Ditemui Maut Dalam Apartmen Di Las Vegas, Jasad Terbiar Selama 5 Hari

Menurut makluman pihak berkuasa kepada Fox Sports, simptom tercekik yang dihadapi Daniela itu dikenali sebagai asphyxiation disebabkan oleh sisa makanan pepejal yang tersekat pada rongga leher trachea.

Beliau dipercayai telah maut sejak 11 Ogos dan jasadnya hanya ditemui lima hari kemudian.

Sejak 12 Ogos sehingga hari kematiannya, Daniela tidak menghubungi majikan mahupun rakan-rakan sekerja di Las Vegas.

Justeru, pihak polis bergegas ke apartmen milik Daniela untuk membuat pemeriksaan selepas menerima laporan dan mereka mendapat tahu ia sudah terlambat selepas menemui jasadnya.

Bekas Atlet Berbasikal Sukan Olimpik Ditemui Maut Dalam Apartmen Di Las Vegas, Jasad Terbiar Selama 5 Hari

Tinjauan REMAJA ke akaun Instagram milik Daniela mendapati ruangan komennya dibanjiri ucapan takziah oleh kenalan rapat serta para pengikutnya.

“Berehatlah dengan tenang, Daniela. Anda sentiasa merupakan seorang pejuang. Atlet cemerlang.”

“Anda merupakan seorang atlet contoh dan seorang insan yang disegani. Anda akan teerus kekal dalam hati kami. Semoga keluarga anda akan diberikan kekuatan berdepan hari ini.”

Sebagai info, Daniela pernah bertanding di temasya sukan terbesar dunia setiap empat tahun sekali itu sewaktu edisi di Barcelona (1992), Atlanta (1996), Sydney (2000), Athens (2004) dan London (2012).

Bekas Atlet Berbasikal Sukan Olimpik Ditemui Maut Dalam Apartmen Di Las Vegas, Jasad Terbiar Selama 5 Hari

Pencapaian terbaiknya di peringkat Sukan Olimpik adalah sewaktu aksinya di London apabila beliau menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dalam acara akhir pecut berpasukan.

Selepas menamatkan kariernya sebagai seorang atlet kebangsaan, Daniela berkhidmat di sebuah hotel yang terletak di Las Vegas.

Bekas Atlet Berbasikal Sukan Olimpik Ditemui Maut Dalam Apartmen Di Las Vegas, Jasad Terbiar Selama 5 Hari

Bekas Atlet Berbasikal Sukan Olimpik Ditemui Maut Dalam Apartmen Di Las Vegas, Jasad Terbiar Selama 5 Hari

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI